Tuesday, September 9, 2008

SIAPA LEBIH RASIS DARIPADA YANG DITUDUH RASIS?...


Hanya disebabkan beberapa patah perkataan, seseorang itu boleh menjadi terkenal dalam sekelip mata.

Jika tidak kerana apa yang didakwa oleh seorang pemberita (bukan wartawan) Cina yang melaporkan untuk sebuah akhbar Cina mungkin tidak seorang pun di luar Pulau Pinang akan mengenali Ahmad Ismail, Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera.

Kini beliau seumpama seorang selebriti. Tidak kiralah samada untuk sebab yang baik atau kurang baik nama Ahmad kini sudah dikenali – good publicity or bad publicity but publicity nevertheless.

Dalam keghairahan isu ini beberapa persoalan ditumbulkan...

(1) Benarkah Ahmad mengeluarkan kata-kata sepertimana yang didakwa oleh pemberita Cina itu? Mengapa tidak disiasat juga pemberita Cina itu?

(2) Tidakkah pemberita Cina itu mempunyai konflik kepentingan semasa mensensasikan berita berkenaan? Beliau masih baru dalam profesion ini dan berbangsa Cina, justru kecenderungannya mudah sangatlah dibaca...

(3) Sekiranya benar kata-kata Ahmad itu berbau perkauman, bagaimanapula dengan serangan balas oleh Gerakan yang juga berbau perkauman? Serangan mencelah oleh MCA dan DAP pula bagaimana? Tidakkah semua parti politik ini mempunyai kepentingan sama seperti konflik yang dialami oleh pemberita Cina itu?

(4) Kenapakah Polis tidak mengambil tindakan segera dan tegas sekiranya kata-kata Ahmad berupa hasutan atau menghina, sedangkan kita semua tahu bahawa polis sentiasa memantau setiap dan semua ceramah secara peribadi semasa sesuatu pilihanraya atau pilihanraya kecil?

(5) Mengapakah Gerakan sudah berani mengugut hendak meninggalkan Barisan Nasional hanya kerana isu ini? Sekiranya Gerakan begitu kecewa dengan tindak tanduk Ahmad termasuklah keputusan sokongan padu kesemua 13 ketua Umno bahagian di Pulau Pinang kepada Ahmad, mengapa tidak terus sahaja tinggalkan Barisan daripada bertindak bagai budak-budak – putuskan hubungan dengan Umno Bukit Bendera, kemudian putuskan hubungan dengan Umno Pulau Pinang...apa maksud semua ini?

Sekiranya sudah kecewa mengapa tidak terus keluar meninggalkan Barisan Nasional? Sekiranya anda budiman, tidak perlu mengugut, terus keluar dan persetankan....itupun kalau berupaya...

(6) Kalau benar sudah muak dengan Barisan Nasional maka mengapa masih hanya putuskan hubungan dengan Umno Pulau Pinang sahaja sedangkan masih ingin berada di bawah naungan Barisan Nasional di peringkat pusat?

Apakah sekiranya meninggalkan Barisan Nasional pusat maka beberapa ahli parlimen Gerakan akan kehilangan jawatan eksekutif? Jawatan-jawatan seperti Timbalan Menteri Penerangan (kebetulan penjawatnya Ketua Wanita Gerakan yang mahukan Ahmad ditahan di bawah ISA) dan jawatan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan beberapa lagi jawatan yang lain. Bukankah majoriti pengundi di Parlimen Lenggong itu Melayu?

Mudah sangat mengambil keputusan untuk hanya berkisar di Pulau Pinang kerana sudah tiada jawatan untuk Gerakan kerana dihalau keluar oleh masyarakat Cina yang sudah muak dengan politik Gerakan.

(7) Benarkah Gerakan bukan parti perkauman Cina? Sekiranya begitu mengapakah hanya pada Ahad 7 Sept 2008 barulah muncul seorang bukan Cina (berbangsa Hindu) dipilih sebagai Pengerusi Gerakan Selangor? Berapa sangatkah bukan Cina mendapat tempat dalam Gerakan sejak ianya ditubuhkan pada 1969?

(8) Kita pernah dengar Gerakan melaungkan Bangsa Malaysia sebelum ini. Namun apakah mereka faham maksud dan intipati ungkapan itu. Sekurang-kurangnya tunjuklah teladan yang paling baik dengan (a) membuka pintu kepada lebih ramai bangsa bukan Cina untuk dilantik dan dipilih dalam kepimpinan parti dan (b) mulakan gerakan memansuhkan sekolah Cina yang menjadi satu daripada sebab utama mengapa wawasan Bangsa Malaysia tidak akan berjaya.

(9) Bolehkah Gerakan, dengan tiada lagi nama-nama hebat dalam barisan perjuangannya terus hidup atau berkubur setelah meninggalkan Barisan Nasional? Apabila seorang kepala parti itu ditolak oleh rakyat di kerusi parlimen maka, bisanya sebagai seorang pemimpin boleh dikatakan sudah tumpul.

Lihat sahajalah nasib seorang bekas menteri yang berbangsa India. Apakah orang peduli apa yang keluar daripada mulutnya termasuk daripada sebangsanya?

Sekiranya Gerakan dan parti-parti lain boleh melakukan semua ini, mungkin tindakan tegas terhadap Ahmad boleh diambil kerana dikatakan dan didakwa bersifat perkauman.

Sekiranya mereka tidak boleh melakukan apa yang dinyatakan di sini, maka lebih baik duduk diam sahaja. Atau cerminkan diri dan bertanya ”apakah aku pun memelihara kepentingan kaum aku juga, sepertimana mereka?”...

Pendek kata, siapakah yang lebih bersifat rasis daripada yang dituduh rasis?

Wednesday, August 20, 2008

VOTERS IN PERMATANG PAUH ARE ARIF...


History could just happened in Pulau Pinang...

Barisan Nasional candidate for the Permatang Pauh Parliamentary by-election Arif Shah Omar Shah stands a better chance to win. It might be difficult, but its not impossible because nothing is impossible in Malaysian politics.

Being an examplary state assemblyman thus far this white-haired OCBC might pulled of an upset against the overwhelmingly favoured candidate from Parti Keadilan Rakyat.

While there was an enormous preassure on PKR to win, it was less on Arif who is readily embraced by just any other voter in P44. He might just snap away the parliament seat by the slimmest of a majority.

Arif means clever or smart in Bahasa Melayu, actually its Arabic for clever and smart.

And voters in Permatang Pauh are Arif enough to make a choice, which is not very difficult...

Thursday, July 31, 2008

ALWAYS IN OUR FACE...


The followings are the sequences you will most probably face once you step into a restaurant around Kuala Lumpur, especially those managed by Indian Muslims who are fondly called Mamak.

One: You take a seat and immediately a waiter greets you to take an order after pretending to be wiping the table with a cloth. Sometimes between three to four waiters will take their turns asking you the same question without knowing that you have already ordered.

Two: Your meal is served. Well, at leat your drink for now.

Three: A moderately-dressed couple visits your table for sedekah.

Four: A well-dressed hawker hits your table with some socks or ballpoints or sometimes children books or pirated dvds, even layer cakes!

Five: Another moderately-dressed couple visits your table for sedekah after uttering some inaudible words.

Six: Another visit by another moderately-dressed couple (maybe and may not be a male and female combo, they could also be a female-female or male-male duo but one of them MUST be a handicapped).

Seven: A well-dressed hawker in his or her early twenties approaches you to sell items you most probably don’t need. He or she will turn away only after you have declined the offer the fourth time -- meaning you have politely said “ tak pa…tak pa” four times before they leave you in peace, for a while.

Eight: An unfriendly-looking African street peddler offers you leather items, fake designer watches or wallets which are mostly a fav among the immigrants here for their unimaginative colors.

Nine: A well-dressed man in his early thirties show you some fake designer sling bags with his cliché opening line of "Bang, hari ini saya nak bagi abang the baik punya offer…bla bla bla... He could have been having his meal earlier at the next table…

Ten: Another couple, not so well-dressed but not too shabbily approaches your table with some pocket calendars or tissue papers in mini packets usually with “assalamualaikum…”

Eleven: A man in his late thirties with a skull cap greets you for donation to build some mosque somewhere, usually in Southern Thailand or the Philippines. There were others from Kelantan or Kedah making these rounds for some mosque in that state too…

By now you might have transferred all the items on your plate and in the glass into your tummy and was about to enjoy a fag when part of the sequence repeat endlessly until you leave the restaurant.

Twelve: You went up to the counter to pay for your meal and you will never miss a small metal box right on the right or left side of the counter. It was meant for donation to again, build some mosque somewhere which most probably you have never heard of.

Believe me these are the usual scenarios at our restaurants and they are really stretching our patience and tolerance as well as our generosity to the limit.

The best part is that there is no escaping them, they are everywhere and every time with everything and they simply approach everyone for that matter. They do not have any qualms approaching even uniformed personnel be they some Bandaraya enforcement officers having their meal in a group or simply motorcycle-riding cops taking a break.

And again, the best of the best part is that NOBODY is doing anything about this – not the Bandaraya, no particular ministry, no department and not even any religious authority.

Nobody seems to care about this problem of Kuala Lumpur. Then again, these scenarios are not peculiar to Kuala Lumpur for all the major cities and towns elsewhere in our country are not spared.

Simply put, they are everywhere… and always in your face…

Five years ago I have written on this occurrence in a Melayu-language daily but unfortunately the next few days my letter to the editor were met with negative responses criticizing my complaint which were also carried by the newspaper.

Conclusion: Readers do not share my view on the matter and meaning they were sympathetic and generous to the beggars.

Earlier this week I was having Nasi Goreng Cina and a glass of Nescafe Ais at Maju Curry House Restaurant behind the Grand Seasons Hotel Kuala Lumpur like I used to with some friends and unfortunately we had to endure the same situation I experienced five years ago at another Indian Muslim restaurant in Bangsar.

The only thing that has changed was that Indo China-looking child beggars and bare-footed monks were no longer seen doing these rounds anymore. It was either the authorities got rid of them from the streets or they were no longer part of the trade.

I tend to believe that their role were clipped for a not-so-new approach of having well-dressed makciks or pakciks who were usually partially blind and in tow a healthy woman or man to assist the “predator”.

The point is when will all this stop? Who is responsible to manage this problem? Is there anybody doing anything about this? To whom do we complain to?

Again, the best part is – does anyone care??

And again, they will always be in your face…

Monday, July 28, 2008

APABILA KENA TARBI, BUKAN TARBIYAH...


Dua hari lepas seorang ketua sebuah parti politik "menampar muka" segerombolan orang Melayu yang selama ini mendakwa memperjuangkan politik Islam.

