Thursday, November 18, 2010

IT'S THE OTHER WAY AROUND, MR LEE...


POLICE NEEDS TO HAVE COMMUNICATION SKILLS TO BETTER INTERACT, WITH COMMUNITY, SAYS LEE LAM THYE

KUALA LUMPUR: Police must master communication skills and languages to enhance interaction when dealing with community problems. Malaysian Crime Prevention Foundation (MCPF) vice chairman Lee Lam Thye said, adding that training in such fields was important to avoid any misunderstanding, miscommunication or claims that police were not friendly.

“They (police) must be trained or undergo courses related to communications to enhance their interaction skills when faced with difficult situations and foster goodwill.

“If equipped with such skills, police will know how to handle situation more professionally and what is required of the person who lodged the report. If will help erase any wrong perception of the police,” he told reporters after a roundtable on NKRA For Crime Reduction at Wisma Bernama on Tuesday.

“Just imagine if a Malay police officer spoke to the Chinese in Mandarin when carrying out his duties. This will certainly impress them.”


“We in MCPF will also invite the police to participate in whatever events or programmes we organise. At the end of the day, what is important is they must ensure that the police and the public work together, be able to have better interaction so that they can understand each other better.”-Bernama


Utarawan: Frankly, Mr Lee... it should be the other way around.

I like to imagine that all Malaysians, be they Chinese or Indians must (read:compulsory) be conversant in Bahasa Malaysia, our national language. This will enable communication among us Malaysians.

Language is a tool of communication and if segments (read:minority) of our society could not converse in the national language, then there is something wrong with them, hence they should make some effort to overcome the communication barrier.

I have not heard of cases of policemen of NYPD or LAPD (or Hong Kong for that matter) encouraged to take up other languages to enable communication with fellow citizens. Migrants in the US must be able to understand and converse in English as much as Malaysians from other races must be conversant in Bahasa Malaysia.

Rule of the thumb says that the minority must agree with the majority. A simple rule to follow.

Now, i say Malaysians of other races must make the effort to understand the national language, period.



Saturday, November 13, 2010

DIMENSI BARU UNTUK SIARAN BERITA RTM?...



Oleh Zukri Valenteno


Berita televisyen, khususnya berita waktu utama sesuatu stesyen televisyen adalah perniagaan besar di Amerika Syarikat.

Dek bahana globalisasi, fenomena ini sudah melintasi Lautan Atlantik ke Eropah dan tidak lama lagi pastinya akan sampai ke dunia sebelah sini.

Di Amerika, persaingan untuk bijimata (para penonton) amatlah sengit sehinggakan para pemilik stesyen berkenaan sentiasa menumpukan perhatian yang amat khusus, bagai misi hidup atau matinya sesebuah stesyen berkenaan sehinggakan ikhtiar-hidupnya disandarkan sangat kepada prestasi siaran berita utama.

Lantaran persaingan yang sengit, “pentas” hanya dikatakan cukup untuk segelintir sahaja -- ABC, NBC, CBS dan CNN atau lebih dikenali sebagai The Big Four. Prestasi puluhan stesyen-stesyen lain dikatakan pula belum lagi mampu menyengat apatah lagi menyaingi mereka berempat ini.

Lantaran sebahagian besar para penonton di Amerika kini sudah mula sedar, celik, cerdik dan tidak lagi menganggap bahawa “iklan ialah satu rancangan televisyen” (menurut satu laporan penyelidikan di Amerika mengenai pola penontonan televisyen yang dikatakan bahawa ramai penonton merasakan telah tertipu sekian lama oleh para pengiklan!) yang sebenarnya diguna-pakai untuk menarik para penonton dan sementara kurangnya “soap opera” yang hebat-hebat seperti waktu dahulu (contohnya Dallas), maka sebahagian besar mereka kini beralih selera dengan memberikan perhatian kepada berita televisyen sebagai petunjuk prestasi utama sesuatu stesyen itu.

