Monday, March 31, 2008

DOK DIAM-DIAM LAGI BAGUIH…BUKAN KA?

Bila dah kalah perang ni kena la pandai-pandai bawa diri, pi tepi laut ka tepi sungai ka renung-renung la sikit diri yang orang dah tolak atau renung diri dalam-dalam "awat aku orang tak mau. Aku tak cantik ka?"

Pasai apa orang reject aku sedangkan tempat yang aku kalah ni dulu kawasan selamat sejahtera dan tak pernah orang kalah dulu-dulu?
Apa aku ni dulu angkuh ka? Sombong ka? Cakap loqlaq ka? Perangai keloloh ka? Pasai pa orang tak mau kat aku, aku ni tak pandai ka? Kurang cerdik ka?

Ramai lagi orang lain yang kena reject (dan kalah perang) tapi depa tau bawa diri dan jaga mulut, tak pi dok kata kat orang yang banyak buat jasa...awat tak reti ka katop mulut. Ada orang yang kalah perang ni buat blog tapi dulu orang kata hanya orang bodoh yang buat krgeja lagu tu.
Apa aku ni merak ka masa aku dibuai tinggi-tinggi di awang-awangan? Gayat jugak aku ni dulu tapi besa la, bila aku ni kurang cerdik (dan sedaq pulak diri kurang cerdik) pun bila dok kerap digayatkan dan orang habaq kata aku ni pandai, pandai buat krgeja aku dah lupa asai-usui aku, bukan ka? La ni baru aku tau langit tinggi rendah...ish tinggi langit ni, rendah jugak tanah had aku dok pijak...Sakit jugak kalu jatuh macam ni.

Awat jadi lagu ni? Nak buat lagu mana dah orang reject, bukan ka?

Ini adalah sebahagian daripada sindrom penafian atau lebih tepat living in denial. Kalau dah tau orang reject tu...baik la dok diam diam lagi baguih...hati orang lain tak sakit, orang pun tak kata kat aku...bukan ka? Dok diam diam sudahlah...

Sunday, March 30, 2008

12 MONTHS ALREADY...

I started to blog more than a year now. Actually a year and 17 days. This blog was started on March 14, 2007.
March 14 was also the date I started working professionally with the National News Agency or BERNAMA. The agency was then operating from the MCOBA Building at Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur.
There were many reasons why writers and non-writers started to blog or having their own blogs. Mine was that the articles I sent to the newspapers were sometimes described as "radical" and "too political to publish"..bla bla bla.
With this blog I can always express myself clearly, diligently, articulately and professionally. I am just doing that. However, this blog is not always political as many friends had expected because of my background which had at a time or two, intertwined with politics, politicians and everything politics.
Besides politics, I have always enjoyed discussing about Kedah Darul Aman, my fatherland and my pride.
Thank You for your kind support and visits, and my sincere gratitude for your comments both here and in private vis-a-vis articles posted here. It has been a good journey thus far and it should be better from now on.
Spaceba Tavarish!!

Saturday, March 29, 2008

BUKAN MUDAH NAK JADI ORANG KEDAH...

Suatu petang ketika sedang bersantai di sebuah bistro India Muslim di Kuala Lumpur, seorang rakan telah tersasul dengan membahasakan saya hang dalam perbualan itu. Rakan yang bukannya orang Kedah dan lebih muda daripada saya itu ditegur bahawa sintaksnya adalah salah walaupun semantiknya betul.

Saya memberitahu bahawa dalam memelihara hubungan baik antara rakan dan taulan, kawan dan sahabat serta karib dan akrab, adalah suatu kemestian untuk kita tidak menyinggung perasaan orang lain dengan sebutan-sebutan yang tidak tepat, apatah lagi perkata-perkataan yang tiada lagi dalam kegunaan harian masyarakat Kedah.

Saya katakan bahawa daripada apa yang saya pelajari sejak kecil, gantinama hang adalah untuk tujuan membahasakan diri daripada individu yang lebih tua dan sama tua terhadap individu lain. Ianya tidak sesuai digunakan oleh individu yang lebih muda terhadap individu yang lebih berumur, tidak hormat namanya.

Saya adalah antara yang terlalu sensitif dan tidak akan berkompromi dengan kesilapan bahasa ini lantaran terlalu berpegang kepada prinsip pangkat-tingkat dalam Bahasa Kedah dan mementingkan sikap hormat-menghormati yang lebih tua dan memesrakan yang muda.

Kadangkala bahasa Kedah, yang walaupun mudah difahami, sentiasa disalahfahami. Sebagai contoh kegunaan perkataan hang, gerghek bagi basikal yang sekian lama kami masyarakat Kedah tidak gunakan lagi dan sebutan Aloq Setaq yang sentiasa salah oleh bukan orang Kedah tatkala mereka mengetahui bahawa sang pembicara di hadapan mereka ini berasal daripada negeri ini. Kami menyebutnya "Alor Setar” dan kadangkala loqstaq sebagai sebutan ringkas. Untuk pengetahuan umum, kami di Kedah tidak lagi menyebut gerghek tapi basikal.

Seperkara yang meloyakan tekak ialah apabila mendengar dialog dalam drama dan filem yang mewajibkan orang bukan Kedah bertutur dalam Bahasa Kedah! Cukup mendukacitakan sama sekali kerana iramanya sumbang, seninya kekok dan gurindamnya terenchat.
Awat dah takdak ka orang Kedah dalam industri hiburan ni untuk bawa watak Orang Kedah? Takan nak harap kat Abg Bakar Omar sorang saja? Balik-balik Bakaq Omaq, orang lain pi mana?
Seketika dahulu saya pernah menonton siri filem mengenai kehidupan masyarakat keturunan India Muslim di sebuah pulau utara tanahair yang menelanjangkan sikap kurang cerdiknya sang sutradara yang secara kebetulannya juga merupakan daripada keturunan yang sama.

Sebenarnya Bahasa Melayu Pulau Mutiara ni amatlah indah melodinya dan molek sungguh susunan ayatnya sehingga boleh menyejukkan laksana halwa telinga dan makanan rohani yang apdal.

Namun apabila kita mengambil orang Kuala Lumpur atau Pahang untuk melakonkan watak masyarakat Pulau Pinang tanpa bimbingan yang serius maka akan merudumlah nilai-nilai estetika bahasa pertuturan indah ini.

Begitu juga dengan Bahasa Kedah. Ianya tidaklah mudah seperti yang disangka. Namun ianya tidaklah sukar seperti dikata. Hanya ianya perlu dipraktikkan sentiasa agar bahasa ini sentiasa segar dan harum di kalangan para sang pengucap.