Tamparan itu agak menyakitkan apabila si bukan Melayu itu mengungkit: "Pakatan Rakyat perlu menimbang secara serius sama ada PAS patut terus dibenarkan menganggotainya." Lebih mendukalarakan lagi apabila dia berkata jaminan Abdul Hadi Awang kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat bahawa PAS tidak akan meninggalkan pakatan itu bagi menyertai BN adalah tidak ikhlas dan tidak disokong oleh perkembangan kebelakangan ini.

Sampai sekarang parti orang-orang Melayu itu masih belum membalas kenyataan pedas itu, kalau ada pun hanyalah retorik yang bersifat apologetik. Nampaknya menikus jugalah mereka ini apabila berdepan dengan bukan Melayu akan tetapi pantang sahaja dicabar oleh Umno maka segeralah mereka marah membara, naik semangat dan menangkis seakan tiada lagi esok.

Mereka hanya hebat menyerang dan menyerang-balas dengan pidato yang berapi-rapi apabila berhadapan dengan Umno, sebuah parti orang Melayu akan tetapi seperti terkunci mulut hanya apabila si bukan Melayu itu bersuara. Hebat sungguh nampaknya si bukan Melayu itu!

Apakah mereka takut akan digugurkan daripada sebuah kerjasama longgar yang sehingga ini masih belum didaftarkan secara rasmi untuk dinamakan Pakatan Rakyat? Apakah mereka takut akan kehilangan jawatan menteri besar, ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco), jawatan ahli majlis perbandaran dan jawatan-jawatan lain yang kesemuanya merupakan harta rampasan perang pada 8 Mac 2008?

Apakah kerana diberi kesempatan menikmati kedudukan yang sekelumit serta tidak berkuasa maka mereka tidak berani menyanggah kata-kata pedas pemimpin bukan Melayu itu?

Hebatkah sangat pakatan itu sehinggakan hampir kesemua pemimpin parti yang selama ini mendakwa memperjuangkan politik Islam ini membisu seribu bahasa, menikus dan memandang ke arah lain apabila muka mereka diludah? Apakah mereka lebih takut kepada bukan Melayu daripada Melayu? Apakah mereka khuatir akan kehilangan segala-galanya apabila digugurkan daripada pakatan itu?

Apakah yang akan rugi sedangkan selama ini mereka hanya menumpang ihsan si bukan Melayu – diberikan jawatan menteri besar sebagai balasan untuk tidak berkata apa-apa apabila parti bukan Melayu itu memonopoli kesemua kuasa dan kedudukan di sebuah kerajaan negeri, diketepikan daripada pemerintahan di sebuah negeri yang lain dan hampir tidak mempunyai suara sebuah negeri yang berjiran.

Beginilah nasib segerombolan orang-orang Melayu ini, hanya kerana kuasa yang sedikit.

Selama ini mereka dilayan tidak ubah seperti melukut di tepi gantang, maka apakah yang menjadi masalah sekiranya tidak lagi bersekutu dengan parti-parti bukan Melayu ini untuk mengambil keputusan bergabung dengan Umno yang sentiasa memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanahair dan menobatkan Islam sebagai wadah perjuangan?

Saturday, July 26, 2008

DIFFICULT NAME, THIS...


I have always thought that my name is different.

Its not that simple to explain the reason, (what was) the big idea behind it and its significance. And this has been going on for the last 40 years.

Nope, I have never complained to my old man about it, rather I appreciated his wisdom at arriving to this name -- Zukri Valenteno bin Mohd Ali. Was told that it was his decision all the way and Mak was not involved.

Not only that my name was different: being a very Melayu with an Italian name since most of the times people would have expected a Caucasian or at least a Caucasian-looking person!

But not this Valenteno. An Alor Setar-born Valenteno who is Melayu, can this be real? People still ask me thesedays. One can never imagine the difficulties growing up there in the conservative Melayu surroundings in the early 1970s and later in Kinrara in the suburbs of Kuala Lumpur. I had illustrated the story(ies) behind my name in earlier posting, dated June 15, 2008.

During my primary school days in St.Johns Institution Kuala Lumpur there was another person with an equally different name -- Cyrus Reza. His reason: it was given by his diplomat father after the famous US Secretary of State Cyruss Vance. And there was also Akhbar Khan in our class, who was named after the famous conquerer. We also had a son of a Melayu-Mat Salleh mixed parentage by the name of Mohd Johan Musa (elder brother of Harith Iskandar Musa the comic) who looked more Mat Salleh than his Melayu name! All in the class of 1975. And there was also Nazrin Abdul Wahab, a very Chinese-looking guy in our class.

Anyway, most of the times people had always spelt my name wrongly – Valentino instead of Valenteno. It was a actually a variant of the name which sounds the same and they thought I had my name wrong!

No offence taken since it is not everyday that one meet up with a Valenteno and probably the only Valenteno they knew was Valentino! They could have been influenced by the famous Italian designer of whom I certainly have no family connection. His family originated from Florence while mine, I was told, came from a small village in Palermo, Sicily. You believe that?

But then again I have always thought my name was really difficult to understand, until I came across this article in a local daily today…

KUALA LUMPUR: A retired senior police officer, who was charged with raping a mentally disabled woman five years ago, was yesterday ordered by the Sessions Court to enter his defence.

Judge Datin Anita Harun said in her decision at the end of the prosecution's case, that they had succeeded in proving a prima facie case against retired assistant commissioner Mat Susah Sadikin.

Mat Susah, 66, was formerly an officer with the Special Branch at the Federal police headquarters in Bukit Aman.

He had been charged on Dec 7, 2006 with raping the 23-year-old woman in a storeroom of his grocery store, at Jalan Raja Muda, Kampung Baru, here, between 4pm and 7pm in October 2003.

I could only imagine his life was indeed difficult, having difficult as his name. And right now, he is even more in difficult situation! Imagine the reason to name your own with such a difficult name? Literally and now perhaps figuratively as with the above case with Encik Mat Susah...

I have heard of names like Mat Aje Lah instead of Mat (perhaps what the father meant was "just Mat",) Ogu Salim instead of Agus Salim, Mohd Hitler Zami (yes, a film director he is and son of comedian Zami Ismail), one Harry Salzman (a Melayu, perhaps named after the James Bond fame) who is a pixman with our national news agency Bernama and one Mohd Soeharto Ismail (the last I heard he was with a government departmen in Putrajaya).

Difficult name these are...no?

Thursday, July 24, 2008

TAKAN YANG REJECT SAHAJA?...


Semalam tiga bekas ahli Umno menyertai sebuah parti pembangkang. Pastinya parti berkenaan mengharapkan agar ianya menjadi cetusan pembakar semangat agar ramai lagi di kalangan Umno menyertai mereka.

Ketiga-tiga mereka ini amat kurang dikenali, hanya setelah mereka sendiri mengingatkan kita siapakah mereka seketika dahulu barulah kita sedar bahawa mereka pernah berada dalam Umno, yakni bekas ahli Umno.

Mengikut rekod, dua daripada mereka pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen manakala seorang lagi langsung tidak pernah terdengar namanya. Mungkinkah ketika itu sudah tidak ada orang lain yang lebih layak maka pucuk pimpinan parti terpaksa memilih mereka sebagai calon daripada membiarkan kerusi parlimen berkenaan jatuh ke tangan parti pembangkang?

Saya gunakan perkataan bekas dua kali kerana itulah sifat mereka – bekas ahli Umno yang dalam konteks politik hari ini tidak akan mendatangkan untung kepada sesiapa pun – masuk tidak menambah dan keluar Umno pun tidak akan mengurang.

Apakah Umno akan lemah apabila mereka ini menyertai parti pembangkang?

Tentu sekali tidak kerana mereka tidaklah berpengaruh, malahan ada antara mereka yang telah lama ditolak dan diketepikan tidak hanya oleh pucuk pimpinan Umno malahan oleh para pengundi. Pendek kata, kehadiran mereka tidaklah mengoncang political equation dalam Umno, walaupun di peringkat negeri atau bahagian pastinya tidak langsung mencetuskan sebarang regresion, jauh sekali sebarang kegelisahan.

Apakah sifat mereka mungkin lebih baik sedikit daripada melukut di tepi gantang, atau sama?

Apakah pemimpin besar parti pembangkang itu hanya mampu menarik minat mereka yang sudah direject sahaja? Mana dia Ahli Parlimen Barisan Nasional yang akan berpaling tadah? Di mana dia ketua-ketua Umno bahagian yang dikatakan akan menyeberang ke sana?

Apakah mereka yang ditunggu-tunggu akan menyertai parti pembangkang ini masih bersifat tunggu dan lihat atau "hang tunggu aku, aku pun dok tengok hang, macam tu ka"?

Apakah mereka sanggup bersekongkol dan duduk sebarisan dengan gerombolan orang politik yang sudah direject ini?

Tuesday, July 22, 2008

MELAYU...


Terkini...

Blog ini menerima banyak komen yang tidak bersetuju dengan posting ini. Ianya tidak dapat disiarkan kerana terlalu nista dan hina untuk dibaca. Saya tidak perlu membayangkan betapa busuknya hati mereka yang masih memusuhi Melayu, daripada nada dan cerca yang mereka tulis.

Namun, apabila berbicara mengenai Melayu, saya tidak apologetik dan tidak akan apologetik terhadap sesiapa pun yang tergolong dalam gerombolan yang memusuhi Melayu.

Sekian.


MELAYU...

Agaknya Melayu ketika ini merupakan suatu bangsa yang amat disayangi Allah SWBT?

Disayangi kerana sehingga hari ini Melayu tidak pernah habis diuji, diduga, dicabar dan ditentang bagaikan ada sahaja bangsa-bangsa asing yang cemburu, tidak menyukai serta membenci dan memusuhi Melayu.

Nampaknya Melayu lebih disayangi Allah SWBT daripada kaum Palestin kerana pada skala tertentu musuh kaum berkenaan hanyalah Zionis Yahudi di Israel dan pelobi Yahudi di Amerika Syarikat sedangkan hampir kesemua bangsa asing di dalam dan luar apa yang asalnya Tanah Melayu ini menjadikan Melayu isu mereka setiap hari.

Daripada isu yang kecil seperti papantanda jalan sehingga kepada apa yang disebut sebagai kontrak sosial Melayu tidak pernah tidak dimusuhi, ditentang dan dicemburui. Tiada isu yang paling kecil dan yang paling besar yang berlalu dan berlaku tanpa membabitkan sebarang kepentingan Melayu.

Justeru, ujian untuk Melayu amatlah maha hebat, getir dan silih berganti sejak sebelum Tanah Melayu ini mencapai Kemerdekaan 1957 yang pada dasarnya adalah perjuangan Melayu. Ya, Melayulah yang berada di barisan hadapan dalam memperjuangkan Kemerdekaan dan bangsa lain hanya bijak meraih hasil kemerdekaan.