Justeru, perubahan sikap para penonton Amerika ini dikatakan telah memberikan satu daripada justifikasi utama bahawa siaran berita televisyen, khususnya berita waktu utama adalah penting dan mustahak untuk menentukan ikhtiar-hidup dan jangka hayat sesuatu stesyen berkenaan.

Dalam usaha untuk membuktikan bahawa para pemilik memberikan perhatian top-of-the-head untuk sentiasa di hadapan dalam apa yang dikatakan sebagai “perang berita” ini, mereka sanggup membayar top-dollar untuk mendapatkan individu tertentu untuk menghiasi, atau sekurang-kurangnya menjadi anchor untuk siaran berita waktu utama mereka.

Justeru, lahirlah Budaya Ikon Berita.

Stesyen-stesyen ini sanggup bersaing dan membayar pada harga premium untuk mendapatkan apa yang dikatakan sebagai ikon-ikon berita ini.

Sebagai contohnya, di NBC’s Today Katie Couric bergaji sebanyak USD 15 juta setahun yang menjadikan beliau anchor berita yang paling mahal di dunia!, melebihi ikon yang sebelumnya iaitu Dan Rather (USD 10 juta) manakala Brian Williams di CBS dibayar sebanyak USD 4 juta, Larry King di CNN pula memperolehi pendapatan USD 7 juta dan ABC membayar Charles Gibson juga sebanyak USD 7 juta. Untuk sedekad lamanya, warga Amerika mempercayai ikon berita tersohor mereka Walter Kronkite (kini sudah bersara) dan anchor berita ABC Diane Sawyer yang memperolehi pendapatan sebanyak USD 13 juta setahun!

Amatlah terang dan tidak berselindung lagi bahawa stesyen televisyen di Amerika tidak begitu meletakkan harapan tinggi kepada rancangan lain seperti sitkom ataupun soap opera, dokumentari, talkshow dan sukan.

Sebaliknya mereka memberi isyarat bahawa berita adalah “nyawa” stesyen mereka sedangkan tiga daripada The Big Four itu bukanlah stesyen khusus berita seperti CNN, yang hanya menyiarkan berita selama 24 jam dengan tiada program-program lain ke udara.

Antara isyarat yang mereka ingin serlahkan ialah juga bahawa siaran berita di waktu utama itu adalah “wajah atau imej” sesuatu stesyen televisyen berkenaan. Masakan tidak, sebagai contohnya, CBS mengambil masa selama enam bulan untuk mencari “wajah” mereka dan yang terkini -- Brian Williams.

CBS kemudiannya mengambil masa selama enam bulan lagi untuk melatih Williams, yang pernah bekerja sebagai seorang jurujual kereta, untuk menyampai berita (termasuklah gerak muka, tonasi dan diksi), mengulas berita dan memberi perspektif berita sebagai anchor utama sebelum bersedia beliau kepada bijimata Amerika dan sebahagian daripada dunia yang menerima siarannya.

Williams yang sering dilaungkan sebagai “The Face You Could Trust The News He Reports” dikatakan sempurna dan menepati ciri-ciri autoritatif, diyakini dan mampu mengunci jutaan bijimata rakyat Amerika untuk selama 30 minit dengan sajian berita. Sebenarnya, kalau diteliti hanya sebahagian daripada wajah Williams yang sempurna, lantaran jika dipandang daripada sudut yang berlainan, mukanya kelihatan agak tidak semitrik!

Namun, ketampanan wajah Williams dan gaya penyampaian beritanya yang tersendiri pada siaran “The CBS News With Brian Williams” telah menenggelamkan kepincangan-kepincangan yang lain, jika ada. Namun, kita di Malaysia tidaklah berpeluang menyaksikan “perang” ini lantaran kita tidak mempunyai akses kepada siaran-siaran ABC, NBC dan CBS.