Tanpa disedari bahawa begitu banyak sekali sintaks Bahasa Kedah diambil untuk memperkayakan Bahasa Melayu. Antaranya ialah kelui atau umum mengetahuinya sebagai alat kelui atau pager. Ianya bermakna perbuatan memanggil seseorang itu.

Begitu juga dengan perkataan cemerkap yang menyifatkan sikap kasar seseorang itu ketika membuat kerja, loqlaq dan keloloh yang sudah menjadi sebutan umum untuk menceritakan sifat dan perilaku seseorang itu yang kurang cerdik atau dangkal dan pulun untuk adjetif bagi ketekunan atau kesungguhan membuat sesuatu.

Namun, tidak semua orang mengetahui bahawa perkataan loqlaq mempunyai sifat bergandanya, iaitu loqlaq hoqhaq. Begitu juga dengan gelap gelemit, buta kaloi dan bodoh piang.

Sebutan-sebutan loqlaq, keloloh, pulun dan cemerkap sudah pun menjadi pengetahuan umum masyarakat bukan Kedah lantaran ianya kerap digunakan dalam media elektronik dan media cetak hari ini.

Begitupun banyak lagi perkataan-perkataan lama dalam Bahasa Kedah yang tidak selalu kedengaran seperti rumbu, tokai, tehenam, tebiang, rhimbok, tauk, marton, mengkala, ubi mengala, pantelon, timui , kompuak , lepiaq, kok-ko dan pelbagai lagi. Mergheben ialah adjetif untuk menyifatkan tengah bercinta, dalam konteks "Si Na ni makan pun tak lalu, dok mergheben la tu..."

Ramai orang mungkin ketahui apa itu sepat ronggeng akan tetapi tidak ramai yang kenal sepat benua, orang mungkin tahu makna kawaq akan tetapi apakah mereka faham apa itu hawaq ataupun pelitaselet? atau fahamkah perbezaan antara teyrai dengan tudung tingkap?

Saya pernah tergelak besar apabila mendengar orang Negeri Sembilan yang ingin mengajuk cakap Kedah dengan menyebut langsiaq dalam konteks ”raya ni kita kena tukaq langsiaq kita la no?” untuk menyifatkan langsir sedangkan dalam Bahasa Kedah ianya tudung tingkap. Saya pun perbetulkan kesilapan sintaks itu. Ada dua kesilapan, langsiaq dan no kerana orang Kedah menyebut na dan bukannya no. Hanya orang luar yang menyebut no.

Sebelum membetulkan kesilapan itu, saya sempat memberitahu warga Negeri Sembilan itu bahawa langsiaq itu adalah yang dahulunya dikatakan sering berterbangan sambil mengilai-ngilai di sebelah malam hari selepas waktu Maghrib di Langkawi, biasanya banyak kedapatan di Pantai Kok dan kawasan sekitar Telaga Tujuh!

Terdapat juga beberapa perkataan lama dalam Bahasa Kedah yang tidak begitu diketahui umum, termasuklah masyarakat moden Kedah hari ini, antara contohnya mulut hebiaq atau mulut yang suka mengumpat atau mengata.

Tipuih mengambarkan keadaan kekusutan saiz sesuatu bahagian badan kita yang tertentu, begitu juga dengan kemereh yang bermakna kurus kerana kekurangan zat, rghenek adalah kurang tinggi atau rendah dan reba adalah suatu bebanan yang tidak diperlukan.

Suatu sebutan yang sudah lama tidak kedengaran ialah Daoh, dalam konteks "dia tu daoh..., pi boh baju merah merengau sangat". Ini adalah untuk mengambarkan perigaya seseorang yang telah terlebih gaya lantaran baru menjumpai citarasa untuk bergaya. Selalunya seseorang itu dikatakan Daoh apabila lokasi setempatnya bukanlah di bandar atau pekan, akan tetapi di kampung atau kawasan dalaman.
Sebenarnya Daoh ialah singkatan kepada Dia Anak Orang Hulu atau ulu dalam konteks adjetif ayat diucapkan. Sekiranya individu itu terlalu jauh di dalam duduknya, maka dia dikatakan samada darat atau banat dalam konteks ulu banat. Namun, penjelasan ini bukanlah untuk menghina sesiapa, sekadar menjelaskan sintaks dan semantik Bahasa Kedah.
Sebagai kesimpulan dan untuk memudahkan perbualan tanpa menyinggung perasaan orang lain, adalah dinasihatkan menggunakan sintaks seperti kami untuk gantinama diri sendiri, kita gantinama diri kedua dan depa (atau hampa yang agak kasar bunyinya) untuk gantinama diri ketiga.

Contohnya: "kami (saya) mai ni nak jemput la depa (awak) pi makan kenduri...” atau ”kita (awak) kena lah dok diam sikit. Depa (mereka) mai kalu, satgi jerremoh (terjumpa sekejap lagi)...”

Contoh: "hampa (anda) ni dok cari pasai ka?. Depa boh sebijik satgi makan tak habih!"

Saya hanya nyatakan segelintir sahaja daripada perbendaharaan Bahasa Kedah yang sudah lama tidak kedengaran dalam perbualan masyarakat umum, termasuklah di Kedah. Namun, ianya masih boleh sentiasa dikemaskini dan masyarakat bukan Kedah pun dialu-alu mempelajarinya asalkan tidak menyinggung perasaan sang pengucap.

Dan, anda tidak perlulah menjadi orang Kedah untuk berbicara dengan Orang Kedah kerana bukanlah mudah menjadi Orang Kedah.

Friday, March 28, 2008

SAYA TETAP DI SINI, SHAFIE APDAL

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Haji Mohd Shafie Apdal mengesahkan hari ini bahawa beliau akan meneruskan tugasnya seperti biasa di kementerian berkenaan dan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

“Saya ada juga mendengar khabar angin tu,” katanya semalam semasa diminta memberi komen mengenai penyebaran sms yang meluas di Kuala Lumpur mengenai seorang dua anggota pentadbiran Putrajaya dari Sabah yang akan menuruti langkah Datuk Ghapur Salleh yang telah meletakkan jawatan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dua hari lepas.

“Khabar angin kan? … Khabar angin saja lah tu,” katanya, dan menambah bahawa tidak ada sebab beliau tidak akan meneruskan amanah yang dipertangungjawabkan kepadanya.

Shafie, 51, berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Semporna pada Pilihanraya Umum Ke-12 dengan memperolehi 19,419 undi menewaskan calon PKR dengan majoriti 17, 462 undi. Beliau mula bertanding dan memenangi kerusi berkenaan pada pilihanraya umum 1995 dan mempertahankannya pada pilihanraya-pilihanraya umum 1999, 2004 dan 2008 ini.

