Tuesday, August 31, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 53...


Tiga Satu Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh ... Hari Mulia NegaraKu Merdeka!

Itulah lirik lagu arwah Sudirman Arshad yang kini berkumandang di semua media elektronik saban hari menjelang sambutan Hari Kebangsaan kita , hari ini 31 Ogos 2010. Mungkin inilah satu-satunya artis Melayu Islam Malaysia yang patriotik. Arwah berpendidikan dan patriotik.

Sekali lagi negara dan rakyat kita menyambut Hari Kebangsaan dan 16 hari selepas ini Hari Malaysia pada 16 September, disambut sempena pembentukan Malaysia dengan penyertaan Sabah dan Sarawak dalam satu persekutuan yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan.

Kita Merdeka (bermakna mencapai kemerdekaan) hanya sekali, pada 31 Ogos 1957 dan sekali kita merdeka tidak bermakna kita akan merdeka selamanya. Ini bermaksud bahawa kemerdekaan sesebuah negara itu tidak boleh dipandang atau diambil secara sambil lewa kerana ia tidak datang dengan sendirinya, berkemungkinan tidak akan kekal selamanya.

Seperti kata Perdana Menteri Keempat kita Tun Dr Mahathir Mohamad, mencapai kemerdekaan bagi sesebuah negara itu memanglah sukar. Yang menjadi lebih sukar ialah mempertahankan kemerdekaan sesebuah negara itu.

Selamat Hari Kebangsaan...Merdeka! Merdeka! Merdeka!

*Gambar Ehsan Rocky's Bru



Thursday, August 26, 2010

MAAF? DITERIMA TETAPI TINDAKAN PERLU DITERUSKAN...



Budak-Budak Bukan Melayu telah menghina Agama Islam di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini, janganlah kita mudah lupa!

Orang tidak akan hormat Melayu lagi sekiranya dalam kes ini kita ambil sikap "Biaq Pi lah...Takpa" seperti mana kita orang Melayu ni selalu buat...

Dua Melayu bersaudara kini menjalani hukuman penjara kerana didapati bersalah membakar sebuah tempat kunjungan penganut Kristian dan beberapa lagi Melayu sebelum ini yang dikatakan terbabit dengan kes memijak kepala lembu di Selangor juga sedang dipenjarakan.

Ini adalah kes-kes yang bersifat jenayah keagamaan dan tindakan tegas telah diambil, noktah.

Minggu ini kita dikejutkan dengan kejadian simbahan cat merah di sebuah surau dan pelaku salahnya telahpun ditangkap manakala ibu bapa mereka memohon maaf daripada Umat Melayu "di atas ketelanjuran anak-anak kami" dan dengan bantuan sebuah parti Cina telah mengadakan apa yang dikatakan majlis berbuka puasa untuk kononnya memulihkan keadaan.

Apa yang boleh dikatakan ialah, maaf boleh diterima namun kesalahan ini, malahan jenayah ini tidak boleh dilupakan hanya dengan permintaan maaf dan diterima pula oleh seorang Melayu di kawasan berkenaan yang kita tidak pasti samada beliau mewakili Umat Melayu yang lebih besar jumlahnya yang amat tersinggung dengan kejadian itu.

Untuk berlaku adil kepada Umat Melayu, labih-lebih lagi di bulan Ramadhan Al_Mubarak yang mulia ini, maka tindakan tegas hendaklah diambil biarpun sekali permohonan maaf telah dibuat.

Dayus lah Melayu kalau tindakan tidak diambil...



Tuesday, August 17, 2010

HARI KEBANGSAAN ATAU HARI KEMERDEKAAN?...



Negara kita Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Pada 31 Ogos 1958 negara menyambut ulangtahun kemerdekaan yang pertama, justeru Kerajaan pimpinan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menamakan perayaan itu sebagai Hari Kebangsaan atau National Day.

Menurut Tunku dalam satu temubual dengan akhbar Utusan Melayu ketika itu, “Kita Merdeka hanya sekali sahaja, iaitu pada 31 Ogos 1957 dan kita menyambut hari kebesaran negara yang kita sebut sebagai Hari Kebangsaan pada setiap 31 Ogos”.

Keputusan itu sesuai dan selaras dengan status beberapa negara yang baru merdeka seperti Malaya ketika itu, antaranya India yang menyambut Hari Kebangsaan, begitu juga dengan Pakistan dan Republik Indonesia yang terlebih dahulu mencapai kemerdekaan daripada Malaya.

Ketiga-tiga negara ini menyambut Hari Kebangsaannya. Begitu juga dengan Republik Singapura pada tahun 1965 setelah tidak lagi bersama Malaysia.

Hanya Amerika Syarikat yang menyambut Hari Kemerdekaan pada July 4 setiap tahun, yang dinamakan sebagai Independence Day.

Ternyata ada perbezaan antara Hari Kebangsaan (National Day) dan Hari Kemerdekaan (Independence Day).

Hari ini kita sedang bersiap sedia menyambut Hari Kebangsaan ke-53 dengan temanya “1Malaysia Menjana Transformasi” pada 31 Ogos 2010 akan tetapi setiap sana-sini telah dinaikkan papan-rentang, sepanduk besar, pintu gerbang dan pelbagai lagi yang menyebut “Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53”.

Amalan kita selama ini adalah menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun dan mengadakan Sambutan Bulan Kebangsaan selama sebulan bermula 15 Ogos sehingga 15 September, sehari sebelum Hari Malaysia, iaitu tertubuhnya Malaysia pada 16 September 1963.

Justeru perubahan nama Hari Kebangsaan kepada Hari Kemerdekaan, maka mungkinkah kita tidak lagi menyambut Hari Kebangsaan seperti nama lamanya, akan tetapi dijenamakan sebagai Hari Kemerdekaan.