Yang kita dapat ikuti hanyalah berita CNN, CNBC, BBC, Al-Jazeera dan CCTV (daripada China) menerusi Astro. Justeru, dalam masa terdekat ini kita tidaklah mungkin dapat melihat kehebatan Katie Couric di NBC yang memperolehi pendapatan sebanyak USD 60,000 sehari! Begitu juga dengan Dan Rather dan Charles Gibson serta Diane Sawyer di ABC.

Rata-rata kita hanya mengenali Christian Amanpour, Wolfe Blitzer dan Lorraine Han di CNN. Namun, naluri kita menyatakan bahawa sudah pastilah mereka ini semuanya hebat dan sekiranya perlu wajarlah diteladani oleh para penyampai berita di Malaysia sebelum mereka layak bergelar anchor berita, ataupun sebagai News Icon – terminologi yang digunapakai dalam industri berita televisyen di Amerika.

Di sini, Jabatan Penyiaran Malaysia atau lebih dikenali sebagai RTM (Radio dan Televisyen Malaysia) pernah melahirkan “ikon-ikon berita” seketika dahulu. Kita kenali mereka dan ramai antara kita membesar semasa mereka berkhidmat di RTM, bermula dengan siaran televisyen hitam-putih.

Ibu bapa kita dan rakan-rakan mereka yang mengikuti siaran-siaran berita akan merujuk kepada apa yang “tadi bengali tu habaq kat berita pukoi 8 (belum lagi ada Berita atau Warta Perdana ketika itu!) kita raya esok”.

olehkah dilupai ikon-ikon berita bertaraf Malaysia seperti Hashim Embi, Faridah Merican, Mahani Ujang, Kamaruddin Ahmad, Yahya Long Chik, Norazah Aziz, Wan Chik Daud, Samy Vellu, George Abraham dan yang terakhirnya Salasiah Zakaria?

Ya, Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu pernah bertugas sebagai pembaca berita di RTM sebelum terbabit secara aktif dalam politik sehingga beliau berjaya sampai ke tahap hari ini.

Bagaimanapun, hari ini RTM tidak lagi melahirkan ikon-ikon berita, walaupun yang bertaraf Malaysia. Mungkinkah tiada lagi dalam agenda RTM untuk melahirkan ikon-ikon berita, sepertimana yang wujud suatu masa dahulu, yang mana berita-berita yang mereka sampaikan diterima sebagai sahih tanpa sebarang keraguan.

Ketika itu ikon-ikon berita ini melambangkan RTM sebagai Penyiar Rasmi Kerajaan. Apabila ikon-ikon berita ini diyakini dan diterima sebagai autoriti, maka setiap ungkapan yang keluar daripada mulut mereka pula akan diterima sebagai yang benar, tepat dan terkini.

Ini adalah falsafah utama berita televisyen yang dipertahankan oleh stesyen-stesyen televisyen di Amerika apabila mereka mula memperkenalkan budaya ikon berita.

Untuk mensohorkan lagi persembahan berita televisyen, RTM wajar mula mengorak langkah ke arah memperkenalkan semula ikon berita sebagai satu lonjakan untuk memartabatkan prestasi siarannya. Nescaya RTM akan menjadi pelopor dalam bidang ini lantaran budaya ikon berita untuk yang sekurang-kurangnya dapat diterima sebagai ikon bertaraf Malaysia tidak lagi muncul di Malaysia sejak sekian lama.

Budaya ini sudah pupus di sini walaupun berakar umbi di Amerika selama lebih 15 tahun! dan sedang berkembang! Namun, kita masih belum terlambat untuk memulakannya atau sekurang-kurangnya memikirkan secara serius cara dan halatuju untuk merealisasikan objektif ini.

Daripada apa yang kita ketahui, RTM hanya perlu mengambil masa yang singkat untuk memperkenalkan semula ikon berita lantaran RTM sudahpun mempunyai ikon beritanya yang tersendiri -- Harjit Singh Hullon! Beliau hanya perlu digilap sahaja!

