Pakatan Rakyat...
Ini adalah istilah dua perkataan yang kini digunakan untuk mengelar segerombolan parti pembangkang – Parti Islam SeMalaysia atau PAS, Parti Keadilan Rakyat atau PKR dan Parti Tindakan Demokratik atau DAP dalam konteks politik hari ini, khususnya dalam pasca-Pilihanraya Umum Ke-12.
Gantinama ini digunakan secara meluas untuk, sebagai contohnya, menandingi sekumpulan 14 parti komponen yang bergabung di bawah nama Barisan Nasional atau ringkasnya BN yang menggunakan satu simbol dan satu manifesto pada pilihanraya-pilihanraya umum dan kecil sejak ianya ditubuhkan dan berdaftar secara rasminya pada 1973.
Barisan Nasional diwikipediakan sebagai sebuah pakatan politik yang besar atau penting (perkataan Inggeris yang digunakan ialah major) di Malaysia sebagai mengantikan Perikatan atau Alliance. Ianya disebut sebagai telah memerintah negara ini tanpa sebarang gangguan (it has ruled Malaysia uninteruppted) sejak Merdeka 1957 dan mempunyai ibu pejabat di Kuala Lumpur.
Menurutnya lagi, simbol yang digunakan ialah dacing, juga disebut sama walaupun dalam Bahasa Inggeris. Di Kedah kami memanggilnya kati, juga bermakna dacing.
Saya juga telah mencari wikipedia untuk Pakatan Rakyat. Tidak ada dan tidak wujud.
Justeru, saya membuat kesimpulan bahawa Pakatan Rakyat yang diwar-warkan sebagai pesaing kepada Barisan Nasional masih belum wujud secara rasmi, atau lebih tepat tidak berdaftar secara beperlembagaan (constitutionlised) akan tetapi hanya beroperasi (kalau boleh digunakan perkataan ini) secara konvensyen (merely by a convention).
Tidak juga ada sebarang pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) atau Pendaftar Pertubuhan Malaysia bahawa sebuah parti politik yang menggunakan nama “Pakatan Rakyat” telah didaftarkan secara rasmi baru-baru ini atau setakat ini. Sekiranya mata saya tidak terlepas pandang akan berita pendaftarannya ini, maka berita mengenai pakatan ini masih belum diwarwarkan, justeru ianya tidaklah secara rasmi.
Ianya juga bermakna pakatan ini tidak ada struktur yang sah di segi undang-undang seperti perlembagaan, simbol dan hireki kepimpinan seperti Barisan Nasional. Pendek kata, belum lahir lagi sebuah parti politik yang bernama Pakatan Rakyat sedangkan bagi Barisan Nasional yang tidak hanya berdaftar sebagai sebuah entiti politik, 14 parti-parti politik komponennya turut berdaftar secara entiti berasingan dan mereka bergabung untuk membentuk Barisan Nasional.
Yang wujud setakat ini hanyalah istilah dua perkataan, iaitu Pakatan Rakyat, noktah.
Sekiranya demikian, adalah terlalu awal bagi semua pihak termasuk media untuk mengelarkan gerombolan (istilah dan takrifan yang paling sesuai) parti-parti politik ini sebagai Pakatan Rakyat sedangkan ianya bukan nama yang sah bagi mereka. Sekiranya secara tiba-tiba atau esok atau lusa maka munculnya sebuah parti politik yang ingin mendafatar diri mereka sebagai Pakatan Rakyat, maka "Pakatan Rakyat" yang ada hari ini hendaklah mencari nama lain yang lebih sesuai kerana "siapa yang lebih cepat dia akan dapat".
Sehingga ini, istilah dua perkataan ini hanyalah hasil war-war, cakap-cakap, promosi, rujukan longgar dan takrifan-bikin-sendiri yang dicipta oleh gerombolan parti-parti pembangkang. Ianya ditonjolkan sebegitu lama dan sebegitu kerap (sejak PRU-12) sehinggakan khalayak sasaran turut terpedaya untuk menggunakannya, sedangkan pada hakikatnya apa yang selalu dirujuk sebagai Pakatan Rakyat belum lagi wujud.
Justeru ianya adalah pakatan yang tidak sah. Jadi, mengapakah kita semua harus terpedaya dengan promosi ini? Saya sebagai pengundi di Dun Bakar Bata dan Parlimen Alor Setar pada PRU-12 yang baru lalu tidak terpedaya dengan promosi ini dan masih tidak percaya sehingga hari ini.