Bagaimanapun tidaklah menjadi sebarang kemusykilan sekiranya bangsa-bangsa asing di tanah ini – Cina, India, Bengali, Mat Salleh memusuhi Melayu, akan tetapi hari ini sudah wujud golongan minoriti Melayu yang memusuhi bangsanya sendiri, yakni petualang yang sudah lupa asal usul dan tidak sedar untung!

Apabila wujudnya usaha dua badan siasah besar duduk berbincang mengenai ikhtiar-hidup Melayu, maka gerombolan anti-Melayu pun mulalah riuh sekampung mencebek mulut.

Semasa mereka berkomplot, bersekutu dan tidur sebantal untuk membina kekuatan untuk menyerang Melayu, tidak ada sepatah pun kata-kata nista daripada mulut Melayu akan tetapi apabila Melayu mula bangun setelah sedar ikhtiar-hidup kini diancam maka bergemalah retorik anti-Melayu di sana-sana.

Yang menambahkan kehairanan ialah ada juga segelintir di kalangan Melayu yang berkokok sama – mempertikaikan usaha mengukuhkan perpaduan Melayu yang kini sudah dicabar oleh bukan Melayu.

Kini wujudnya pepatah yang berbunyi “Melayu Hidup Dalam Tolak Ansur – Depa Dok Tolak Melayu Dok Ansoq Pi”…

Sampai bilakah Melayu akan begini?

Hujung minggu lepas, saya terdengar semula Lagu Warisan...hampir kesemua stanzanya kini sudah menjelma menjadi kenyataan...

Monday, July 14, 2008

SEORANG LAGI CALON NAIB PRESIDEN UMNO...


Esok seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno dijangka akan membuat pengumuman menawarkan diri untuk dicalonkan bagi jawatan Naib Presiden pada pemilihan jawatan Disember ini.

Walaupun muda pada usia 51 tahun, orang politik ini telah lama membabitkan diri dalam arena politik Umno yang bermula pada usia muda dan perjalanan politik beliau itu telah membawanya setapak demi setapak dalam hireki kepimpinan daripada Ahli Biasa kepada jawatan Ketua Pemuda Cawangan, Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri, Ketua Umno Bahagian dan kini Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

Pada pengalaman pentadbirannya, beliau bermula sebagai setiausaha politik, setiausaha parlimen, timbalan menteri dan kini bergelar menteri. Sudah dua kementerian beliau terajui dan telah banyak asam garam dan sepak terajang politik beliau pelajari dan ketahui.

Kini beliau ingin menyandang jawatan yang lebih kanan dalam Umno kerana menurutnya: "sudah sampai masa dan ketikanya saya berbuat demikian untuk Agama, Bangsa dan Tanahair”.

Orang politik yang hebat berpidato ini dijangka akan membuat pengumuman itu pada pukul 4 petang di Kuala Lumpur selepas selesainya sebuah majlis anjuran kementerian yang beliau terajui.

Sunday, July 13, 2008

UKURLAH BAJU DI BADAN SENDIRI...


Semalam seorang lagi ketua bahagian Umno menawarkan diri untuk dicalonkan sebagai Naib Presiden pada pemilihan Majlis Tertinggi Umno yang dijadualkan Disember ini.

Disebabkan sudah ramai yang berbuat demikian maka angka sebenar mereka yang telah berbuat demikian tidak diketahui, akan tetapi ianya agak besar dan mungkin yang paling ramai dalam sejarah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR atau selalunya disebut UMNO.

Sebelum ini, mereka yang telah berterus terang menyatakan hasrat ialah mantan Menteri Besar Perlis Shahidan Kassim yang masih menyandang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perlis, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang Adnan Yaakob, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan Mohamed Hassan, bekas ketua Pergerakan Pemuda Umno Abdul Rahim Thamby Chik, bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Majlis Tertinggi Dr Rais Yatim dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Hishamuddin Hussein yang telah menyatakan hasrat tidak akan mempertahankan jawatan itu, sebaliknya ingin menaiki hireki kepimpinan dalam parti.

Mohd Isa Samad yang baru-baru ini dibebaskan daripada hukuman gantung tiga tahun akibat kesalahan politik wang dilaporkan akan bertanding jawatan berkenaan dan semalam, seorang Ahli Majlis Tertinggi Khaled Nordin menawarkan diri untuk turut sama bertanding. Seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Syed Hamid Albar pula diberitakan masih lagi menimbang peluang dan semua kemungkinan sebelum membuat keputusan samada bertanding atau tidak.

Antara dua Naib Presiden yang ada sekarang – Mohd Ali Rustam dan Muhyiddin Yassin, hanya Ali yang menyatakan hasrat untuk mempertahankan jawatan itu manakala Muhyiddin belum lagi berterus terang samada ingin kekal di jawatan berkenaan atau bertanding jawatan lain. Namun beliau dilaporkan berkata bahawa akan bertanding satu jawatan penting pada pemilihan Disember ini. Bagaimana penting jawatan itu tidak dinyatakan secara berterus terang.

Justeru, kita ingin bertanya apakah penting sangat jawatan Naib Presiden sehingga menarik minat sebegitu ramai? Apakah kriteria yang perlu diteliti akan seseorang calon itu sebelum sidang perwakilan membuat keputusan? Adakah kriteria lain dipertimbangkan?

Sebenarnya tiada kriteria ditetapkan, seseorang calon itu hanya perlu memperolehi bilangan pencalonan yang sebanyak 10 peratus (mengikut Fasal 9.5) daripada jumlah bahagian dalam Umno yang mengikut Fasal 14.5.4. untuk melayakan diri bertanding. Seorang calon itu perlu mendapat 19 pencalonan daripada sejumlah 190 bahagian.

Hanya tiga kerusi Naib Presiden – tiap satunya akan membebankan penyandangnya dengan tugas-tugas seperti Pengerusi Jawatankuasa Latihan Umno, Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan Umno dan Pengerusi Jawatankuasa Penambahan Ahli. Ketiga-tiga jawatan itu juga mempunyai tempat dalam Jawatankuasa Pengurusan Umno yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Umno dan Biro Politik Umno yang dipengerusikan oleh Presiden Umno.

Peluang melangkah ke jawatan yang lebih tinggi dalam parti termasuk ke kerusi Timbalan Presiden dan Presiden adalah kemungkinan yang paling besar mengapa jawatan Naib Presiden sentiasa diminati ramai. Glamournya jawatan berkenaan turut menjadi sebab.

Namun, dalam sejarah Umno tidak semua Naib Presiden akan menjadi Timbalan Presiden dan seterusnya Presiden akan tetapi kesemua Timbalan Presiden dan Presiden Umno pernah seketika dahulu menduduki kerusi Naib Presiden.

Saya tertarik dengan justifikasi oleh seorang daripada yang telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden yang berkata: ”saya hendak menyumbang dengan lebih bermakna untuk parti sekiranya diberikan peluang menyandang jawatan Naib Presiden.”

Agak klise bunyinya dan biasanya inilah ungkapan yang dijaja.

Persoalannya apakah dengan menduduki kerusi Ahli Majlis Tertinggi Umno tidak cukup bermakna atau tidak cukup berwibawa untuk menyumbang kepada parti? Apakah tidak cukup penting jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno untuk membuat sumbangan kepada parti.

Saya berpendapat bahawa sekiranya seseorang itu adalah pemimpin yang cukup berwibawa, walau dimana jua beliau berada atau ditempatkan merupakan wadah yang sudah cukup baik dan berkesan untuk menyumbang untuk Agama, Bangsa dan Tanahair. Hanya yang terpilih sahaja yang menduduki Majlis Tertinggi Umno, koridor kuasa yang paling penting dalam parti.

Umno tidak perlukan seorang Naib Presiden yang hanya pandai berpidato pada majlis-majlis politik dan membuat kenyataan akhbar yang berapi-api akan tetapi tidak boleh membuat kerja dalam ertikata yang sebenarnya, seperti merancang strategi yang hebat untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno sebagai teras Barisan Nasional.

Apa yang diperlukan oleh Umno hari ini adalah strategis atau sekumpulan strategis yang hebat untuk merancang dan melaksanakan pelan jangka pendek dan jangka panjang untuk sekurang-kurangnya memenangi semula kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen milik Umno yang tewas pada Pilihanraya Umum Ke-12. Barisan Nasional yang bertunjangkan Umno telah kehilangan kuasa di Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan masih gagal memerintah Kelantan. Barisan Nasional juga kalah teruk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Barisan Nasional mungkin tidak boleh memenangi kesemua kerusi yang tewas akan tetapi Umno mampu mengambil balik kerusi-kerusi yang tewas hanya sekiranya parti ini telah mula merancang untuk ke arah matlamat itu sebaik sahaja selesai PRU-12 baru-baru ini.

Perancangan untuk memenangi kembali kerusi yang hilang sewajarnya bermula sejak, paling lewat pun April tahun ini dan bukannya selepas Disember ini. Saya diberitahu bahawa telahpun berlangsung beberapa siri mesyuarat peringkat tertinggi di parti-parti pembangkang dengan objektif merangka strategi dan pelan pemulihan untuk menambahkan angka kemenangan pada PRU-12. Objektif mereka ialah menawan Dewan Rakyat yang merupakan pintu ke Putrajaya.

Mereka mungkin sudah mempunyai perimudi atau navigation untuk menambah kerusi pada pilihanraya umum akan datang dan mempertahankan kerusi-kerusi DUN dan Parlimen yang ada sekiranya berlaku sebarang pilihanraya kecil menjelang PRU-13. Mereka sudah menunjukkan kesungguhan untuk menghadapi ujian politik seterusnya manakala Umno masih terperangkap dalam kemelut politik peribadi menjelang pemilihan jawatan tertinggi parti.

Bagaimana dengan Umno? Melihatkan kepada trend sekarang, lebih ramai pemimpin parti ini sedang memandang ke arah pemilihan jawatan Majlis Tertinggi daripada memikirkan ikhtiar-hidup atau survival pada PRU-13.

Justeru, apakah penting sangat jawatan Naib Presiden Umno dalam konteks politik hari ini? Apakah dengan adanya muka baru sebagai penyandang maka Umno akan lebih berwibawa untuk mengembalikan 5+1 negeri yang telah hilang kepada parti pembangkang?

Tepuklah dada tanyakan selera, apakah kita telah mengukur baju kita di badan sendiri? Apakah kita mempunyai material Naib Presiden untuk bersama-sama Presiden dan Timbalan Presiden untuk merancang, melaksana dan mencatat kejayaan pada PRU-13 ini?

Tepuklah dada dan ukurlah baju itu betul-betul...

Saturday, July 5, 2008

YOU GET MA-hathir's DRIFT ?...


Tun Dr Mahathir Mohamad today claimed that all the high-stake political drama now playing before the eyes of the public is the result of the plotting by his former deputy Anwar Ibrahim.

The former premier was quoted by Bernama as saying: “I am not seeking sympathy from anyone. But it is a little bit too much to expect me to forget and forgive something that is happening now as a result of Anwar’s plotting.”