Beliaulah ikon berita RTM yang wajar diketengahkan lantaran telah diterima sejak sekian lama sebagai “Wajah RTM”. Disebabkan kefasihan beliau dalam kedua-dua Bahasa Melayu dan Inggeris dan pengalaman lamanya dalam bidang kewartawanan penyiaran, beliau wajar dipilih sebagai Ikon Berita RTM.

Nescaya para penonton akan sependapat bahawa Harjit, yang sudah sinonim dengan RTM sejak sekian lama akan membawa pesona yang penuh autoritatif ke dalam penyampaian beritanya dan langkah ini akan menambahkan-nilai, dan yang paling penting memartabatkan faktor kebolehpercayaan para penonton akan siaran berita oleh RTM.

Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memantapkan lagi berita RTM terutamanya pada waktu utama 8 malam sekiranya stesyen berkenaan ingin menambahkan nilai kepada persembahannya.

Tidaklah saya menyarankan agar RTM membayar jumlah-jumlah yang dinyatakan di atas untuk ikon beritanya akan tetapi hendaklah memikirkan bahawa sudah tiba masanya RTM bergerak ke arah memperkenalkan ikon beritanya yang tersendiri untuk pertamanya, menyerlahkan stesyen berkenan dan keduanya menambah-makna dan menambah-nilai kepada siaran berita pada waktu-waktu utama dan bukan utamanya.

Langkah pertama yang positif sewajarnya dilakukan ialah memperkenalkan ikon beritanya yang akan menjadi anchor Warta Perdana 8 malam setiap hari untuk siaran berita 30 minit (atau 45 minit sahaja) padat dengan berita tanpa iklan.

Berita di RTM kini akan melambangkan stesyen imej Penyiar Rasmi Kerajaan dalam bentuk baru yang profesional, menarik minat ramai dan menjustifikasikan segala peruntukkan kerajaan kepada jabatan berkenaan.

Langkah seterusnya ialah, setelah mengenalpasti ikon beritanya, masa untuk RTM disingkatkan kepada urusan-urusan menilai semula elemen-elemen penting dalam persembahan berita RTM, yang kini disebut sebagai Warta Perdana, dan menjuruskan usaha penambahan-nilai kepada aspek-aspek montaj, id televisyen, komponen-komponen utama warta berkenaan, profesionalisme dalam laporan langsung para pelapor di medan berita, sekadar menyatakan satu dua perkara.

Pendek kata, RTM wajar memperkenalkan siaran beritanya dalam bentuk baru (baca:dirombak sepenuhnya!) yang pastinya akan menjangkau imaginasi para penonton sehinggakan apabila mereka hendak mengetahui atau menantikan sesuatu berita itu, RTM adalah pilihan utama mereka!

Akhirnya ini adalah penanda aras penting dan penunjuk prestasi utama RTM! Dalam konteks ini, ikon berita RTM ini tidak hanya akan diterima sebagai autoriti berita malahan setiap berita yang disampaikan akan dianggap sebagai yang sahih, tepat, terkini dan mutakhir, tanpa sebarang kemusykilan dan tanpa perlu pula merujuk kepada stesyen-stesyen lain lagi.

Apabila ini berlaku, RTM telah menetapkan nichenya sebagai Penyiar Rasmi Kerajaan yang berwibawa dan diyakini oleh semua pihak sehinggakan kemunculan sesuatu berita di stesyennya begitu dinanti-nantikan oleh para penonton sebagai sumber rasmi yang layak dan wajib dipercayai dan diterima sebagai jurucakap rasmi kerajaan.

Sikap para penonton seperti ini agak ketara di Thailand ketika kekalutan berlaku semasa rampasan kuasa oleh junta tentera baru-baru ini. Perubahan ini, biar drastik mana sekalipun, wajar berlaku sekiranya RTM sedar akan besar dan beratnya tugas dan tanggungjawabnya sebagai Penyiar Rasmi Kerajaan.

Kewibawaan RTM akan lebih terserlah apabila media tempatan, setelah menerima bahawa RTM adalah sebenar-benarnya Penyiar Rasmi Kerajaan, akan memetiknya sebagai sumber berita mereka, yakni sebagai sumber autoriti dan sumber primer.