Dalam barisan Jemaah Anggota Pentadbiran Malaysia 1995-1999, Shafie dilantik Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan dan dinaikkan pangkat kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan selepas Pilihanraya Umum 1999. Dalam rombakan kecil yang berlaku pada pertengahan penggal berkenaan beliau dilantik Timbalan Menteri Pertahanan.

Selepas Pilihanraya Umum Ke-11 2004 Shafie dinaikkan pangkat sebagai Anggota Jemaah Menteri (Kabinet) Malaysia dengan bertanggungjawab terhadap portfolio Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Malaysia.

Sebelum bertanding pada 1995, beliau adalah Setiausaha Politik Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah, Tan Sri Sakaran Dandai. Shafie ialah Ketua UMNO Bahagian Semporna, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah dan Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara.

DEPA BARU LAGI KOT?

Persepsi adalah sesuatu elemen yang kuat. Ia tidak semestinya benar akan tetapi sekiranya persepsi masyarakat begitu, atau persepsi yang ditunjukkan atau diwar-warkan sedemikian, maka besar kemungkinan ianya mempunyai kecenderungan untuk dipercayai.

Sejak Adam, elemen persepsi digunakan untuk pelbagai hal, termasuklah dalam strategi ketenteraan. Semasa Perang Dunia Kedua, Pihak Persekutu mengunakan taktik ini untuk mengelirukan Pihak Berikat dengan melayangkan persepsi bahawa gerombolan tentera di bawah pimpinan General George C. Patton yang adalah suatu angkatan kereta perisai dan kereta kebal yang kuat serta boleh memusnahkan musuh.

Yang sebenarnya Patton telahpun dikembirikan kekuatannya oleh General Dwight "Ike" Eisenhower yang ketika itu secara rahsia sedang merancang serangan besar-besaran ke atas bumi Eropah menerusi "Operation Overlord". Persepsi bahawa Patton begitu kuat berjaya dilakukan sehinggalah General Erwin Rommel pun terpengaruh dan operasi menyeberang Selat Inggeris untuk ke Normandy di Perancis itu berjaya mencapai objektifnya.

Dalam arena politik, persepsi digunakan untuk biasanya menakut-nakutkan seteru politik, namun ianya seringkali diaplikasikan untuk memberitahu khalayak umum bahawa mereka adalah seperti apa yang mereka ingin dilihat atau ditafsir, bukan seperti mana diri mereka sebenarnya. Dalam Bahasa Inggerisnya, "what you see is not what you get".

Dalam hubungan ini, kita selalu mendengar kata-kata klise seperti "orang politik hendaklah lebih bersih daripada bersih".

Sejak seminggu dua ini kita mendengar kisah pihak tertentu yang memberikan persepsi yang baik-baik dan indah-indah belaka. Ini termasuklah tidak mahu menggunakan peruntukkan kerajaan untuk memperbaiki kediaman rasmi, enggan kegunaan kenderaan rasmi negeri yang baru yang telah ditempah oleh pentadbiran terdahulu dan paling terbaru "segan" membelanjakan peruntukkan untuk memperbaiki pagar kediaman.
Ada yang dikatakan sanggup menerima kenderaan terpakai oleh pentadbiran sebelumnya walaupun dalam keadaan yang dilaporkan sebagai tidak sempurna.
Semuanya dikatakan telah dilakukan atas nama ingin memberikan persepsi imej yang baik, bersih dan berhemah. Apakah ini "the lull before the storm?" seperti yang biasanya berlaku.

Adalah seorang ketua bahagian Umno dari utara tanahair bergurau dengan saya: "Baru lagi kot? ...Tak mau tunjuk belang? Kalau tunjuk rona la ni nanti orang kata macam-macam kat depa. Tunggu la nanti, bukan ka?".

Justeru, kita harus menunggu untuk mengetahui samada ianya persepsi atau realiti.

Thursday, March 27, 2008

BILA KAMI SETUJU?

Betoi ka semua bahagian Umno di Kedah setuju dengan keputusan pucuk pimpinan parti bahawa pemilihan jawatan di peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi Umno ditangguhkan sampai tahun depan?

Bilakah ketua-ketua bahagian yang menganggotai Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah bersetuju dengan keputusan itu?

Adakah pengerusi badan perhubungan Umno negeri bertanyakan pendapat tiap seorang ketua bahagian di Kedah sebelum memaklumkan kepada pucuk pimpinan parti?

Media memetik Ketua Penerangan UMNO Muhammad Muhammad Taib sebagai berkata bahawa “semua Badan Perhubungan UMNO Negeri bersetuju supaya ditangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan pada Ogos ini kepada Jun tahun depan.”

Menurut dua orang pemimpin bahagian Umno di negeri ini “depa tak tanya kami pun…bila ada buat decision macam tu?...Depa tanya hang dak? (sambil merujuk kepada rakannya yang juga seorang ketua bahagian). Pemimpin bahagian yang seorang lagi menjawab "Tarak pun...awat buat keloloh macam ni?”

“Sapa buat keputusan untuk kami?", kedua-duanya bertanya.

Petangnya saya menelefon seorang lagi pemimpin bahagian yang berpangkat pak menakan juga bertanyakan soalan yang sama. “Aihh!...Aku tak tau pun (ada keputusan macam ni)? Pasai pa pulak nak postpone?”.

Semalam Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Mohamad Hassan berkata beliau tidak setuju pemilihan ditangguhkan, sebaliknya berpandapat adalah perlu diadakan pada tahun ini seperti yang dijadualkan oleh ibu pejabat parti.

Kalau tidak silap, kenyataan Muhammad itu membayangkan bahawa Mohamad selaku ketua parti di peringkat negeri juga bersetuju dengan keputusan itu. Bagaimanapun, nampaknya pendapat Mohamad menyanggah apa yang dinyatakan oleh Muhammad.

ANOTHER BREAKING NEWS...

UPDATE at 10.15am, March 27...
It was reported that Istana Terengganu had revoked with immediate effect the datukships bestowed on former mentri besar Idris Jusoh (Jertih State Assemblyman), state Umno secretary Rosol Wahid (Ajil State Assemblyman) and Din Adam (a former state exco member and Bukit Besi State Assemblyman).
The news was confirmed this morning.
Idris' state title was revoked yesterday while that of Rosol and Din were withdrawn a few days ago. They were already served the necessary letters (informing them of the decision) by the Istana.
CASUALTY OF WAR II
It would be three and not two datukships to be revoked in the aftermath of the backdown in Kay Tee, an old friend told me late last night.
The first two were elected representatives with lower ranks in the party who played startling roles in the stand-off while the third, the latest to be stripped of his state title, was the most expected for his central character in the whole episode. And he would also get a red card to "politically" al-vamus from the state.
These could be sad endings for some politicians. Its all about risk management.
They took a risk and lost.

