Saturday, July 3, 2010

APA NAK JADI NIE??


Ish Ish Ish...

Apakah terlalu jahil? Atau terlalu bangang? Sehinggakan tidak dapat menilai yang baik atau buruk...dalam bahasa paling kasar ialah "Awat Hang Ni Bodo Sangat?"...

Lelaki ini mungkin sedar atau tidak sedar apa yang dia pakai tu boleh mendatangkan mudarat...kalau memakai jersi bola sepak yang terlalu garang dengan warna yang agak ranggi seperti orange atau ungu dengan corak yang terlalu terang sudah dianggap tidak sesuai untuk ke mesjid mengerjakan solat, bagaimana pula dengan baju ini?

Mustahil tiada sesiapa menasihati lelaki ini supaya tidak memakai baju yang begitu ofensif perkataan-perkataannya, di mana perginya ajk mesjid?

Seperkara lagi ada di kalangan kita yang begitu jahil dengan kegunaan perkataan-perkataan, termasuklah dalam Khutbah Jumaah yang saya ikuti semasa mengerjakan ibadat di sebuah mesjid pusat pengajian tinggi di Bangi, Selangor semalam.

Khatib membaca teks dan antara lainnya menyebut "penganut Agama Islam...". Saya termenung mendengar perkataan "penganut Agama Islam".

Penganut? Anutan apa? Umat Islam penganut?

Sebenarnya Umat Islam seperti kita TIDAK BOLEH disebut sebagai penganut...kerana penganut hanyalah kepada fahaman-fahaman seperti Hindu, Buddha dan lain-lain fahaman yang terdapat di negara ini dan di seluruh dunia. Termasuk juga dalam kategori ini adalah penganut Kristian dan Yahudi.

Umat Islam adalah Umat Islam, noktah!