Siaran berita sesuatu stesyen adalah hallmark ataupun teras sesebuah stesyen dan fakta ini ditekankan lagi apabila stesyen berkenaan bersifat Penyiar Rasmi Kerajaan, sepertimana sifatnya British Broadcasting Corporation (BBC).

Apabila RTM sudah diterima sebagai authoriti berita, maka RTM akan terus membuktikan relevannya sebagai Penyiar Rasmi Kerajaan biarpun wujudnya stesyen-stesyen swasta yang bersaing sengit untuk mendapatkan bijimata dan perbelanjaan iklan.

Seperkara lagi yang perlu RTM beri perhatian penting adalah aspek iklan dalam siaran beritanya. Kita ingin bertanya perlukah RTM mengekalkan iklan dalam siaran beritanya?

Dengan peruntukkan operasinya yang berjumlah ratusan juta pada setiap tahun daripada kerajaan yang disalurkan menerusi Kementerian Penerangan, RTM sewajarnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk memartabatkan imej dan peranannya sebagai institusi penyiaran tersohor di Malaysia.

Apatah lagi tugas dan tanggungjawabnya sebagai Penyiar Rasmi Kerajaan yang ulung di negara kita dalam, sebagai contohnya, membawa dan memetik ucapan-ucapan dan hebahan-hebahan mengenai rancangan pembangunan negara yang dinyatakan oleh Perdana Menteri.

Begitu juga dengan hebahan para menteri yang penuh dengan selok-belok birokrasi untuk diterjemahkan ke dalam bahasa komunikasi yang mudah difahami dan dimengertikan oleh khalayak sasaran. RTM berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding dengan stesyen-stesyen swasta yang hayat mereka ditentukan oleh perolehan perbelanjaan pengiklanan atau adex.

Jangka hayat stesyen-stesyen swasta dibiayai oleh tajaan iklan sementara antara kos sandaran bagi televisyen satelit adalah bayaran perkhidmatan (subscription) pada setiap bulan selain daripada perolehan daripada pengiklanan.

RTM beruntung kerana hayatnya dibiayai terus oleh kerajaan dan dinaungi pula oleh seorang menteri, seorang timbalan menteri, seorang ketua setiausaha dan seorang ketua pengarah.

Justeru, dalam hubungan ini perolehan daripada iklan bukanlah sumber pendapatan primer kerana ianya lebih bersifat sekunder.

Lantaran itu sekiranya RTM tidak memperolehi perbelanjaan iklan yang berjumlah besar berbanding dengan stesyen-stesyen swasta, namun ianya masih terus gagah beroperasi dan mampu menjanakan operasi dua stesyen televisyen sekaligus dan pelbagai stesyen radio di seluruh negara.

Ini merupakan prestasi yang memberangsangkan memandangkan saban tahun kita dimaklumkan akan pendapatan RTM menerusi iklan. RTM yang mempunyai peruntukkan wajib setiap tahun sewajarnya tidak lagi menyifatkan iklan sebagai “perkara yang penting”, terutamanya bagi siaran beritanya sepertimana stesyen-stesyen televisyen swasta di negara ini.

Justeru, adalah menjadi satu idaman bahawa RTM menyiarkan siaran beritanya tanpa iklan lantaran kemunculan television commercials atau tvcs begini selalunya menjejaskan tumpuan para penonton. Disebabkan sudah ada peruntukkan wajib bagi hayat RTM maka untuk apakah lagi siaran siaran beritanya dan pelbagai lagi warta ini disulami dengan iklan?

Sekiranya siaran beritanya RTM masih lagi bercampur gaul dengan iklan pada siaran berita 60 minitnya, maka apakah perbezaannya dengan siaran-siaran berita stesyen-stesyen swasta?