According him him, Anwar had now turned his attention on Najib Razak, adding that: “as usual Anwar has found someone to make incriminating evidence for him. There seems to be no connection between his plotting against me and the attack against Najib.”

“But if we were to look into whom would be the beneficiary, we would see the connection,” Dr Mahathir insinuated but did not named the person concerned.

Do you get his drift? I think I do...

Friday, July 4, 2008

INDEPENDENCE DAY...

Today is Fourth of July, The Independence Day of the US.

The US was among the legions of countries around the world that commemorate their independence by calling it equivalently, while the rest of us including Malaysia named it National Day or Hari Kebangsaan in Bahasa Melayu.

However, a few years ago some Malaysians had overzealously (and perhaps unknowingly) named our August 31st as Merdeka Day or Hari Kemerdekaan instead of Hari Kebangsaan. It was wrong.

I was told this was a result of an internal memo sent out by someone who was made to be in-charge of the National Day celebrations, hence the unofficial nation-wide branding from Hari Kebangsaan to Hari Merdeka. That someone was no longer around these days but the confusion needs time to be rectified as the effect was almost nation-wide.

Since there is a new minister in-charge of the celebrations it is wise to remind him that ours is a National Day which is Hari Kebangsaan and NOT Independence Day or Hari Kemerdekaan and the month-long August 15 to August 15 celebration should be once again named Sambutan Bulan Kebangsaan and NOT Sambutan Bulan Kemerdekaan, which is also wrong.

Perhaps a similar memo to undo the damage should be sent out this time around.

As my esteemed friend and my senior Tuan Syed Imran Ahmad Al-Sagoff said, Malaysia gained its Kemerdekaan on August 31st 1957 and that was only once. The rest of the celebrations must be called Hari Kebangsaan or National Day.

He was also the one who pointed out the difference between Hari Jadi and Hari Lahir, saying that we all should be celebrating our Hari Lahir or birthday and not hari jadi because only ALLAH knows when we were made!

Our National Day is one of the few established Instruments of The State that must not be changed at whim and fancy but only to be made accordingly with an amendment of the act of Parliament after it was endorsed by the Cabinet.

The other instruments are the state’s coats-of-arm (jata negara), the state moto of Bersekutu Bertambah Mutu, the name of Jalur Gemilang and its composition, our type of government which is federal-liberalism, our ruling system of parliamentary-democracy and constitutional-monarch, the designation of the Yang DiPertuan Agong and the designation of Dewan Rakyat (the Lower House of Representatives) and the Dewan Negara (the Upper House of Representatives).

It is such a fallacy to think that any of these instruments could be changed at will simply because we want to be different after all these years of having them the way there were.

TAKE A LEAVE, NOT A HIKE...

Deputy Prime Minister Najib Tun Razak should go on leave until allegations about his involvement in the murder of a Mongolian woman are cleared, said DAP adviser Lim Kit Siang.

TheStar quoted Lim as saying that a private investigator’s statutory declaration yesterday had “challenged the truth and veracity of various statements and denials by Najib”.

“Najib, as well as Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi cannot allow Balasubramaniam’s statutory declaration to go unchallenged as it raises grave fundamental issues as to their fitness to hold high offices.”

For once I agreed with Kit.

The deputy prime minister was not only accused of having involved with one statutory declaration but two which had the nation stunned. These explosive exposes landed him in a tight spot, whose shoes I do not think nobody wants to walk in right now, even himself.

These were declarations whose authenticity were yet to be ascertained but already tongues were wagging since the first declaration which was followed by a high profile police report involving a former deputy prime minister last Saturday. Najib’s involvement in the case involving a certain top politician was revealed yesterday when he admitted to have met the 23-year-old accuser at his home prior to the report lodged.

He should take leave now and let the authorities investigate the cases.

More then 12 years ago a certain chief minister was asked to take leave over an allegation of sexual misconduct involving a young lady. He did and only came back to his political post after the matter was cleared and closed but he had subsequently lost the state chief executive position.

And since “the statutory declaration, which I consider a horrible lie, a mere fabrication with malicious intention and slanderous element aimed at smearing my image” then Najib had nothing to worry about. He added that it was a “red herring” by the former deputy prime minister to divert public attention from the sodomy allegation against the opposition adviser.

Najib was right when he said: “there’s nothing to be worried about.” But I disagreed when he remarked that: “Life goes on as usual. As far as I’m concerned, its business as usual.”

Sorry Mr Deputy Prime Minister, I do not think life is the same again. You better take a leave now but not a hike. Retreat for a while and come back later to fight with all your might.

Thursday, July 3, 2008

INTERESTING TIMES, THESE...

I got this sms a few hours ago: “Bro, wa bk flgt ldon mlm ni, kot2 ada polo sales afte W'don. Tpi aku x jdi pi la, dok KL agi best la ni!”

What the sender meant was its more interesting to be in Kuala Lumpur these days, even more in days to come.

He could be right right for at a news conference (its news conference, NOT press conference) today another C4 was detonated and this time the target, in case he managed to take good cover, had better come out with a 105mm Howitzer! Its gonna get nasty with lots of collateral damage, families included.

A few days ago the first C4 exploded with a deja vu-related magnitude and what followed were semblences of pages from a Tom Clancy novel. Taking refuge in a foreign land, prompt medical check-up, a Blackberry hoisted to show an mms and a lowly paid security guard: "saya ada nampak dia datang sini". Thenafter police reports against a certain top cop and a prosecutor for a 10-year-old case.

This was by far the most interesting times in Kuala Lumpur with the main plot, sub-plots, sub-sub plots and the side stories. Intriguing with lots of suspense.

Elsewhere a group of Malay-based NGO submitted a memo to the Sultan of Selangor on what they perceived as a total incompetence and insensitive to the interest of the Malays on the part of the just a little more than 100-day old state government. This seemed to be a follow-up after an expose of the goings-on in the state’s chief executive office, resignation, dismissal and such. By the way the ceo's songkok was no longer on his head!

Yesterday a group of Indian youths expressed non-confidence against a former minister who lost in the 12th general election but had declared to continue leading the party. This was after a popular youth chief was resigned by a powerful committee.

Also yesterday, a popular so-called independent alternative news website was hacked to the pulp!

Four Barisan Nasional member of parliaments were reported to have already declared to cross-over to the yet-to-be-registered People’s Coalition, hours later a minister and a deputy minister denied wanting to leave the ruling party and finally today, a leveled-headed member of Parliament questioned the wisdom in the plan to award RM 1 million bounty for Malaysia’s first Olympic medal.

I say these are interesting times.

So What else? Who else? Where else? Why else?

Tuesday, July 1, 2008

DEPA DOK PERATI SAPA?















Pak Tun macam perati Sdra Anwar. Sdra pulak dok perati sapa?

Bagaimanapun ini hanyalah impression Utarawan. Sebenarnya kedudukan mereka ketika gambar ini diambil semasa Perhimpunan Agung UMNO 1997 bukanlah begitu. Kedudukan Pak Tun dan Sdra Anwar terpisah oleh sebuah rostrum di tengah-tengah pentas di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Kedudukan Timbalan Presiden semasa di pentas adalah di sebelah kanan Presiden manakala di sebelah kiri Presiden pula ialah kedudukan Setiausaha Agung.

Ketika itu Pak Tun masih presiden dan Sdra timbalannya.

Gambar ihsan Knights Templar. Terima kasih.

SYABAS SDRA!...


This is priceless…

No amount of adex will get you into this kinda picture.

How many times in our lifetime do we get to be in this situation? I mean surrounded by the press in an impromptu news conference? Being hounded by the press here, there and everywhere as the hottest news in town? So hot that it eclipsed other news completely?

For the ordinary Joe (like you and me), the answer is almost none. For some who were used to this kind of treatment the yearn to be treated the same is highly wanting. Some say its intoxicating…

To be in this situation is almost like returning into the corridors of power. To once again be the darling of the Malaysian press is simply déjà vu. He was there and he was almost there, too.

His long journey to be back in the cradle of attention is almost complete now. Bravo Sdra! You are back in the Malaysian press. Rightly or wrongly, you are the flavour of the day!

Lots of people will go to any extent to be pictured like this. Some are willing to fork out through their nose. Others will make us of the government machinery at their disposal but some need not to simply because they are smart!

Syabas Sdra!...

Monday, June 30, 2008

APABILA SEORANG LELAKI MENGAKU DILIWAT...

Apabila seorang lelaki mengaku diliwat oleh seorang lelaki lain maka beliau sebenarnya telahpun menandatangani satu waran mati.

Ini adalah kerana tiada jalan kembali atau tiada lagi kesempatan untuk membuat pusingan U setelah pengakuan dibuat, noktah.

Pendek kata, setelah mengaku maka hadapilah implikasinya. Di Malaysia implikasinya adalah maha berat dan apabila kita membuat pengakuan diliwat oleh seseorang VIP maka implikasinya berganda. Lebih malanag apabila kedua-dua yang terbabit adalah Muslimin.

Mungkin tidak ada seorang lelaki yang dalam keadaan waras akan mengaku kepada seluruh dunia bahawa beliau telah disodomi oleh seorang lelaki lain. Tidak ada seseorang lelaki akan dengan begitu mudah mengaku diselingkupkan oleh lelaki lain, apatah lagi membuat laporan polis mengenai kejadian itu, di Malaysia pula tu!

Pengakuan itu membabitkan maruah dan harga diri seorang lelaki yang mendakwa telah diliwat dan maruah lelaki yang dituduh meliwatnya.

Berbeza dengan laporan rogol (oleh seorang wanita) terhadap seseorang lelaki, aduan diliwat merupakan sesuatu yang amat berat hendak dilakukan. Sekiranya aduan rogol sudah begitu berat untuk dilakukan, beratlah lagi aduan liwat dan lebih berat lagi apabila ia dibuat oleh seorang lelaki diliwat yang mengaku diliwat oleh seorang lelaki lain.

Dunia, kawasan setempat, rakan dan taulan malahan keluarganya akan memandangnya secara berbeza apabila seorang lelaki itu mengaku diliwat. Pandangan mereka terhadap lelaki itu pasti akan berubah setelah pengakuan diliwat dibuat. Sekiranya beliau beristeri ataupun bertunang maka wanita yang sentiasa mendampinginya pasti akan berfikir dua kali atau setidak-tidak memikirkan apakah pilihannya masih tepat. Hidupnya akan menjadi perhatian semua selepas ini, setidak-tidaknya rupa orang yang mengaku diliwat hendak dilihat oleh semua.

Kalau dalam kes rogol aduan kepada polis lebih sedikit berbeza dan sedikit mudah untuk dilakukan (walaupun ianya sudah begitu berat untuk dilaporkan kepada pihak ketiga) dan mudah dipercayai berlaku kerana seringkali jenayah seks begini dilaporkan berlaku di mana-mana akan tetapi untuk membuat pengakuan telah diliwat memerlukan segala kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi dunia setelah diketahui apa yang telah terjadi.