Begitukah? Siapakah yang menukarnya? Bilakah keputusan ini dibuat?



Thursday, August 12, 2010

WHEN WILL WE LEARN?...


Had an interesting and animated chat with a contemporary recently over the skills of communication in our daily lives which we both agreed that not everybody is on everyone’s wave length.

Firstly, on our choice of words.

Most of us seemed misguided when it comes to using hard words in our conversation, perhaps in meetings, casual chat or tele-conversation or even cakap-cakap over a teh tarik and roti canai.

A good example is post-mortem, which in Latin means after death. It means a condition of a person who is declared to have been deceased, or ceased to be alive.

The opposite of post-mortem is ante-mortem.

However, in a meeting recently the description post-mortem was used to describe an event which the chairperson said was successful and the best ever organized thus far.

A post-mortem for an event adjudged successful and ok, really?

How ironic and misguided the audience were, and since most of those attending the meeting were not English-speaking folks, then the words post-mortem were freely used without any compunction.

A person pointed out the obvious but the non English-speaking crowd was not perturbed, even went on using the term endlessly throughout the meeting and of course with the usual interperssing an English word or words in a Malay sentences which is a norm.

Perhaps folks were not so illiterate with hard words in English.

This being the reason Americans describing it as autopsy when cutting up a corpse and filing a report rather than using the term post-mortem, which are about the same.

So, the correct term is post-event analysis, rather than post-mortem.

The other usual faux pass is “couldn’t care less”.

What we really meant was “could not be bothered” but the favourite is always “I couldn’t care less”. Please do check what "I couldn't care less" really meant.

We should have said "I could not be bothered" or simply "I don't care", rather than embarassing ourselves with incorrect terms and wanting to show that we too understand and profess English as our second language.

There are many other words misused and abused to this effect.

Examples of which are "modus-opperandi" and "press conference" which they do not know the difference between the former and news conference. Sometimes the term media conference had also come into play.

As a long time reporter with three news organisation and a communication person now, the most correct term is "news conference" to describe a conference to discuss (read question and answer) about the news of the day" which many like to call it press conference or pc in short.

A news conference is a must-happened item in an event, such as visit by a minister, other vip or as news breaks out in appropriate porpotion.

A media conference is a conference of media people to discuss matters regarding the industry and in today's context, the term media opens up to a broad perspective -- from the media buyer to media owner.

A press conference is a meeting of the press people, namely the folks running press organisations such as the newspapers, magazines and newsletters which includes in-house publications.

My post here is to alert folks on the usual mistakes in our daily communication, especially conversation.

If I have crossed the line, then I shall say Mea Culpa.



Tuesday, August 3, 2010

PENJELASAN MENGENAI KONSEP 1MALAYSIA TERUS DIJALANKAN : TPM...


PUTRAJAYA, 3 Ogos (Bernama) -- Langkah untuk memberi penjelasan mengenai konsep 1Malaysia memang wajar dilakukan dan sedang dijalankan oleh kerajaan untuk memberi penerangan secara terperinci kepada rakyat mengenainya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak menjangkakan rakyat akan dapat memahami konsep itu selepas setahun ia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pentadbirannya.

Bagaimanapun, katanya terdapat rakyat yang sudah mula dapat memahaminya."Kerajaan memberi penjelasan, mengadakan pelbagai program untuk rakyat agar lebih memahami tentang apa yang dimaksudkan tentang gagasan 1Malaysia.

"Kita jangka mungkin dalam satu tempoh akan datang, semua orang akan dapat memahami ertinya yang sebenar, tidak ada salah tafsiran tentang apa yang dimaksudkan gagasan 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia di sini hari Selasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pandangan Dr Mahathir semalam yang mahu kerajaan menjalankan program penerangan secara menyeluruh bagi memperjelaskan konsep 1Malaysia secara terperinci kepada seluruh masyarakat berbilang kaum di negara ini bagi mengelak berlakunya kekeliruan.

Muhyiddin berkata wujud kecenderungan tafsiran mengenai konsep itu dibuat mengikut pandangan kelompok tertentu berbanding yang dijelaskan oleh Perdana Menteri.

"Perdana Menteri menjelaskan gagasan ini adalah gagasan yang berteraskan perlembagaan negara. Itu yang paling kukuh dan apa pun tafsirannya, ia tidak seharusnya lari daripada apa yang terkandung dan semangat yang ada dalam perlembagaan.

"Baik dalam soal hak kaum bumiputera, bahasa, budaya, kedudukan raja dan agama. Apapun ia tidak seharusnya lari daripada itu," katanya.

Beliau berkata yang pastinya gagasan 1Malaysia adalah satu perkara yang dinamik, ia bukan statik dan pasti ada pihak yang cuba mentafsirkan mengikut kehendak masing-masing.-- BERNAMA

SLOGAN 1MALAYSIA PERLU PENJELASAN TERPERINCI : DR M...



GEORGE TOWN, 2 Ogos (Bernama) -- Penjelasan terperinci dan menyeluruh berhubung slogan 1Malaysia wajar diberi bagi mengelak pandangan dan pendapat berbeza dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu, masing-masing ada pendapat berbeza dan tidak boleh disatukan, saya berpendapat satu penjelasan perlu dibuat," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Dr Mahathir, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) berkata demikian pada sesi soal jawab sempena Multaqa Yang Dipertua Perkim bersama Guru-guru Pendidikan Islam dan warga Perkim peringkat zon utara di sini pada Isnin.

"Mereka (rakyat) tidak tahu yang mana satu, yang mana untuk orang Cina dan yang mana untuk orang Melayu. Kalau suruh saya buat penjelasan, mana saya tahu bukan saya yang buat slogan itu," katanya. .-- BERNAMA