Sebenarnya iklan boleh muncul pada waktu siaran yang lain sementara siaran-siaran berita RTM hendaklah dikenali sebagai cepat, tepat, padat dan sahih atau dalam bahasa komunikasi berita yang diakronimkan sebagai Fast, Accurate, Concise and Truth atau FACT, suatu falsafah berita yang penting untuk RTM.

Dan, ianya dipakejkan sebagai siaran berita yang tidak meletihkan mata dan telinga para penonton, masa siaran beritanya hendaklah diadakan untuk hanya selama 30 minit yang padat dengan maklumat yang tepat, padat dan mutakhir.

Justeru, tidaklah mungkin menjadi masalah bagi RTM untuk menyiarkan berita untuk paling minima waktu siarannya selama setengah jam ataupun untuk 45 minit dengan laporan cuaca lantaran pelbagai perkara berlaku di seluruh negara kita pada setiap hari, ketika dan waktu.

Untuk menambahkan lagi daya tarikannya, dikerapkalikan pula liputan-liputan langsung (live reporting) atau yang kelihatan seperti liputan langsung oleh para wartawan penyiarannya, seperti yang dilakukan oleh stesyen-stesyen The Big Four atau stesyen-stesyen lain di luar negara.

Sewajarnya siaran beritanya RTM hendaklah bersifat berita tanpa elemen bukan berita, sebagai contohnya seperti segmen seni dan hiburan. Segmen-segmen ini sewajarnya diasingkan untuk meneruskan perhatian dan konsentrasi para penonton kepada berita dan ehwal semasa sahaja.

Dan, lebih wajar sekiranya warta perdana tidak lagi menyiarkan berita-berita luar negara lantaran RTM kini mempunyai segmen RTM Dunia yang bahan siarannya bersifat berita-berita dan ehwal semasa luar negara semata-mata.

Sekiranya ini berlaku, barulah kita mempunyai warta perdana yang cepat, tepat, padat dan sahih mengikut teori FACT yang saya nyatakan tadi. Ini akan menjadi perubahan drastik akan tetapi pada hemat saya inilah yang mungkin dinanti-nantikan oleh para penonton setia RTM dan bakal mengundang ramai lagi penonton untuk mengikuti siaran beritanya di RTM.

Pada analisis terakhir, siaran berita di RTM tidak perlu lagi seiras atau kelihatan sama, sebagai contohnya, mempunyai sepasang pembaca berita lelaki-wanita, dengan apa yang menjadi format siaran oleh stesyen-stesyen televisyen swasta.

Mereka ini bukanlah penanda aras ataupun kayu pengukur kemampuan dan prestasi RTM dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya, jauh sekali merupakan pesaing kepada RTM!

Ini adalah kerana RTM berada dalam kelasnya yang tersendiri dan penanda aras RTM adalah stesyen-stesyen bernama besar seperti BBC atau CNN disebabkan sifat RTM sebagai stesyen global lantaran footprint (keluasan siaran) RTM (menerusi satelit Measat I dan II) kini meliputi beberapa negara Asean termasuklah Indonesia dan Singapura.

Secara bijaknya dan dengan menjadikan BBC sebagai penanda aras (akan tetapi tidaklah pula berpandukannya seratus peratus), kita pakejkan semula siaran berita RTM dalam acuan kita sendiri untuk ianya mempunyai sentuhan profesional dan bersifat global.

Apabila ini berlaku, maka siaran berita utama RTM dan pelbagai lagi siaran beritanya akan tidak dapat tidak menjadi sumber rasmi dan autoriti berita bagi Kerajaan Malaysia.

Lantaran itu, para penonton walaupun setelah menonton berita di stesyen-stesyen televisyen swasta akan tetap, bukan terpaksa, beralih kepada RTM untuk mengesahkan kesahihan berita yang baru mereka dengar.

Dan, siaran berita RTM juga akan menjadi sumber berita bagi media tempatan di Malaysia.

Seperti di London, pengiktirafan ini biasanya berlaku apabila akhbar-akhbar British dan kadangkalanya agensi-agensi berita bersindikit memetik siaran berita BBC sebagai sumber rasmi, atau sekurang-kurangnya sumber yang selalunya disebut sebagai “yang layak dipercayai”.