Sekiranya pengakuan (awam) seorang lelaki mengadakan hubungan seks (baca: zina) dengan wanita selain daripada isterinya sudah begitu berat hendak dilakukan bayangkanlah pengakuan disetubuhi oleh seorang lelaki lain.

Justeru, apabila aduan atau laporan polis dibuat maka, kesahihan laporan itu adalah teras utama yang perlu disiasat, dikaji dan diteliti sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

Berlakulah adil kepada pihak yang membuat laporan dan kepada pihak yang dilapor, insyALLAH keadilan akan berlaku kepada kita semua.

Kepada pihak yang dilapor, mengapakah anda begitu takut sehingga perlu bersembunyi di sebuah tanah asing (kedutaan) lantaran mengatakan nyawa anda dalam bahaya? Dalam banyak-banyak tempat mengapakah kedutaan itu yang menjadi pilihan? Apakah tidak selamat sebuah kedutaan di Jalan Tun Razak yang tersergam indah dan begitu dikawal rapi oleh pihak keselamatan dalaman dan luaran? Mengapa pilih yang tu dan bukan yang ni?

Daripada apa yang kita baca di akhbar arus perdana, pihak yang dilapor akan kejadian itu hanya memikirkan akan nyawanya sahaja dan tidak mengenai nyawa mereka yang begitu dekat dengannya, contohnya keluarganya.

Di sebuah dada akhbar kelihatan 3 orang anak perempuan pihak yang dilapor begitu terang dan jelas terdedah (ketika berada pada sebuah sidang akhbar) kepada bahaya (persis sitting ducks) sekiranya benar ada ugutan ke atas nyawa pihak yang dilapor. Sekiranya seseorang pengugut itu hendak mencederakan pihak yang dilapor dan sekiranya pihak yang dilaporkan itu sudah bersembunyi maka pilihan kedua adalah nyawa keluarganya, anak-anak dan isteri.

Mereka terdedah kepada apa sahaja kemungkinan. Pengugut akan berfikir tidak dapat tanduk telinga pun akan dipulas.

Sekiranya anak-anak dan isterinya tidak perlu dilindungi sehinggakan begitu bebas keluar di khalayak awam maka bolehkah kita percaya bahawa wujudnya ugutan ke atas nyawa pihak yang dilapor? Bolehkah kita percaya begitu?

Sekiranya wujudnya ancaman ke atas nyawa pihak yang dilapor, maka mengapakah biarkan nyawa anak-anak dna isteri anda terdedah kepada sebarang kemungkinan? Apakah nyawa anda sahaja yang begitu penting sedangkan nyawa anak-anak dan isteri anda tidak?

Kita tidak boleh membuat sebarang andaian pada ketika ini akan tetapi episod ini mempunyai lebih banyak soalan daripada jawapan.

Seperti kata Orang Kedah "Nak pecaya benda ni sama banyak dengan nak tak pecaya..."

Saturday, June 28, 2008

KALAU TAKUT BAIK BERHENTI...

Setiap pemimpin bukan sahaja mesti bertanggungjawab terhadap setiap tindakannya tetapi juga berani untuk berdepan, berdebat dan disoal oleh rakyat, kata Menteri Penerangan Ahmad Shabery Cheek.

Bernama melaporkan beliau sebagai berkata jika seseorang pemimpin takut melakukan perkara berkenaan, maka individu itu tidak layak menjadi menteri.

"Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, orang yang tidak berani berpunca daripada dua faktor, pertama tidak yakin dengan diri sendiri dan kedua, mungkin dia ada buat salah," katanya semasa berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Penerangan di Wisma Radio, Angkasapuri di sini.

Ahmad Shabery berkata dasar keterbukaan yang diamalkan oleh kerajaan pada masa ini menyaksikan banyak perubahan berlaku berbanding sepuluh tahun lepas.

"Kerajaan kini membenarkan orang ramai mengkritik dan mencercanya tetapi berharap orang yang berbuat demikian sanggup tampil ke depan kerana kerajaan sedia menjawab," katanya dan menambah bahawa masyarakat pada hari ini lebih merasakan perubahan dan suasana baru di sekeliling mereka walaupun mereka tidak dapat melihatnya dengan jelas.

KOMEN: Tiga minggu lepas telah dilaporkan bahawa ada seorang menteri meninggalkan sebuah majlis makan malam di Alor Setar hanya kerana tidak dapat menjawab pelbagai soalan yang ditanya bertalu-talu akan tindakan dan keputusannya berhubung satu dua perkara.

Dikatakan menteri baru itu membisu, bangun dan angkat kaki menuju ke pintu keluar tanpa menjawab sebarang soalan yang dikemukakan sedangkan sesi soal-jawab tidak disenaraikan dalam aturcara majlis itu dan hanya wujud setelah dibenarkan oleh menteri itu. Beliau seorang menteri muda, berumur di bawah 50 tahun.

Antara pertanyaan yang diutarakan oleh sekumpulan pemuda ialah "Siapa awak? Baru dua tiga bulan ni kami baru tau wujudnya nama! Anda baru saja jadi menteri, sudah nak buat macam-macam honar..", begitulah intipati persoalan.

Sebelum itu, akhbar tempatan riuh rendah dengan suatu keputusan yang dibuat oleh menteri itu berhubung dengan pembabitan seorang bekas ahli Umno dari Kedah dalam sebuah syarikat pengendali sukan.

Ternyata keputusan yang dibuat oleh menteri berkenaan amatlah tidak profesional persis kebudak-budakan dan hampir dangkal. Semua pihak mencemuhnya!

Harap-harapnya nasihat Ahmad Shabery diberikan perhatian oleh menteri muda itu...Tidak apa lah, kita semua belajar daripada kesilapan asal saja ia tidak diulangi di masa hadapan. Anda orang baru, banyak la kena belajar...

BAHASA ORANG POLITIK...


Orang politik mempunyai seni bahasa dan bicara yang hanya mereka sahaja yang faham. Kadangkala rakyat boleh juga faham maksudnya akan tetapi rata-ratanya hanya mereka yang aktif berpolitik sahaja yang arif akan maknanya.

Ini dipanggil Bahasa Politik. Ada Bahasa Istana, Bahasa Slanga dan Bahasa Marhein.

Kadangkala orang politik berkata "tidak" akan tetapi ia bermakna "ya", begitulah sebaliknya. Ada kalanya mereka berkata "ya" akan tetapi maksudnya "tidak".

Ada yang kata "belum bercadang" tetapi itu tidak bermakna "tidak mahu" atau "enggan". Ianya mungkin bermakna beliau belum membuat keputusan atau tidak membuat keputusan lagi atau mungkin bermakna masa belum sesuai membuat keputusan akan tetapi pasti membuat keputusan apabila masanya sesuai. Mungkin juga bermakna beliau sudah membuat keputusan akan tetapi masanya belum sesuai untuk diumumkan.

Seorang guru politik saya yang kini bergelar gabenor pernah berkata, "this is political double talk, the art of political speaking..."

Contoh:

Ketua kampung: "Boss, kami dah sedia sambutan besar-besaran untuk Boss sampai di kampung kami."

Boss menjawab: "Tak payah la susah-susah, saya nak melawat kawasan, kan saya ni wakil rakyat".

Apabila sampai di tempat kenduri dan sambutan kepada Boss hanyalah bersifat ala kadar, dalam hati Boss merungut: "Ai? Aku ni menteri, wakil rakyat (ada pulak jawatan dalam parti) takan dia orang ni tak reti nak sambut aku? Kompang pun takdak, bunga kat dada pun tak reti nak beli ke?

Dalam hati: "Tak apalah, ni last la aku nak melawat dia orang ni".

Dalam kereta dan kepada wakil peribadi di kawasan, arahan diberikan berbunyi: "Lain kali awok atur progrem di tempat lain lah, orang kat sini tak reti nak besar hati wakil rakyat ni menteri." Pemandu pun mengangguk kepala tanda setuju manakala pengawal pengiring (bodyguard) hanya tersenyum.

Wakil peribadi yang jenis batu api pulak menjawab: "OK Boss, ramai lagi orang kat kawasan lain yang reti nak layan menteri...dia orang ni semua mengkarak!"

Thursday, June 26, 2008

HAJI ZAN KATA JANGAN LA DOK GABRA...


Bernama hari ini melaporkan bahawa Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak telah menasihatkan semua pihak supaya tidak panik dengan cadangannya untuk menebang balak di kawasan tadahan air di hutan simpan Ulu Muda.

"Saya baru berhasrat, kenapa semua pihak sudah panik. Saya belum tebang sebatang pokok pun. Sebelum tebang balak, saya kena kaji, berbincang dengan pegawai-pegawai dan tunggu keputusan laporan kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dulu," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan ahli-ahli Koperasi Guru-guru Melayu Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Azizan berkata jika keputusan EIA yang dikemukakan negatif, cadangan menebang balak itu tidak akan diteruskan.

"Kalau ada lampu hijau yang mengatakan projek tu tak jejaskan alam sekitar dan bekalan air, baru kita akan teruskan.Jangan bimbang sangat la, kertas kerja untuk EIA pun belum hantar lagi," katanya. (Ada lampu hijau, warna parti depa baru la pokok tu piap pi! Jadi belum ada apa-apa lagi la...baru dok hingaq la nak tebang, moh depa pun rembiang rata la cerita nak tebang balak, bukan ka?)

Sementara itu, Azizan berkata beberapa syarikat dari Sarawak telah menunjukkan minat untuk terlibat dalam projek pembalakan tersebut. (Awat takdak dari Alor Setar ka?, dalam Kedah ka? Dulukan sakan depa dok pelekoh hutan kat sana?)

Azizan berkata pihaknya akan meneliti setiap permohonan yang dikemukakan dan sekiranya mereka menepati kehendak kerajaan negeri, projek itu akan diteruskan selepas mendapat kelulusan EIA. (Had ni tak payah cakap la, memang dah macam tu seluloi, boleh ka dok jadi bahan berita lagi? atau bahan laporan?)

Komen: Betoi jugak kata Pak Haji Zan, yang dok kalut pasai pa? Pokok belum tumbang lagi la...bukan ka? Biaq la depa sukat dan boh kapak kat perdu pokok balak baru la kita pi buat hingaq kat telinga dia...Ish depa yang dok bisin pun...biaq pi la kat dia...kita tengok la macam mana dia nak buat dulu....

Tapi...kalu dah boh sebiji mata kapak atau kapak rantai kat perdu dan tumbang pi baru nak bisin dah lambat kot? Pasai tu la depa buat hingaq, bukan ka?

