Terkini...
Blog ini menerima banyak komen yang tidak bersetuju dengan posting ini. Ianya tidak dapat disiarkan kerana terlalu nista dan hina untuk dibaca. Saya tidak perlu membayangkan betapa busuknya hati mereka yang masih memusuhi Melayu, daripada nada dan cerca yang mereka tulis.
Namun, apabila berbicara mengenai Melayu, saya tidak apologetik dan tidak akan apologetik terhadap sesiapa pun yang tergolong dalam gerombolan yang memusuhi Melayu.
Sekian.
MELAYU...
Agaknya Melayu ketika ini merupakan suatu bangsa yang amat disayangi Allah SWBT?
Disayangi kerana sehingga hari ini Melayu tidak pernah habis diuji, diduga, dicabar dan ditentang bagaikan ada sahaja bangsa-bangsa asing yang cemburu, tidak menyukai serta membenci dan memusuhi Melayu.
Nampaknya Melayu lebih disayangi Allah SWBT daripada kaum Palestin kerana pada skala tertentu musuh kaum berkenaan hanyalah Zionis Yahudi di Israel dan pelobi Yahudi di Amerika Syarikat sedangkan hampir kesemua bangsa asing di dalam dan luar apa yang asalnya Tanah Melayu ini menjadikan Melayu isu mereka setiap hari.
Daripada isu yang kecil seperti papantanda jalan sehingga kepada apa yang disebut sebagai kontrak sosial Melayu tidak pernah tidak dimusuhi, ditentang dan dicemburui. Tiada isu yang paling kecil dan yang paling besar yang berlalu dan berlaku tanpa membabitkan sebarang kepentingan Melayu.
Justeru, ujian untuk Melayu amatlah maha hebat, getir dan silih berganti sejak sebelum Tanah Melayu ini mencapai Kemerdekaan 1957 yang pada dasarnya adalah perjuangan Melayu. Ya, Melayulah yang berada di barisan hadapan dalam memperjuangkan Kemerdekaan dan bangsa lain hanya bijak meraih hasil kemerdekaan.
Bagaimanapun tidaklah menjadi sebarang kemusykilan sekiranya bangsa-bangsa asing di tanah ini – Cina, India, Bengali, Mat Salleh memusuhi Melayu, akan tetapi hari ini sudah wujud golongan minoriti Melayu yang memusuhi bangsanya sendiri, yakni petualang yang sudah lupa asal usul dan tidak sedar untung!
Apabila wujudnya usaha dua badan siasah besar duduk berbincang mengenai ikhtiar-hidup Melayu, maka gerombolan anti-Melayu pun mulalah riuh sekampung mencebek mulut.
Semasa mereka berkomplot, bersekutu dan tidur sebantal untuk membina kekuatan untuk menyerang Melayu, tidak ada sepatah pun kata-kata nista daripada mulut Melayu akan tetapi apabila Melayu mula bangun setelah sedar ikhtiar-hidup kini diancam maka bergemalah retorik anti-Melayu di sana-sana.
Yang menambahkan kehairanan ialah ada juga segelintir di kalangan Melayu yang berkokok sama – mempertikaikan usaha mengukuhkan perpaduan Melayu yang kini sudah dicabar oleh bukan Melayu.
Kini wujudnya pepatah yang berbunyi “Melayu Hidup Dalam Tolak Ansur – Depa Dok Tolak Melayu Dok Ansoq Pi”…
Sampai bilakah Melayu akan begini?
Hujung minggu lepas, saya terdengar semula Lagu Warisan...hampir kesemua stanzanya kini sudah menjelma menjadi kenyataan...