Dalam konteks kita, persoalannya sudah berapa kalikah siaran berita RTM dipetik sebagai sumber rasmi akhbar-akhbar tempatan? Kita bertanya lagi mengapakah akhbar-akhbar tempatan tidak memetik RTM sebagai sumber sedangkan RTM adalah Penyiar Rasmi Kerajaan Malaysia?

Masakan akhbar-akhbar tempatan hendak memetik Buletin Utama TV3 sebagai sumber rasmi sedangkan ianya bukanlah penyiar rasmi kerajaan? Namun, pada perkembangan mutakhir sudah ada ungkapan dan sungutan mengenai “the unofficial official media” semasa merujuk kepada Buletin Utama TV3!

Hari ini kita wajar ditanyakan apakah RTM telah melaksanakan dengan berwibawanya sekali peranannya sebagai penyiar awam kerajaan dalam menterjemah dan mentafsirkan dasar-dasar kerajaan, falsafah pembangunan dan rencana serta agenda-agenda nasional ke dalam bentuk maklumat yang mudah difahami dan dimengertikan oleh khalayak sasaran?

Sudahkah RTM melunaskan tuntutan kerajaan dan rakyat sebagai agensi penyiaran untuk memaklumkan kepada para penontonnya perkara-perkara asas yang bersifat (1) Maklumat Yang Rakyat Perlu Tahu dan (2) Maklumat Yang Rakyat Hendak Tahu?

Ini adalah prinsip asas komunikasi berita iaitu menterjemahkan maklumat-maklumat yang bersifat berperingkat ke dalam bentuk yang boleh difahami dan mudah difahami oleh khalayak sasaran.

Sebagai sebuah agensi kerajaan, RTM hendaklah diterima sebagai antara pengerak utama agenda pembangunan kerajaan Malaysia dalam konteks paradigma Maklumat Untuk Masyarakat atau MuM kita yang penting itu.

Hari ini RTM sudah sudah berusia lebih 60 tahun dan seharusnya dianggap sebagai sebuah institusi, dan dalam konteks ini wajar dinobatkan sebagai Institusi Penyiaran Malaysia dan yang sepatutnya paling tersohor di negara ini.

Dalam konteks ini, RTM bukanlah pesaing kepada stesyen televisyen swasta dan begitulah juga sebaliknya. Sekiranya RTM masih beranggapan bahawa ianya bersaing dengan stesyen-stesyen televisyen swasta, di manakah penghormatan terhadapnya sebagai Penyiar Rasmi Kerajaan?

Pernahkah kita terdengar bahawa BBC terbabit dengan perkara remeh temeh sebegini?

Tentunya tidak sama sekali.

Sebaliknya, BBC yang bertindak dan diiktiraf sebagai Penyiar Awam Kerajaan (British) diterima sebagai pihak berkuasa atau autoriti dalam bidang berita dan ehwal semasa di London sehinggakan siaran beritanya sering dipetik oleh media tempatan sebagai sumber sahih.

Justeru adalah bijak untuk menjadikan BBC dan pelbagai lagi perbadanan penyiaran awam yang dibiayai oleh kerajaan sebagai penanda aras dan rujukan kepada RTM kerana kesemuanya berada dalam kumpulan yang sama.

Masanya sudah tiba untuk RTM melakukan anjakan paradigma yang saya percaya akan mengembalikan era kegemilangannya di masa terkini.

Sesudah melihat saingan sejak kemunculan stesyen-stesyen swasta di negara ini selama lebih 20 tahun, masanya kini sudah tepat untuk membuat perubahan dan perubahan-perubahan itu hendaklah tepat dan bertepatan.

Seperti kata Victor Hugo, tidak ada bala tentera di dunia ini yang mampu menghalang kemaraan sesuatu idea apabila masanya sudah tiba!