Wednesday, March 26, 2008

BREAKING NEWS...

UPDATE...
It was Ghaphur Salleh, the Natural Resources and Environment Deputy Minister and Kalabakan MP. The Star newspaper had confirmed his resignation last night. Ghapur was Sabah Deputy Chief Minister before.

FIRST TO GO, MANY MORE ON THE WAY? ... a certain deputy minister from a state across the South China Sea has tendered his resignation as a member of the Putrajaya administration this evening.
This well-known figure, dubbed as a political warlord in the state was dissatisfied with certain matter. At press time it was not ascertained as to what was the reason for the resignation but it was widely believed that he came to the decision after was disillussioned with a certain development in the party.
I was told that this resignation was to meant to the first with a few more coming. Putrajaya was alerted on the development.
He had refused to take calls from other party leaders and reporters were franctically trying to get him on the telephone but it was futile.
So far two deputies have declined the appointment -- Anifah Aman and Tengku Azlan Sultan Abu Bakar.

CASUALTY OF WAR

During his last speech at the Organization of The Islamic Conference, former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad made a famous quote which startled the audience, rattled one particular race group and send shockwave to the rest of the world. The ramification was never-ending, even to this day.
He said "Jews rule the world by proxy. They get others to fight and die for them." These were powerful words with deep meaning vis-a-vis fierce rhetorics and rebuke.
Today as events unfolding elsewhere, we saw this war-by-proxy element unambiguously clear. They tried to wage a war from a far and when they finally had a showdown with the intended adversary, just like in my earlier postings, they backed down.
The protagonist could not fight alone. Help was all the protagonist got this while but help was all the protagonist denied when the final showdown realized.
Those who got in the way and tried to fight the war of proxy will go down bitterly. Some will lose their face and “to be exiled immediately” while others will wake up in the morning only to know that their honorifics clipped and political life lynched.
Far from being heroes (zeroes actually) these helpless souls were casualties of war.Casualties in a war of proxy, period.

HAVE YOU FORGOTTEN, DR MD ISA?

I had almost overlooked this piece of news in Bernama’s newslist…
It was very interesting but most newspapers did not pick it up. Let’s take a look at the article which appeared in the national news agency a few days ago.
PERLIS MB BACKS IDRIS FOR TERENGGANU MB’s JOB
KANGAR: Perlis Mentri Besar Datuk Dr Md Isa Sabu, who was picked for the job by the royal house instead of the Barisan Nasional’s choice, former Mentri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim, believes the Terengganu royal house has erred in picking Datuk Ahmad Said to lead the state.
He thinks Datuk Seri Idris Jusoh, who has been named by the Barsian, should lead the state – because he has the backing of the majority of assemblymen. --Bernama
The message pricks my conscience, it really did. Coming from a man from a similar political path en route to the cushy job Dr Md Isa should have started his job as mentri besars without this faux pas. It leaves a bitter taste in one's throat, to say the least.
There were THREE principles in which took the office bearers up and in both instances Dr Md Isa and Ahmad Said were spot on. Therefore, how could Md Isa been so misguided in making this statement?
Principle No 1: Both Dr Md Isa Sabu and Ahmad got their letters of recommendation (definitely not a watikah) from the head of the government of the day, that was Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. The letter which was meant to be handed over to the Head of State (Raja of Perlis and the Council of Royal Advisers, Terengganu) contained a recommendation or rather suggestion (in a form of a name or two assemblymen) whom was to be made the state mentri besar.
Principle No 2: Both initially did not get the support from the majority of state assemblymen. However unfolding events later generated support for the mentri besar-designate and eventually both were bestowed with the watikah perlantikan (instrument of appointment) from the Rulers. That paved the way for them to be made mentri besar although at this point of time Ahmad has yet to be sworn in.
In discussing the merits of the developments, both Dr Md Isa and Ahmad were in the same situation through and through. Now, how could the former had the cheek to suggest that the latter was not the assemblyman who should lead the state albeit the similarity of the merits?
Have Dr Md Isa forgotten his career path so easily? Of all the people, he should not had made such a statement.
He did not receive the letter of recommendation from the Abdullah, the Head of Government but through another channel managed to obtain the instrument of appointment from The Istana.
Now, how could Ahmad’s case be any different from that of Dr Md Isa?
Should the support of the majority of assemblymen be the issue that could hamper Ahmad’s appointment, then the tide in Terengganu was reported to already be in Ahmad’s favor, meaning he has got the required number of seats or the essence and element of majority in the Terengganu state assembly by now. This could also ward off any plan to introduce a motion for a vote of no confidence in the assembly against him.
Principle No 3: Both Dr Md Isa and Ahmad were the choice of mentri besar of the Royal household against the recommendation the Barisan Nasional. Both were given the watikah on the desire of the Rulers. On three scores both Dr Md Isa and Ahmad were equal.
How could Dr Md Isa had been wrong in making this statement?
My advice to the new Perlis Mentri Besar was to focus more on the development of the state as was mentioned by his mentor that the former state chief executive had neglected so many areas of development including the clogging of rivers (as reported by a former minister from Perlis who was responsible for the environment). Another aspect to be crystallized (as was brought up by his mentor who was also a former minister) was the cross-border problems faced by traders along the Perlis-Thailand border especially in Padang Besar vis-à-vis Pekan Siam.
Leave Ahmad the new Terengganu Mentri Besar in peace. He already had so much on his plate.

Tuesday, March 25, 2008

NO SHOWDOWN BUT A BACKDOWN...

Alhamdulillah, the impasse between politicians and The Istana in Terengganu ended amicably today with a few concessions to be made in the next a few days.
I was told of a compromise worked out by a conciliator had averted a protracted confrontation between the two sides. However, some terms of the compromise were painful but it was all needed to uphold confidence in the newly minted Terengganu Mentri Besar and also to restore respect, integrity and dignity of the palace’s image badly bruised in what appeared to be a tug-of-war over the choice of the state chief executive.
Kijal State Assemblyman Dato' Ahmad Said is Terengganu Mentri Besar and the decision of the Istana will remain unchanged. In fact he has reported for work today at Wisma Daruliman and will soon take his oath of office and secrecy to be followed by the State Executive Councillors whose names have yet to be announced.
Late this evening a friend from Kay Tee told me the following …
Decision No 1: Ahmad to stay as the Mentri Besar. No action to be taken against him. It was believed that it was not politically expedient to do so at this point of time and under the prevailing political climate.
Decision No 2: A Deputy Minister will to be appointed from among the Barisan Nasional state assemblymen. He has to be made a senator prior to his appointment and was expected to take up one of the declined deputy minister posts, most probably with Wisma Putra.
Decision No 3: Two Terengganu state assemblymen will lose their state datukship, period.
Meanwhile, in an unrelated development elsewhere a member of parliament from a certain state across the South China Sea will be appointed into the other post that was also declined by another member of parliament from a neighbouring state.
Kemaman, a small town made famous by a certain kopitiam which was a must-stop for travellers along the coastal road will be even more prominent with the appointment of the new mentri besar and a federal minister. They were local-born and bred.