Depa ni pi kata kat depa tu yang depa tu dok bisin pasai depa tu dah tak dapat nak perelaih balak dah, pasaitu la dok keriau dengaq sampai Kola Kumpo...bukan ka?

Dak pun dengaq kata depa ni nak buat lagu ni sebab takdak income negeri melainkan "anugerah Tuhan" macam yang depa dok kata...tidak pun kalu dah depa dok bisin macam mana kalu kita cadang somua yang undi puak-puak ni sedekah pi RM10 setiap keluarga bagi kerajaan negeri...macam mana?

Daripada dok pi tebang pokok baik ambik duit sedekah buat belanja kerajaan negeri....kan puak-puak ni hangpa yang pilih? Hang pilih depa, kan?

Saya? Saya undi calon BN DUN Bakar Bata Bashah dan Parlimen Alor Setar Chor hari tu...jadi saya tak payah la nak sedekah, bukan ka?

Thursday, June 19, 2008

APABILA PAK LAH DIKUCIN KORAPKAN...

MUTAKHIR...

Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang bermesyuarat petang tadi TIDAK mengambil sebarang tindakan samada tegas atau kurang tegas terhadap SAPP. Ini amat membingungkan!

Sekiranya sebelum ini seorang ahli parlimen Barisan Nasional telah dikenakan tindakan gantung keahlian (celaan) kerana bertindak di luar party line, kenapakah tindakan yang jauh lebih ekstrim seperti menyatakan TIDAK LAGI PERCAYA TERHADAP KEPIMPINAN ABDULLAH HAJI AHMAD SEBAGAI PERDANA MENTERI tiada tindakan tegas?

Apabila kita menyatakan bahawa tidak lagi percaya akan kepimpinan seseorang itu, ia samalah juga seperti berkata bahawa seseorang itu (1) tidak lagi boleh dipercayai dan tidak lagi diyakini(2) harus meletak jawatan dan mengundur diri dan (3) perlu diganti dengan pemimpin lain.

INI ADALAH KATA-KATA YANG AMAT KESAT DALAM POLITIK persis SUATU PENGHINAAN dan sekiranya tiada tindakan tegas diambil terhadap dissent seperti ini maka besar kemungkinan pihak yang kepimpinannya tidak lagi dipercayai itu bermasalah atau mempunyai masalah dalaman dirinya untuk memahami implikasi kata-kata kesat itu.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah politik Malaysia seseorang perdana menteri itu dilemparkan kepada mukanya kata-kata bahawa "KAMI TIDAK LAGI MEMPERCAYAI ANDA!".

Seharusnya tindakan tegas diambil. Apakah Dewan Tertinggi BN enggan mengambil tindakan atau pengerusi Dewan Tertinggi BN enggan mengambil sesuatu tindakan?

Saya amat bersetuju dengan blogger kanan A.Kadir Jasin bahawa samada undi tidak percaya akan berjaya dibentangkan, dibahas dan diluluskan oleh Dewan Rakyat bukanlah sesuatu yang penting. Samada ia berjaya atau tidak berjaya TIDAKlah penting.

Yang penting ialah implikasi kata-kata bahawa seseorang perdana menteri itu tidak lagi percayai. Ini adalah celaan yang paling hebat bagi seseorang pemimpin kerajaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Celaaan+Tempelak = Penghinaan...


POSTING AWAL...

APABILA PAK DIKUCIN KORAPKAN...

Kalau saya, sudah pasti akan berasa amat tersinggung dan marah.

Sebagai rakyat Malaysia saya tidak dapat memaafkan tindakan mengHINA Abdullah Haji Ahmad, perdana menteri yang selama ini disanjung tinggi melangit.

Masakan tidak, selama kesemua sanjung-menyanjung, jek macam punya jek, sokongan penuh yang tidak berbelah bagi serta budaya mencium tangan dan jolok jari 3-line, ada pula depa dok HINA Abdullah.

Saya berasa pelik kerana kerana daripada apa yang dibaca dalam akhbar-akhbar arus perdana selama ini, kelihatan bahawa kewibawaan perdana menteri tidak pernah dipertikaikan dan sentiasa diangkat, dijulang dan didewa-dewakan sehinggakan boleh menyebabkan beliau gayat! Di dada-dada akhbar selama ini beliau sentiasa dipuji kerana dasar-dasar yang hebat dan ungkapannya: "saya ada banyak kerja nak buat."

Justeru, tindakan ini tidak boleh dimaafkan, langsung tidak boleh dilupakan dan perlukan kepada tindakan tegas kerana BELUM pernah lagi dalalam sejarah politik negara ini seseorang perdana menteri dihina sebegitu rupa.

Malu ni...tobat tebai! Kalau tak malu lagi tek tau la...

Pak Long saya di Tandop, Alor Setar bertanya: "Pasai pa depa buat lagu tu kat dia? Dia kan barghu saja dapat mandat kuat 2/3? Harghu la lagu ni? Dulu Pak Tun orghang dok mengata jugak tapi tarak la dok hina sampai lagu ni...bukan ka?"

Tapi, member lama Bang Din Tarik Kereta di Megat Dewa dekat Alor Setar pula kata: "Loqlaq puak-puak ni...pada dok kata kat dia lagu tu...tapi la ni macam-mcam buleh dok kata pa...kerajaan kata depa la ni, apadia, teluih..celuih? padia aku tak tau tapi bunyi macam tu la...ka apa ka?"

Apa bangsat sangatkah perdana menteri ini? Apa sengkek sangat perdana menteri ini? Apa haprak sangatkah perdana menteri ini?

Bukankah baru-baru ini sahaja beliau dinamakan sebagai Menteri Kewangan terbaik negara kita dan bukankah selama ini kita diberitahu oleh akhbar arus perdana bahawa Abdullah adalah hadiah terbaik kepada negara kita? Lebih baik daripada perdana-perdana menteri sebelumnya?

Siapa dia yang berani HINA Pak Lah? Hebat sangatkah si penghina ini? Peylaq sungguh!

Apa depa ni takdak kergja lain ka? Biaq pi lah kat Abdullah, dia tu banyak kerja had belum siap, sebrok semanjang, letih sampai kerap dok tidoq...Kesian la kat dia...Kesian...Kesian...

Seandainya saya adalah antara penasihat Abdullah, saya akan tanpa berfikir kali kedua mencadangkan agar dua Ahli Parlimen parti berkenaan dipecat daripada Barisan Nasional serta merta kerana melanggar etika.

Akan tetapi sekiranya tindakan itu diambil maka Barisan Nasional akan hilang pula dua kerusi Parlimen dan akan semakin parahlah nasibnya yang kini sudah semakin nazak!

Susah jugak lagu ni...haru birghu ada...celaru cacamarba pun ada....Awat jadi lagu ni? Ada ka, buat kat perdana menteri macam kucin korap....ish ish ish!

Takkan perdana menteri ni kucin korap kot?... Dulu di Alor Setar kami dengaq satu ungkapan -- "pokok nyiok belum tumbang, kora-kora pakat naik dah!"...

Tuesday, June 17, 2008

MiB AT YOUR SERVICE...

Men in Black or MiB today presented a comprehensive idea on a treasure hunt to a company. This glc has been organizing media treasure hunts for the last 5 years and this year the corporate communications people wanted to have a different kind of hunt, precisely introducing new elements to make it even more challenging.

It was not a problem for MiB. Just tell us what do you fancy and we will deliver. We will deliver to your utmost satisfaction, its that simple.

Money is no object, we were told. Its the concept that they wanted, a new concept altogether. That was exactly our pitch today and we were glad to have been given the opportunity to be heard, loud and clear.

MiB is not only good in taking part, we are also expert in organizing it, regardless of the client. "Hey, we are MiB, we know what is there to know about treasure hunting, period".

Media treasure hunters should expect a more challenging hunt this time around, a slight departure from the usual and regular hunts that take them from the flag-off point to the finish control point in a 7 hour hunt. Them wise guys were planning a slightly tough mental and physical challenge in their quest to find out who is The Best of The Best among the Malaysia Media.

And may the best team wins...both to the media team who will be competing against each other and among us the hunmasters to be awarded the event management job to manage the media treasure hunt.

MiB is always at your service...

Sunday, June 15, 2008

MY FATHERS DAY...

Today is Fathers' Day. I know of somebody who celebrates his birthday today, precisely his 45th birthday...

Hey, what a double celeb dude...Happy Fathers' Day and Happy Birthday!!

Forty five years ago today a USSR air force captain Velentina Irina Tereschova orbited the earth and went down in history as the first person to have done so. Others, especially the Americans uppped the ente and went further. Yuri Gagarin, also of the USSR Air Force later went up the space.

Here in Malaysia, a father, coincidentally an air force personnel was blessed with a second-born son. His first son did not make it after a week's delivery, and a year later the second son then became the family's first boy. Therefore the father was overjoyed with the arrival of his heritage and wanted to commemorate the occasion immensely.

The father named his son the masculine version of the captain's name. The rest was history.

It took the son some 30 years later to be given the opportunity to visit the USSR. Among the first things that he did was to be present at the country's Air Force Museum on the fringes of Moscow (pronounce maskva, feminine) to see for himself a special section dedicated to Komrad Captain Tereschova and her feat.

The son remembered vividly his father's words that "my son, one day you will know and appreciate the name that i have given you."

The son had during his 12-month stay in the union travelled the width and breath of the empire which was on the brink of collapse due to perestrokia and glasnost. Things he learnt wised him up. He also picked up the difficult Russian Language as a mode of communication in the republic for them citizens never know any other language.

By the way, USSR means Union of Soviet Socialist Republic or simply CCCP (its SSSR actually) which was Soyus Sovietski Sociolisti Rispublik. CCCP was a famous brand of socialism, in fact it was scientific socialism aka communism.

Now, the son was proud of the name he was carrying all this while. He was not so for the first 29 years while growing up in Alor Setar and Kuala Lumpur for his second name was subject of much ridicule and jokes. Even an elder in the family did not take the name kindly.

These days his name was no longer an issue and if it was, people wanted to know how did his father arrived at the unique name. His usual answer was that "my father was a WOG, period". WOG is western-oriented gentleman. And they were bafled that could such person or persons existed 45 years ago.

The name he was carrying sounded very much Italiano but it has nothing to do with that, for the real compounding reason was actually Soviet-centric.

The son never reveal the real reason behind his name. Over the years he made up a story to cut short the story of explaining his second name to those who have asked. Simply, he said his name was given to commemorate another historic occasion, or rather a world-famous celebration, something to do with lovers' day. It made sense to those who do not know the real story.

Indeed, his audience bought it. End of story.

Spaciba Dear Father, Menoga Spaciba...Happy My Fathers' Day...

Sunday, June 8, 2008

Perfect MiB...



Last night we, the Men In Black or MiB triumphed at the 3rd National Sports Complex Treasure Hunt organized from the Bukit Jalil National Stadium to the Perangsang Templer Golf Club in Selangor. We emerged victorious over 14 other media and non-media teams in the one-day Klang Valley hunt.