Monday, November 8, 2010

THE 1977 FEVER THAT NEVER DIES…

The world famous movie signature with Tony doing a sky-pointing routine.



The fascinating movie opening with Tony doing a jive walking with a pail of paint in Brooklyn.


The suave Tony Manero, a Robert Stigwood adaptation of British Nick Cohn's Tribal Rites of the New Saturday Night which appeared in 1976's New York magazine



Tony's famous You Should Be Dancing routine (which he took a leave from Fred Astaire's legwork and all)



Tony and Stephanie rehearsing Tango Hustle on More Than A Woman


Below: Tony in a train leaving The Faces and Brooklyn for a new life in Manhattan with Stephanie


Last night I watched “Saturday Night Fever: The Inside Story” over Astro Channel 731. I was watching it with The Missus and it was like being a teenager all over!

I watched John Travolta’s Tony Manero Saturday Night Fever, again.

Again since I don’t remember (honestly it countless) how many times watching the iconic silver screen masterpiece of the 70s.

But watching it again and again was never a bore, in fact it is a respite after all those serious stuffs they dished out on satellite TV and renting DVD of movies after its three-month cinema release. Glee was not even close to the appetite!

It was like going back to 1977, and I was a 14-year-old Kuala Lumpur secondary school student who was overwhelmed in the vehemence, passion and mania while some folks called it madness and of “The (Night) Fever”.

Thousands more of us were caught in the feverish fad, and if you are not hooked then “you tak rugged la brader” as the saying goes back then. The word cool was probably unheard of then.

When the movie hit the federal capital (most probably around this time of the year) in 1977, I watched it 8 times at Panggung Shaw at Wisma Pudu over a period of 3 weeks.

It was to observe and doing my best to learn the dance routines of “Night Fever”, “More Than A Woman”, "Disco Inferno" and the best of them all “You Should Be Dancing”.

An upmarket hotel in Kuala Lumpur even held “The Fever” dance competition and it was won by a senior at our school who teamed up with a popular Mat Salleh-looking ballet dancer-turned-choreographer. It was told that she was from the neighbouring girls’ school.

Weeks after the opening, we boys from St Johns Institutions made our way to Wisma Pudu in mini bus after school and thought we had a deal to watch the movie paying only 60 sen. We had no idea that it was for the front row (the first line in front of the screen!) experience that left most of us cheapos with almost severe neck.

But enjoy the blockbuster we did. Some of us, me included went back to watch it again and again.

Then it was us into role playing Tony’s character (John Travolta) and his Faces – Joey, Double J, Gus and Bobby C.

Who could forget Tony's three-piece white suit over a black stripe dance shirt? Or his floral shirt and the hair-blowing scene which legitimise hair dryer in a boy's room.

But then it was not the only "merchandise" of the movie, for the best remembered so-called memorabilia was the "kasut John Travolta", a high-heeled sharp-pointed men's shoes.

Weeks after the movie Kuala Lumpur was awash with the popular shoes, most sought after were in Burgundy and Off-white colours.

Saturday Night Fever which grossed over USD 300 million worldwide is a 1977 film starring Travolta as Tony Manero, an immature young man whose weekends are spent patronising 2001 Odyssey, a local Brooklyn disco, Stephanie (Karen Lynn Gorney) as his dance partner and eventual girlfriend, and Annette (Donna Pescow) as Tony's former dance partner and girlfriend.

While in the disco, Tony is the king. His care-free youth and weekend dancing help him to temporarily forget the reality of his life: a dead-end job, clashes with his unsupportive and squabbling parents, racial tensions in the local community, and his associations with a gang of macho friends.

The story opened with Tony jive walkin with a pail of paint to the tune of Bee Gees’ Staying Alive and fade to black with his migration from Brooklyn to Manhattan, a progress he made with his new partner who is a little older.

Years later Tony appeared in Stayin’ Alive which was almost a pale shadow of The Fever. That too I watched with disappintment.

Last night I went back to The Saturday Night Fever. The fever that never dies...