Thursday, June 25, 2009

1MALAYSIA BEGINS FROM 1REGION...


Yes, thats a new campaign which I hope could help educate my audience, the internal audience on the downstream of the 1Malaysia concept.

As far as this particular ministry is concerned, I like to put in a small piece (as my contribution) into the big picture -- that 1Malaysia Begins From 1Region. After all, we are Ministry of Rural and Regional Development...

Hence, We are 1 Region, 1Malaysia...1Malaysia Begins From 1Region...

Monday, June 1, 2009

SELAMAT ULANGTAHUN KE-51...



Selamat Hari Lahir Kak Intan...

Hari ini adalah Hari Ulangtahun ke-51 kekanda saya, Halijah atau lebih kami kenali beliau sebagai Kak Intan.

Hari ini juga adalah Hari Ulangtahun Ke-51 Tentera Udara DiRaja Malaysia atau TUDM.

Umur kekanda saya dengan TUDM adalah sama kerana kelahiran pada tarikh yang sama. Kebetulan beliau pernah berkhidmat dengan TUDM dan jawatan terakhir beliau ialah Sarjan di Pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia Ipoh, Perak.

Tahun lepas semasa TUDM merayakan Perayaan Jubli Emasnya, Kak Intan saya (yang juga menyambut ulangtahun ke-50 nya) tidak dijemput untuk menjadi sebahagian daripada sambutan berkenaan, malahan surat penghargaan (atau nota pengiktirafan) pun tiada.

Boleh dimaafkan sekiranya Markas TUDM di Kuala Lumpur tidak menyedari kepentingan atau signifikan ini namun ia adalah kesilapan atau kealpaan yang agak ketara di pihak Pangkalan Tentera Udara DiRaja Ipoh, tempat terakhir beliau bertugas.

Mungkin mereka terlupa bahawa dalam ramai warga yang berkhidmat dan pernah berkhidmat dengan TUDM hanya seorang sahaja yang menyambut hari kelahirannya pada tarikh yang sama dengan kelahiran pasukan, ataupun dalam ramai yang pernah menjadi warga kerjanya, hanya tarikh lahir seorang sahaja yang begitu signifikan dengan kelahiran pasukan.

Tidak mungkin ada lagi warga kerja TUDM yang pernah atau sedang berkhidmat ketika ini yang mempunyai persamaan yang ketara ini. Namun mungkin ianya tidak signifikan kepada TUDM. Bagaimanapun bagi Puan Halijah dan kepada kami semua ia amat penting dan signifikan.

Disamping itu beliau juga adalah puteri sulung Kolonel (U) Mohd Ali Haji Rejab, seorang pegawai kanan TUDM yang pernah memberi khidmat terbaik dan menabur bakti kepada pasukan sehingga hari terakhir perkhidmatannya.

Selamat Hari Lahir Kak Intan...kami semua, Rohana, Zahir, Zaim, Zafir, Henny dan saya amat menyayangi mu, sentiasa!! Semoga KekandaKu dipanjangkan umur dan dipelihara ALLAH SWBT setiap masa...InsyALLAH...