Our team, captained by Rohana Mustaffa and made up of Navigator Rajkumar King and Driver Salehuddin Yusof and yours truly became champions with a perfect score, the first in the three-year-old series.

We secured 130 points from 35 motoring hunt questions of 3 points each, four treasures of 5 points each and five one-point-each road safety questions, clocking in at the finish-control point ahead of its opening at the club.

There were other teams which had completed their hunt earlier than us but then time was not a consideration unless there was a tie (of points) at the top. The team with the highest score wins at a treasure hunt. The other teams were from the local media organizations, print and electronic and made up mostly by pressman and presswomen from the same office.

Yesterday's MiB was a TV3-TheSUN-BERNAMA-Metronews team and we had a flawless run yesterday and in treasure hunters’ lingo, completed the hunt with a podium finish. Rajkumar and me have a name for this -- Walk The Podium.

We also had a pole position at the flag-off point being the first team to arrive at the stadium at 0800hrs. The hunt manager was Time Out Solutions Sdn Bhd.

The bounty? We took home RM 2,500 worth of prizes and a lasting memory as the first and only team to have achieved the feat never seen before in its two earlier series. It was a difficult task -- competing against among the best of media treasure hunters, answering cryptic questions and treasure questions along the pre-determined routes, solving riddles, anagrams and wordplays and a couple of observation-based questions.

Our conquest at the hunt yesterday was among the best outings for MiB. As MiB we have had two previous perfect score victories and our off-shoot, the Ladies in Black or LiB also kapitaned by Rohana had their perfect score glory at the Kedah Tourism Media Hunt in 2006.

Other members of LiB were Jamaliah Monier, Rubiah Mohamed and Norhayati Jantan, all from Bernama.

The first time MiB became champions with a perfect score was in 2002 at a 4-state treasure hunt within Perak, Penang, Kedah and Perlis. It was a four-leg hunt and we took the third run’s trophy of the Pedu Lake Resort-Alor Setar route, defeating four other teams with equally perfect scores and 20 others. In one of the perfect score cars, there were 4 hunt sifus which we defeated soundly and stopped them in their track as they were attempting a hatrick of sort after having won the first two legs consecutively.

Members of MiB then were Rajkumar, Firdaus Abdullah of the NST, Cheree Mohd Gamma from RTM and myself.

The second perfect score victory was when MiB won the fourth Malaysia Airports Holdings Berhad Media Treasure Hunt 2006 Kuala Lumpur-Penang. Not only that we were the first team to have a perfect score in the series we were also the first team to have won the series twice, having won the first Subang-KLIA route in 2003.

Members of the 2006 MiB were M.Govind Nair, Rajkumar, Rohana and myself while that of the 2003 MiB were Rajkumar, Rohana, Firdaus and yours truly. However, Rohana was abroad on an official assignment leaving to just the 3 of us (Rajkumar, Firdaus and me) to battle it out and won the challenge.

However, two most memorable hunts for Rohana, Rajkumar and me were the UEM Media Hunt from Kuala Lumpur to Seremban in 2005 in which we came out tops over the other 174 teams including the best in the media and UEM employees and their sponsors. We only dropped one question from the 45 given and solved-submitted 5 treasure questions and a host of the compulsory road safety questions.

While the majority of the teams at the hunt were with 4 hunters we did it with 3 -- Rohana, Rajkumar and me! And since we had beaten the who's who of media treasure hunters to be The Best of The Best, the most thrilling point was that we were greatly under-strength from the word go. However it did not deter us to give our best to be The Best!

The other was the 2004 Bernama Treasure Hunt from Kuala Lumpur to Bukit Merah in Perak. Rohana and me were with our boys -- Muhammad Zahir Zukri and Muhammad Zaim Zukri became the overall champions and the first Bernama team to have won back the trophy after 16 years. The last Bernama team did it in 1988.

Rajkumar’s MiB with Firdaus and Cheree was second in the overall position.

MiB now looks forward to the National Women Journalist Association (PERTAMA) Treasure Hunt on June 21 from Kuala Lumpur to the Legend Resort in Cherating, Pahang. MiB members this time around will be Rajkumar, Salehuddin, Kheirul Nazib who are both from TV3 and myself.

This is going to be another exciting hunt by huntmaster Govind. He will assume a different role this time around -- Clerk Of Course while Rohana, a BERNAMA Editor is the Chairman of Organizing Committee. Both are also members of MiB.

In short, while MiB will slug it out with the other teams for hunt prizes, we will also be up against the other MiB.

UPDATED INFO...

MiB treasure hunt team members: Zukri Valenteno, Rajkumar King, Rohana Mustaffa, Firdaus Abdullah, Cheree Mohd Gamma, M.Govind Nair and Salehuddin Yusof.

LATEST INFO...

The PERTAMA Hunt is a week away -- Saturday, June 21 to Legend Cherating Resort. For those who have registered, its time to prepare oneselves for the battle. Believe me this hunt is not as easy as what people might think for CoC Govind have some tricks up his sleeve for the hunters...

Come what may, MiB is ready to take this challenge...Zukri, Rajkumar, Salehuddin and Kheirul

Friday, May 30, 2008

KINI SEMUA ORANG BOLEH MENJADI AHLI UMNO…

Selamat Datang diucapkan kepada bekas orang kanan seorang pemimpin Umno yang telah menyerahkan borang keahlian Umno kelmarin. Dahulunya beliau adalah antara arkitek yang ditugaskan untuk menjahanamkan Umno. Kini beliau hendak memakai baju Umno.

Walaupun saya tidak ingin menyebut namanya di sini namun saya yakin dan percaya bahawa para pembaca sekian maklum siapa yang saya maksudkan di sini.

"Selamat kembali kepada Umno yang saudara tinggalkan". Umno menadah sebesar-besarnya tangan untuk mengalu-alukan kepulangan "wira" ini. Masakan tidak majlis penyerahan borang permohonan keahlian beliau dihadiri oleh Presiden Umno yang telah menerimanya.

Sudah ada yang merungut bahawa proses itu membelakangkan Majlis Tertinggi kerana apa yang berlaku kelmarin adalah sepatutnya majlis menerima borang permohonan keahlian BUKAN penerimaan keahlian kerana mengikut Perlembagaan Umno seseorang Presiden itu tidak mempunyai kuasa menerima penyertaan ahli sebaliknya yang berkuasa meluluskan sebarang permohonan keahlian ialah di peringkat bahagian Umno yang akan dipanjangkan kepada Ibu Pejabat.

Bagaimanapun, ini adalah sambutan yang luar biasa hangat bagi bekas orang kanan ini kerana hari ini Umno amat perlukan pejuang-pejuang yang boleh memanjangkan hayat politik parti ini yang sudah tenat walaupun baru berusia 20 tahun. Nyata bahawa Umno tiada lagi mereka.

Sekiranya Presiden Umno sendiri telah menerima borang keahliannya, maka kita semua para ahli hendaklah menerima bekas orang kanan ini dengan tangan yang terbuka, hati yang terbuka dan mulut yang terbuka kerana perkara yang pertama yang beliau lakukan ialah menghitung peluangnya bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Disember ini.

Walaupun beliau telah beralus dengan berkata bahawa "memikirkan dahulu" namun niatnya janganlah dikelirukan -- masuk Umno untuk bertanding jawatan penting. Ianya tidak berselindung atau berlapik-lapik lagi.

Mungkin esok beliau akan berkata tidak langsung terfikir untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua Umno di sebuah bahagian di Selangor yang pernah disandanginya sebelum meninggalkan Umno kerana mengikut ketuanya.

Justeru kita semua hendaklah tidak keliru kerana niat beliau menyertai Umno amatlah jelas dan ikhlas untuk bersama-sama berjuang untuk Agama, Bangsa dan Tanahair dan BUKAN mencari kedudukan untuk kepentingan peribadi. Beliau amatlah ikhlas dan jujur dalam perjuangan.

Sebaliknya kita orang Umno ini hendaklah mengalu-alukan kedatangan bekas orang kanan ini kerana hari ini Umno sudah ketandusan pemimpin sehinggakan parti perlu out-source pemimpin untuk mengerakkan agenda politik yang selalu disebut sebagai perjuangan membela Agama, Bangsa dan Tanahair.

Umno sudah tidak punyai pemimpin barisan pelapis yang boleh diharapkan sehingga terpaksa memujuk seorang yang pernah menghina, mencerca dan menista Umno secukup-cukupnya, walaupun antara perbuatannya masih segar dalam ingatan kita. Sungguhpun begitu ramai di barisan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri namun mereka dipandang enteng, tidak penting dan tidak boleh buat kerja dan dikatakan hanya pandai dan tahu mencari projek untuk mengemukkan akaun bank masing-masing. Itu hanyalah tanggapan semata-mata.

Saya tidak begitu percaya akan dakwaan-dakwaan pihak tertentu bahawa Ahli-Ahli Exco Pemuda dan Puteri begitu materialistik dan hanya mengejar projek dan harta kerana TIDAK ada antara mereka yang memandu kereta mewah. Mereka dikatakan hanya mampu Proton atau kereta Jepun, justeru mencari projek untuk disalurkan kepada bahagian-bahagian yang mereka wakili, gunanya untuk membela rakyat susah yang dhaif lagi miskin.

Umno sudah kekontangan pejuang sehinggakan terpaksa mengimpot reject product daripada parti pembangkang untuk meneruskan agenda politik yang ada hari ini. Sedih sungguh nampaknya Umno hari ini dan kita turut bersimpati.

Jelas bahawa Umno sudah nazak sehinggakan terpaksa mengambil pilihan dengan membawa masuk seorang bekas orang kanan ini yang pernah meludah dan mengkahaqkan Umno sebelum ini.

Saya amat tidak setuju dengan rakan blogger saya, Pak Tuan Syed Imran yang menulis, lebih kurang begini "Ezam masuk Umno, so what?" Nyata bahawa Pak Tuan yang sangat saya hormati ini seakan-akan telah mempersendakan penyertaan wira ini. Betulkah wira?

Kita tidak boleh begitu kerana mengikut amalan Umno hari ini apa sahaja yang dilakukan oleh Presiden amatlah ikhlas dan jujur untuk perjuangan parti dan tidak ada agenda peribadi. Pendek kata, baik bagi Presiden, maka baiklah bagi kita, betulkah begitu? Dan sekiranya Presiden kita mengalu-alukan kemasukan orang ini sebegitu rupa, kita pula hendaklah menatang beliau semanja-manjanya kerana mungkin inilah tonik ajaib yang dicari selama ini untuk menyelamatkan Umno.