Bagi saya ianya tidak lebih daripada sebuah propaganda politik. Taktik propaganda ini dikatakan begitu baik dan halus sehinggakan media arus perdana berhaluan kanan yang cenderung kepada kerajaan Barisan Nasional yang memerintah di Putrajaya pun telah terpedaya dengan dakyah ini. Kedua-dua stesen televisyen arus perdana termasuk yang dimiliki kerajaan Barisan Nasional telah turut sama terpedaya!
Kita perlu akur dengan hakikat bahawa kadangkala tidak semua media arus perdana di negara kita ini begitu bijak, kerana sekiranya mereka berwibawa maka tidaklah ramai pembaca tradisinya sudah menyisihkan mereka untuk membaca blog dan laman web yang telah dikenalpasti sebagai alternatif kepada media arus perdana.
Dr. Paul Joseph Goebbels, Menteri Penerangan dan Propaganda Reich Ketiga Jerman yang bertugas antara Januari 30, 1933 sehingga April 1, 1945 pernah disifatkan sebagai antara propagandis yang hebat, kalau tidakpun dikatakan yang paling terhebat dalam sejarah dunia. Jawatan beliau dalam Bahasa Jerman berbunyi Volksaufklärung und Propaganda atau Minister of Enlightenment and Propaganda.
Antara tekniknya begitu sinikal, bahawa "propaganda yang baik akan membawa kepada kejayaan dan yang tidak baik akan mengalami malapetaka.” Beliau pernah menulis bahawa "ianya bukanlah tugas propaganda agar ianya kelihatan bijak, akan tetapi yang penting ialah tugasnya untuk berjaya”. Berbunyi lebih kurang macam prinsip Niccolò di Bernardo dei Machiavelli (Mei 3, 1469 sehingga Jun 21, 1527) atau lebih dikenali sebagai Nicollo Machiavelli yang menganjurkan "matlamat menghalalkan cara".
Antara teknik Goebbels yang paling berjaya dan seringkali menjadi ikutan dunia hari ini ialah sesuatu yang palsu atau batil itu hatta diwar-warkan, digembar-gemburkan, dipromosikan dan diulang-cakap tanpa henti beberapa dan pelbagai kali untuk sekian tempoh waktu maka dengan sendirinya kredebilitinya akan wujud dan khalayak sasaran akan terpedaya sedangkan pada hakikatnya ianya tidak begitu.
Apabila kredibilitinya wujud, maka khalayak sasaran tidak akan lagi mempersoalkan kesahihannya dan sebaliknya akan menerimanya bulat-bulat sebagai yang benar dan hak, walhal kebenarannya adalah bertentangan.
Begitulah juga dengan Pakatan Rakyat, yang bagi saya masih bersifat istilah dua perkataan dan takrifan bikin-sendiri sebagai gantinama kepada segerombolan parti-parti pembangkang yang pada mulanya menamakan diri mereka sebagai Barisan Alternatif atau BA (sebagai pesaing kepada Barisan Nasional) yang kemudiannya ditukar kepada Barisan Rakyat, akhirnya disebut pula Pakatan Rakyat.
Sekiranya benar ianya sebuah pakatan rakyat yang bermakna bahawa rakyat telah memilih untuk diwakili oleh pakatan ini maka mengapakah mereka yang diberi kerusi oleh rakyat masih lagi berbalah mengenai perkara-perkara pokok seperti pertikaman lidah yang masih berlaku antara dua ahli politik terkenal (seorang di Pantai Timur dan seorang lagi di Utara Semenanjung) mengenai status Negara Islam Malaysia dan Kedudukan Istimewa Orang Melayu dalam Perlembagaan Negara kita?
Bukankah mereka sudah berpakat dan menerima apa sahaja sebagai suatu persepakatan dalam ertikata sebuah pakatan yang konsensus? Bukankah mereka telah bersetuju untuk mengenepikan sementara (atau mungkin selamanya) tuntutan-tuntutan politik atau lebih tepat modal politik seperti Hukum Hudud dan Malaysian Malaysia untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka kini mampu bekerjasama untuk menafikan majoriti 2 per 3 Barisan Nasional di Dewan Rakyat dan memenangi 5 Dewan Undangan Negeri pada PRU-12 baru-baru ini.
Bukankah ratusan ribu rakyat di negara ini telah terpedaya dengan taktik-taktik politik mereka untuk mempercayai bahawa mereka telah sebenarnya berpakat untuk membentuk apa yang mereka katakan sebagai Pakatan Rakyat untuk memenangi hati dan minda pengundi?
Bukankah mereka sudah berpakat, maka mengapakah masih menyakat antara satu sama lain?
Bukankah mereka sebuah Pakatan Rakyat?