Ahmad is the Umno Division Head and his deputy is Dato' Ahmad Shabery Cheek, the new Information Minister.
We shall wait and see the confirmation of these development tomorrow.

SHOWDOWN IN KAY TEE?

Are we bracing ourselves for a showdown in Kuala Terengganu tomorrow as mentri besar-designate Ahmad Said reports for duty at Wisma Daruliman? If there is so what kind of showdown is expected? -- A realpolitik showdown Ganu-style? Or a mind game between two opposing sides which had apparently came from the same stem and the same stock of political patronage? Or was it from a different political patronage now?
Raw diplomacy was the key in averting a full-blown showdown between an Umno warlord in Perlis and the Istana two weeks ago. In the end the political might of a leader dubbed "General Shahidan" bowed down to political reality.
And today it was business as usual in the State Secretariat where the Perlis Mentri Besar's Office was located and the political temperature cooled down to the benefit of all the rakyat in the small state. It was also business as usual for the Tambun Tulang State Assemblyman, the fifth mentri besar.
And life goes on in Perlis.
Meanwhile the "battle" rages on in Kuala Terengganu. Will diplomacy once again triumphs? Will cool heads prevail? Hopefully it just will and all was done in the interest of our Agama, Bangsa and Tanahair or Alif, Ba and Ta.
We shall see...Interesting times these are...

Saturday, March 22, 2008

MASIHKAH BARISAN ALTERNATIF?


Tirai Pilihanraya Umum Ke-12 telahpun dilabuhkan dengan pembentukan Kerajaan Persekutuan dan kesemua kerajaan-kerajaan negeri kecuali Terengganu. Insyallah mungkin dalam minggu yang mendatang ini kerajaan negeri itu akan dibentuk oleh Barisan Nasional.
Ketika artikel ini ditulis Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal Dato' Ahmad Said telahpun dipersetujui oleh Istana Terengganu sebagai Menteri Besar yang baru dan beliau dijangka akan mengangkat sumpah esok. Namun keputusan itu dipertikaikan oleh 23 Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu dan perkembangan ini akan menyebabkan suatu lagi masalah politik yang perlu ditangani oleh pucuk pimpinan parti dengan bijaksana, tanpa sebarang tindakan tidak rasional yang boleh menyinggung perasaan pihak-pihak tertentu...
Pada pilihanraya umum kali ini menyaksikan segerombolan parti-parti politik yang berlainan ideologi politik, falsafah, warna, bendera telah membentuk suatu pakatan pembangkang yang menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Dewan Rakyat. Gerombolan ini juga mengambil alih empat negeri -- Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor selain mempertahankan Kelantan.
Sekiranya Wilayah Persekutuan dikatakan sebuah negeri (mungkin kerana telah mula memberikan darjah dan pingat kebesaran) mungkin secara teorinya ia telah ditawan oleh gerombolan itu mengikut bilangan kerusi parlimen.
Kita gunakan perkataan gerombolan untuk menyifatkan status beberapa parti pembangkang yang mengelarkan diri mereka sebagai Barisan Alternatif, ada kalanya sebagai Barisan Rakyat. Ianya bersifat gerombolan kerana parti-parti itu tidak mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di bawah satu nama dan lambing atau simbol parti yang sama, lantaran itu mereka hanyalah bersifat segerombolan – Parti Keadilan Rakyat, PAS, DAP dan Malaysian Democratic Party. Parti-parti politik kecil yang lain turut menyertai mereka akan tetapi tidak satupun mendapat tempat di hati pengundi.
Persoalan kita ialah sesudah memenangi hati rakyat di empat buah negeri baru dan menafikan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat apakah mereka masih boleh mengelar diri mereka sebagai Barisan Alternatif? Apakah mereka akan bersetuju untuk membentuk Barisan Rakyat secara rasminya dan mendaftar dengan SPR sebagai Barisan Rakyat dengan di dalamnya terdapat beberapa buah parti komponen seperti Barisan Nasional?
Sekiranya tidak, maka pakatan pembangkang ini hanyalah bersifat sementara dan tidak kekal, dan hanya bergabung ketika pilihanraya umum atau pilihanraya kecil sahaja. Justeru, persoalannya berapa lamakah pakatan pembangkang ini akan kekal seperti yang terdapat hari ini? Berapa lamakah mereka akan dapat kekal sebagai segerombolan? Apakah mereka ikhlas sebagai sebuah barisan atau hanya ditubuhkan oleh memacu amalan demokrasi untuk memelihara kepentingan mereka sebelum sesuatu pilihanraya sahaja?
Bibit-bibit perpecahan telah kelihatan semasa pembentukan kerajaan-kerajaan negeri yang mereka tawani -- paling ketara di Perak, merebak juga ke Selangor dan Pulau Pinang. Di Kedah masalah pakatan pembangkang tidak kedengaran kerana PAS merupakan parti yang mempunyai bilangan kerusi yang majoriti di Dewan Negeri. Atas dasar persahabatan (atau ada sebab lain?) mereka memberikan kerusi Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Kedah kepada seorang calon Bebas yang memenangi sebuah kerusi negeri dan beliau kemudiannya menyertai PKR.
Walaupun terdapat bibit-bibit perpecahan di kalangan pakatan ini di Perak, Selangor dan Pulau Pinang namun mereka dengan segera menampal keretakan itu dengan kompromi yang berkepelbagai, mungkin untuk meyakinkan rakyat bahawa pakatan mereka juga berwibawa di mata rakyat dan Barisan Nasional yang memerhatikan setiap perkembangan dengan penuh minat terutamanya di Perak.
Pakatan pembangkang di Perak telah dengan segera sedar bahawa rakyat sedang memerhatikan tindak-tanduk mereka yang kelihatan seperti mengelabah ketika mengagih-agihkan harta rampasan perang atau spoils of war. Perkembangan itu juga menarik minat Barisan Nasional Perak ekoran munculnya idea kerajaan minoriti kerana sebagai sesebuah parti mereka mempunyai 26 kerusi di Dewan Negeri.
Apakah boleh pakatan ini, seperti Barisan Nasional, mendaftar secara rasmi nama Barisan Rakyat dengan menggunakan nama, lambang dan simbol serta ideologi perjuangan yang sama? Di sinilah akan timbulnya pelbagai masalah yang akan menguji tahap kesetiakawanan, semangat berpasukan dan niat pakatan itu diadakan pada awalnya. Insiden pembahagian harta rampasan perang di Perak wajar dijadikan teladan. Apakah mereka akan hanya bersifat sebagai marriage of convenience seperti yang selalu dikatakan oleh Barisan Nasional.
Sebelum ini, beberapa gerombolan parti pembangkang pernah membentuk pakatan dengan pelbagai nama -- Angkatan Perpaduan Ummah atau APU yang terdiri daripada Parti Melayu Semangat 46, PAS, Hamim dan Berjaya manakala sebuah lagi Gagasan Rakyat yang turut membabitkan Parti Melayu Semangat 46, DAP, Parti Sosialis Rakyat Malaysia dan IPF. Teras kedua-dua pakatan ini adalah Parti Melayu Semangat 46 yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Mereka bergabung untuk berhadapan dengan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum 1990 dan 1995 namun setelah mengalami kegagalan yang teruk kedua-dua pakatan dan gerombolan itu hanya tinggal nama dan kenangan.
Malahan Parti Melayu Semangat 46 pun telah dikuburkan dan hampir kesemua ahli-ahlinya mengikut Razaleigh menyertai UMNO. Hanya masa, perkembangan politik dan realiti politik hari ini akan menguji ketahanan Barisan Alternatif ini yang kadangkala digelar juga Barisan Rakyat. Mungkin merekapun keliru yang mana satu pilihan kalbu!
Pakatan pembangkang atau gerombolan ini bukanlah seperti Barisan Nasional yang secara rasminya ditubuhkan pada tahun 1978 dan bertahan sehingga kini. Barisan Nasional terdiri daripada pelbagai parti yang mempunyai ideologi, falsafah, warna, lambang dan simbol parti yang berbeza akan tetapi bergabung secara rasmi sebagai sebuah pakatan yang sekata, seirama dan menggunakan hanya satu simbol politik, iaitu dacing atau disebut sebagai kati di Kedah.
Sekiranya Barisan Alternatif ini (mungkin tidak boleh lagi menyifatkan diri mereka sebagai alternatif kerana rakyat telahpun membuat pilihan dan status alternatif hanyalah semasa tawaran dibuat atas dasar ada permintaan) masih belum mendaftar sebagai sebuah parti yang rasmi, maka hari ini mereka masihlah segerombolan parti-parti politik individu yang hanya bergabung untuk mencapai maksud dan tujuan sesuatu, dan pada ketika yang hanya menyenangkan mereka.
Justeru, tidaklah jauh daripada kebenaran apabila ramai orang katakan pakatan mereka hanya layak disifatkan sebagai "marriage of convenience".