Saya pula begitu ghairah dengan berita ini dan amat alu-alukan wira berkenaan, dengan berkata Kini Semua Orang Boleh Jadi Ahli Umno!! Tiadalah bezanya Umno dengan Air Asia yang berslogan bahawa Kini Semua Orang Boleh Terbang!!

Friday, May 16, 2008

LAMAN WEB PERIBADI MENTERI PENERANGAN?

Saya terjumpa http://notashabery.com/ hari ini. Berbunyi seperti sebuah laman web Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia.

Postingnya pada 14 Mei 2008 bertajuk "Perbuatan Pembangkang Tak Bermoral". Laporannya mengenai kenyataan akhbar Ahmad Shabery mengenai umpanan gerombolan parti pembangkang yang sedang mengumpan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk bertukar parti.

Beliau mengutuk tindakan taktik pembangkang yang kelihatan seperti ingin menggunakan "pintu belakang" untuk menumbangkan Barisan Nasional yang gagal mereka lakukan pada Pilihanraya Umum Ke-12 yang lepas.

Kalau mengikut tajuknya, ia kelihatan seperti laman web Ahmad Shabery akan tetapi gaya penulisan itu membayangkan bahawa ianya sebuah laman yang membuat laporan mengenai beliau dan ditulis oleh orang lain.

Sekiranya ia laman web peribadi Ahmad Shabery maka beliau merupakan Ahli Jemaah Menteri 2008 yang pertama mempunyai laman web peribadi. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Muhammad Muhd Taib merupakan menteri yang pertama yang mempunyai blog manakala laman web Shahrir Samad telah lama beliau kendalikan sebelum menyertai Jemaah Menteri.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Ahmad Shabery. Mengenali beliau, perkembangan ini tidaklah memeranjatkan kerana beliau begitu IT-savvy, mengadakan masa untuk membaca laman web dan blog setiap hari menerusi MacBook beliau berwarna putih yang nipis dan molek.

Kita kini mempunyai seorang Menteri Penerangan yang benar-benar tahu apa yang beliau perkatakan apabila membicarakan mengenai laman web, blog dan weblog.

Justeru, tidak mungkin beliau bercakap kosong apabila ditanya mengenai kedua-dua perkara ini dan kita tidak akan lagi mendengar perkataan-perkataan seperti "goblok" atau apa-apa lagi selepas ini. Dan ini juga bermakna bahawa jurumudi laman web (web master) dan blogger tidak lagi akan diperlekehkan.

Sunday, May 11, 2008

UMNO BERUMUR 20 TAHUN HARI INI…





Hari ini Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malays National Organization) berumur 20 tahun. Ini bermakna ia menyambut ulangtahun ke 20 hari ini.

Umno yang ada hari ini ditubuhkan (dan berdaftar) pada tahun 1988 dengan alamat asal setiausaha penajanya, Mohamed Rahmat di No 8 Jalan Setiajasa, Damansara Heights, Kuala Lumpur. Pendaftaran itu adalah berdasarkan kepada arahan pertama jawatankuasa penajanya yang juga mengadakan mesyuarat pertamanya di kediaman Menteri Penerangan itu.

Umno asal yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 telah dibatalkan pendafatarannya oleh Mahkamah Tinggi Malaya menerusi keputusan Hakim Harun Hashim pada 14 Februari 1988.

Ahli berdaftar Umno yang pertama, yang ketika itu disebut sebagai Umno (baru) ialah Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi Penaja) yang bernombor keahlian 0000001 dan ahli keduanya ialah Ghafar Baba (Timbalan Pengerusi Penaja) yang bernombor keahlian 0000002 manakala Mohamed (Setiausaha Penaja) bernombor keahlian 0000003. Ahli keempat Umno atau bernombor keahlian 0000004 ialah Husein Ahmad, Ketua Penerangan Penaja Umno (Baru).

Umno (Baru) hanya pulih daripada segi semangat, falsafah dan memperolehi hartanya pada 1998, iaitu 10 tahun selepas ditubuhkan dan setelah memuaskan hati Mahkamah Tinggi Malaya bahawa Umno (Baru) adalah sama merupakan kesinambungan kepada Umno daripada segala segi iaitu perjuangan, perlembagaan, keahlian dan pelbagai perkara lagi untuk mengusulkan satu keperluan yang paling mustahak dan mendadak -- memperolehi semula hartanya yang ditadbir sementara oleh Pemegang Amanah. Antara hartanya ialah Menara Dato' Onn di Jalan Tun Ismail yang juga merupakan Ibu Pejabat Umno.

Setelah memuaskan hati dan setiap keperluan Mahkamah Tinggi Malaya maka Umno Baru dibenarkan mewarisi segala harta dan milikan Umno yang dibatalkan pendaftarannya sebelum itu. Hanya beberapa bulan selepas keputusan itu sahaja barulah Umno dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya menerusi suatu usul untuk mengugurkan perkataan “Baru“ daripada nama pendatarannya.

Justeru, munculah Umno yang pada hari ini berusia 20 tahun. Selamat Maju Jaya dan Teruskan Perjuangan Untuk Agama, Bangsa dan Tanahair.

Saya adalah juga Warga Umno yang bernombor keahlian 2822585 serta berdaftar sebagai Ahli Biasa di Cawangan Umno Pekan Anak Bukit, Bahagian Umno Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah.

Saturday, May 3, 2008

SARKAS DI PARLIMEN TIDAK AKAN LAMA...

Ada sahabat bertanya samada saya terkejut dengan pertunjukkan sarkas di Dewan Rakyat baru-baru ini lantaran siaran langsung di RTM? Saya katakan kepadanya bahawa tiada apa yang baru kerana telah berlanjutan untuk sekian lama.

Bezanya hanyalah senarai badut yang beraksi -- sarkas tetap sama, dulu dan sekarang. Kata Mat Salleh “…the clowns changed but its circus nevertheless.”

Ketika membuat liputan pemberitaan Dewan Rakyat untuk Bernama pada awal 1990an, sarkas di Parlimen adalah sesuatu lumrah. Hanya ketegasan Speaker Tan Sri Muhammad Zahir Ismail sahaja yang mampu mencairkan aksi watak-watak utama ketika itu, antaranya Hu Sepang, Ahli Parlimen Rasah yang selalunya menjadi mangsa salah identiti oleh semua pihak sebagai YB Sepang.

Di sebelah blok Barisan Nasional, para antagonis adalah Zubir Embong Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan Abdul Rahman Bakar Ahli Parlimen Maran. Sekali sekali kedengaran juga Dr Abdul Hadi Derani Ahli Parlimen Kota Setar.

Dikatakan sarkas kerana semasa di dalam dewan mereka akan kelihatan bertekak bermati-matian sehingga sekiranya dihulurkan kapak atau parang maka mereka mungkin tidak akan berfikir dua hali untuk menghunus lantas menggunakannya. Namun, setelah ke luar dewan dan ketika di kantin yang berhampiran dengan Bilik Pemberita, mereka boleh pula duduk semeja sambil minum teh dan bergelak ketawa. Inilah sarkas di peringkat tinggi dan badutnya berpakaian kemas dan bergelar Yang Berhormat.

Bezanya kali ini sarkas disiarkan secara langsung dan boleh diikuti oleh ribuan khalayak sasaran. Justeru, rakyat yang telah mengundi Ahli-Ahli Parlimen yang kini beraksi sebagai badut sarkas akan dapat melihat sendiri akan perilaku pilihan mereka.

Seperti kata Mat Salleh, "there’s a flip side of the coin”. Ia bermakna sekalipun dikatakan memberi ruang publisiti kepada Ahli-Ahli Parlimen bukan Barisan Nasional untuk menikmati “their 2-second of fame” yang tidak pernah mereka rasakan sebelum ini, namun siaran langsung itu juga membawa aspek negatif kepada mereka kerana tingkah laku mereka yang selama ini “controlled” telah secara tiba-tiba terjelma kepada yang sebenar, mungkin secara sedar atau tidak sedar.
Dan ia disaksikan oleh rakyat, di dalam dan di luar dewan. Malahan di luar negara.

Sekiranya mereka sedar ini bermakna mereka sengaja melumur najis di muka sendiri dan sekiranya mereka tidak sedar maka ini adalah hakikat sebenar diri Ahli-Ahli Parlimen yang mungkin tidak pernah dilihat oleh para pengundi. Para badut ini mungkin bersopan santun di hadapan para pengundi (maklumlah untuk mendapat sokongan) dan apabila berada di kalangan mereka, maka akan munculnya gelagat, kelakuan dan tabiat sebenar yang tidak mudah lekang daripada diri mereka.

Syabas kepada Kabinet dan Menteri Penerangan Ahmad Shabery Cheek yang membuat keputusan untuk meneruskan siaran langsung ini kerana setidak-tidaknya para pengundi akan dapat berfikir semula dengan serius samada mereka telah membuat keputusan yang betul setelah terpengaruh kepada pujukan-pujukan dan rayuan-rayuan para badut ini dan telah mengundi mereka semasa Pilihanraya Umum Ke-12 baru baru ini.

Para pengundi di Kedah mungkin akan bertanya “Betoi ka had aku pilih ni buat khreja ke atau dok buat reba?”. Di sini Pak Long, Pak Ngah, Pak Lang atau Pak Chaq akan menyifatkan mereka ini dok buat kelaku loqlaq, rumbu dan buang umoq. Di Tanjung pula ada adjetif seperti "sirghu" atau "parpu" untuk sifat para badut ini.

Saya yakin dan percaya bahawa akan sampai masanya nanti apabila para Ahli Parlimen daripada parti bukan Barisan Nasional meminta supaya siaran langsung ini dihentikan kerana mereka mungkin telah sedar akan kesan-kesan negatif yang diperolehi. Ianya lebih banyak negatif daripada yang positif.

Sekiranya mereka telah mula sedar dan tidak lagi beraksi laksana badut maka mereka sendiri akan rimas kerana sentiasa berada dalam fokus kamera yang membataskan perilaku mereka yang sebenarnya. Pendek kata, apabila kamera dihalakan kepada mereka, maka para Ahli Parlimen ini akan merasa terkongkong kerana tidak lagi bebas beraksikan diri mereka yang sebenar.

Apakah bisa badut-badut ini bersopan santun?

Garisan bawah dan akhirnya mereka sendiri akan meminta supaya siaran ini dihentikan, atau setidak-tidaknya dibuat rakaman yang bermakna disunting agar hanya yang elok dan molek sahaja menjadi tontotan rakyat. Ini tidak akan berlaku kerana para badut daripada parti bukan Barisan Nasional ini dikatakan percaya kepada kebebasan media untuk melaporkan kesemuanya tanpa tapisan.

Justeru, sebagai menambah kepada persoalan sahabat saya di atas, saya berpendapat bahawa sarkas ini tidak akan lama lantaran para badut akan keletihan dengan sendirinya.

Yang lawaknya ialah apabila publisiti yang mereka cari, sarkas pula yang diperolehi.