Friday, March 21, 2008

BERUNDURLAH SECARA TERHORMAT...

Berundur secara terhormat atau meletak jawatan kerana bertanggungjawab secara penuh di atas sesuatu perkara kini sudah mula menjadi budaya politik Melayu.

Kalau dahulunya budaya ini dikatakan hanya terkenal di kalangan ahli politik di Barat dan di Timur (mereka di Taiwan, Jepun dan Korea terkenal mengambil tindakan berani ini), kini ia sudah menjalar ke Malaysia. Namun, suka diingatkan bahawa peristiwa-peristiwa pasca-Pilihanraya Umum 2008 bukanlah permulaan kepada semua ini.

Sehingga ini sekurang-kurangnya lima orang politik Kedah telah melakukannya sejak 1969 bermula dengan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra yang berbuat demikian selepas pilihanraya umum yang menyaksikan parti Perikatan kalah teruk dan kehilangan majoriti dua pertiga di peringkat nasional dan di Pulau Pinang.

Orang politik kedua di Kedah ialah mantan Menteri Besar Kedah Syed Nahar Shahbuddin yang meletak jawatan pada 1984 selepas namanya dicemarkan oleh satu skandal video di Alor Setar dan Sanusi Junid pula berundur dan enggan dicalonkan semula sebagai Menteri Besar Kedah selepas kekalahan teruk Barisan Nasional di Kedah pada Pilihanraya 1999. Syed Razak Syed Zain yang mengambil alih jawatan menteri besar telah “direhatkan” selepas dua tahun beliau mentadbir. Daim Zainuddin pula pernah mengosongkan jawatan Menteri Kewangan tanpa sebarang desakan dan tekanan. Manakala Kader Fadzir meletak jawatan Menteri Penerangan pada pertengahan penggal 2004-2008 kerana "ingin menumpukan masa dengan keluarga".

Pada 2003 Tun Dr Mahathir Mohamad berundur dari puncak kuasa dan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Abdullah Haji Ahmad Badawi. Beliau berbuat demikian setelah menangguhkan hasrat yang dinyatakan secara terbuka pada suatu perhimpunan agung setahun sebelum itu.

Dr Mahathir juga berbuat demikian semasa masih berkuasa. Ini cukup sukar dilakukan dalam konteks politik Melayu hari ini.

Dua hari lepas mantan menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo telah meletak jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan beliau digantikan oleh Muhammad Muhammad Taib mantan menteri besar Selangor yang kini Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Pada hari yang sama Radzi Sheikh Ahmad pula mengundur diri daripada jawatan Setiausaha Agung UMNO dan Barisan Nasional dan Ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Mansor, mantan Setiausaha Kerja UMNO semasa Tan Sri Khalil Yaakob menyandang jawatan itu sekitar penggal 1999-2004.

Dilaporkan akan berlaku banyak lagi perletakan jawatan dan pengunduran diri beberapa tokoh politik ekoran keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 dalam masa terdekat ini.

Yang dijangka akan berbuat demikian tidak lama lagi ialah Shahidan Kassim di Perlis setelah digantikan oleh Dr Md Isa Sabu. Shahidan telah menyandang jawatan itu sejak 1995 ketika beliau dilantik Menteri Besar Perlis.

Kedudukan Idris Jusoh sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu belum dipastikan lagi selagi jawatan Menteri Besar Terengganu yang beliau sandang sejak 2004 masih belum diputuskan oleh Istana Terengganu.

Yang hampir pasti akan menuruti jejak langkah Shahidan ialah Tajol Rosli Ghazali yang dijangka akan diambil alih oleh Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Islam, Wakaf dan Haji dan Jakim.

Di Kedah, mantan Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri Abdul Rahman Ibrahim dijangka akan dilantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah mengantikan Mahdzir Khalid mantan Menteri Besar Kedah. Abdul Rahman, Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena ialah mantan Anggota EXCO Kanan Kerajaan Kedah semasa pentadbiran Osman Aroff.

Ini adalah ekoran desakan beberapa tokoh UMNO Kedah yang mahukan perubahan dalam usaha parti itu memulihkan imej dan memulakan tugas mengembalikan kepercayaan rakyat terhadapnya.

Mereka menyebut bahawa selagi ada muka-muka lama yang telah ditolak oleh rakyat usaha memulihkan UMNO Kedah akan menjadi sukar sekiranya tidak berlaku perubahan di peringkat pucuk pimpinan.

Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir dijangka akan dilantik Timbalan Pengerusi manakala mantan Ahli Parlimen Kuala Kedah Hashim Yahaya sebagai Setiausaha Perhubungan dan Azimi Daim sebagai Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah. Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lada Ariffin Man dijangka akan meneruskan tugasnya sebagai Setiausaha Kerja UMNO Negeri.

Mengundur diri dengan menerima tanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepada UMNO pada pilihanraya umum kali ini adalah cukup terhormat dan dipuji. Ini telah dilakukan oleh Khir Toyo dan Radzi.

Para pemimpin yang bertanggungjawab dan berprinsip wajar berbuat demikian sebelum didesak oleh orang UMNO untuk berbuat demikian. Justeru, ini lah masa yang sesuai kerana kepentingan parti mengatasi segala-galanya.

Sekiranya sudah kelihatan tulisan di dinding maka segeralah membuat keputusan, sebelum keputusan itu dibuat untuk individu berkenaan.

ANY MORE SURPRISES?

We have seen quite a number of surprises in the political scene the past few days after the formation of the Cabinet.
Are we in for a few more surprises in days to come? A friend of mine who is an Umno division head said to watch out for it, especially from the northern states where Umno lost control of the state governments and also from Sabah and Sarawak. However I told him these are not really surprises since certain movements on the ground are expected to happened and they do not tantamount to surprises already, hence they are expectation.
We shall wait and see, he said.

Thursday, March 20, 2008

STRANGER THAN FICTION...

There is something peculiar about the Kedah Mentri Besar’s job.

Since 1984, none of the state’s former mentri besar left their Wisma Darulaman office gracefully or having a stylish exit -- all of them departed in controversy.

As if there was (or is) a curse surrounding the office of the state chief executive, unlike the state’s appellation of DarulAman which means Abode of Peace.

Is there a curse? Something like King Tut’s curse?

Perhaps and perhaps not. However all Kedah mentri besar from Syed Nahar Shahabuddin to Mahdzir Khalid had apparently left in disgrace. In short, they never had a grand finishing. It appears that these politicians did not escape the “curse”, or sort of.

These are all UMNO Kedah mentri besar. For the first time in the state’s more than 200 years of history Kedah is being governed by a PAS mentri besar in Ustaz Azizan Razak, the state assemblyman of Sungai Limau.

For a state which was once regarded as an UMNO’s bastion and one that produced two prime ministers, Kedah is said to have lost its political glitter since Tun Dr Mahathir Mohamad exited the national scene in 2003. Along with that observers agreed that the dazzle that Kedah UMNO had once produced was lost and it seems forever!

The late Syed Nahar resigned in 1984 amidst the “Montoya Del Monte” video scandal (that was taken during a dinner function at a hotel in Alor Setar) said to have embarrassed his late mother so much so that she advised her son to “returned to the family”.

He was replaced by Osman Aroff whose real name was Daud@Osman bin Mohd Aroff. Osman was later embroiled in two high-profile projects -- the Jerai International Park (JIP) at the foothills of Jerai Peak and a tiger prawn rearing project in Kerpan, in the northern part of the state. It was later revealed that the controversial Kerpan project was joint venture between a state government subsidiary and a subsidiary of the famous Saudi Arabia-based company.

Osman was thenafter “resigned” by party leadership in 1999 after months of endless political bickering that involved a number of UMNO bigwigs in Kuala Lumpur. Resigned by the party leadership was the sentence since the man himself was oblivious of the decision so much so that when confronted by reporters for comments outside his Lorong Menteri house in Alor Setar, Osman replied “Really? I quit?... I don’t know about this.”

The former mentri besar disappeared from the political scene and none was not heard of him until he reappeared at the Kubang Pasu UMNO divisional delegates’ conference in which former division head Dr Mahathir was vying for a seat as a G-7 delegate to the party’s general assembly in 2006. The former premier lost, also under a shroud of controversy.

The already “hot seat” was taken over by Sanusi Junid, the former Agriculture Minister. He was the sixth mentri besar and his political career at the top of the food chain had also experienced an acrimonious ending.

It was during his regime that Sanusi introduced some “bright ideas” such as Roof-top Padi Plantation, Mat Jenin Trophy Coconut Plucking Tournament in Langkawi, Management by Wandering Around, Management by Camera, Projek Gorpis (Banana Fritters Project -- gorpis is an abreviation for goring pisang) and the most ambitious of all the international airport project at the Kedah-Pulau Pinang border to be built on a reclaimed land.

Due to the worst ever showing at the general election in 1999 by Kedah Barisan Nasional in which they lost the two-third majority in the state assembly, Sanusi who was fluent in 6 languages had taken the full responsibility of the political disaster and had declined the re-appointment as mentri besar. Kedah also lost eight parliamentary seats -- Jerlun, Pokok Sena, Kuala Kedah, Padang Terap, Jerai, Sik, Pendang and Baling. It was described as a tragedy magnitude of which never seen before.

Although Sanusi won his Kuah state assembly seat in Langkawi, he believed his political sacrifice as declining the top job in Wisma Darulaman will salvage the party image and that of the Kedah State Government. Sanusi left the scene and was later made President of the International Islamic University in Gombak.

UMNO’s strength was reduced significantly as a result of the losses as it was only holding 5 other parliament seats in Langkawi, Kubang Pasu, Kulim-Bandar Baru, Sungai Petani and Merbuk while the two others seats of Alor Setar and Padang Sarai were held by the MCA. PAS had the upperhand with eight parliament seats.

Sanusi who was said to have been influenced by the spirit of bushido (Japanese) and Hwarang (Korea) was remembered to have committed the most noble and principled act in Malaysian politics by stepping down for the calamity under his watch.

State Exco Member and Tourism Committee Chairman Syed Razak Syed Zain took over in the aftermath of the 1999 general elections with Kedah Barisan Nasional having just a simple majority in the state assembly. Another round of laughable state policies were introduced -- all state assemblymen and assemblywomen must master first aid in case of emergency, all state executive councillors must learn kawad, military-type parade square drill and the mentri besar himself limited his duration of speech at official functions to only 5 minutes " to spend time for more work and less talk".

Syed Razak’s administration did not last long either – later he was suffering from an unexplained ailment which had limited his physical movement and rendered him almost invalid. This was most unpleasant for the image of a Kedah mentri besar.

For such a politically glorious state which had seen the likes of Tunku and Dr Mahathir walking through its corridors of powers, having a mentri besar with such a dented figure (so to speak) was definitely not helping to revive the already deteriorating pesona of Kedah UMNO. Some people decided that he has to go.

As if having an almost invalid mentri besar is not enough, it was said that Putrajaya had punished Alor Setar by not having a real politician as among Kedahans in the Cabinet. Zainuddin Maidin who was not even an elected member of any UMNO divisions was made a minister. He replaced Abdul Kader Fadzir who had resigned to “quit active politics and spend more time with his family”. However, Kader was appointed Kedah UMNO Liaison Committee Deputy Head, a post usually reserved for a federal minister. Former Education Deputy Minister Mahadzir Khir was dropped to make way for him to be appointed into the committee.

Kedah UMNO’s outstanding record of having four ministers, several deputy ministers and parliamentary secretaries to reflect its importance and dominance in UMNO’s national landscape diminished since 2004 and along with it the tag as one of the bastions of the party’s long-standing struggle.

Once, Kedah UMNO was well respected by friends and foes. Today it was another story since UMNO powerbase shifted from Kedah to Pulau Pinang.

Kedah UMNO was at a time respresented by Dr Mahathir, Finance Minister Daim Zainuddin, Agriculture Minister Sanusi and Abdul Hamid Othman in the Prime Minister’s Department. After the 1999 general election Kader was appointed Tourism Minister, being the only minister from Kedah. Kader was the last of an UMNO division head to be made a member of the Cabinet since his successor Zainuddin was only the Information Head of Merbuk UMNO Division, an appointed position.

Midway through the 2004-2008 term, Putrajaya had replaced Syed Razak who had by then was only mobile in a wheelchair with Mahdzir Khalid since the former was deemed no longer able to carry out his responsibilities as the state chief executive. Mahdzir had in fact assumed the position of Acting Mentri Besar months before was sworn-in as the eighth head of government.

The once glorious image of Kedah UMNO had then returned to its old hollow and quiet days before the arrival of one “Dr UMNO” in the early 1960s. Then the was also one “Lawyer UMNO” in the late Tun Mohd Zahir Ismail and children like myself growing up in this padi-planting kampongs were always reminded to study hard to become like Dr Mahathir or Lawyer Zahir.

Not much was heard of Kedah after Mahdzir took over, akin to the present state of Negri Sembilan and Perak UMNO respectively.

Mahdzir, the one time Special Officer of the Kedah Mentri Besar when Osman was in power introduced the new slogan of “Kedah Gemilang” in place of “Kedah Maju 2010” by Syed Razak. However skeptics mocked it as being “Kedah Malang” instead of “Kedah Gemilang”!

However, Mahdzir’s political carrer was shortlived. And it was said that the “curse” of the state chief executive post had not ended ever since the departure of Syed Nahar.

When all seemed well and sundry in Alor Setar, Mahdzir’s administration suffered the biggest blow in Kedah UMNO’s history being the last of the party’s head of state and went down as the only mentri besar who failed to defend the state against the onslaught of PAS.

This is the most humiliating defeat inflicted by the opposition and a total disgrace to the proud Kedah UMNO’s legacy.

Although Mahdzir managed to retain his Pedu state seat, he will now assume the role of Opposition Head in the state assembly if he chose to since his team crumbled at the hands the Islamist party which had also took nine parliamentary seats – Pokok Sena, Padang Terap, Padang Serai, Jerai, Baling, Sik, Sungai Petani, Merbuk and Kulim-Bandar Baru.

Kedah UMNO was brought down to its knees! (so to speak) -- BN only survived with 14 state seats of the total of 36 seats in the Kedah State Assembly. PAS took 16 seats, PKR has four and one each for the DAP and an independent candidate.

Ironically, this is Visit Kedah Year 2008 and observers ridiculed that Mahdzir had inadvertently “invited” the Opposition into the state assembly and Wisma Darulaman, the epicenter of state administration!

In conclusion, it was said that all Kedah UMNO mentri besar had suffered the “curse” which saw them leaving office in disgrace, utter disgust, bitterness and embarrassment. It started with the resignation of one, the made-to-resigned, one who declined the re-appointment, the rested one and finally the one who was made to eat a humble pie.

There is a Malay saying on this and it goes “macam-macam ada!”

What about Ustaz Haji Azizan Razak, the present mentri besar? Will he elude the curse?

Perhaps, because he is not from UMNO.

Wednesday, March 19, 2008

CONGRATULATIONS AHMAD SHABERY CHEEK

Among the many surprises of the new Malaysian Cabinet announced yesterday was the promotion of of Dato' Ahmad Shabery Cheek from Wisma Putra where he served as the Parliamentary Secretary to Minister of Information, Malaysia.

In a short time, Shabery earned his stripes while at the Ministry of Foreign Affairs. He did it in a very short time because this Kemaman Member of Parliament was inducted into the administraton position halfway through Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi's 2004-2008 administration. If there are any words to describe this it should be that he had done well so far.
This is because the appointment in Angkasapuri is a very important job. Angkasapuri is a vital component of the administration, being the media and communication agency of the government and it had seen some of the finest individuals in their job thus far -- Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Datuk Senu Abdul Rahman, Tengku Ahmad Rithauddeen, Datuk Rais Yatim, Datuk Mohamed Rahmat and Tan Sri Khalil Yaakob.
The ministry is supported by the Broadcasting Department or better known as RTM, the Information Department, JASA, the National News Agency or BERNAMA and National Film Department.
Among the unwritten rules of a requirement of a minister whose office perched atop the 8-storey building on Bukit Putra is that the individual must be an eloquent speaker. This speaks well of Ahmad Shabery. Hence, we are sure that the Prime Minister had made the right choice in appointing the new minister.
Ahmad Shabery, 50, who was a former lecturer in the Faculty of Economics and Administration, University of Malaya (UM), entered politics in 1991 when he was elected as a member of the Parti Melayu Semangat 46 Youth exco and became the party's youth head a year later.

He joined Umno when Parti Melayu Semangat 46 was dissolved and won the Kemaman parliamentary seat on a BN ticket in 2004, beating Parti Keadilan candidate Abdul Rahman Yusof with a majority of 15,882 votes. In the recently-concluded election, he retained his Kemaman seat, beating Parti keadilan Rakyat (PKR) candidate Mohd Fariz Abdul Talib @ Musa by a 12,683-majority.
Congratulations Datuk Ahmad Shabery Cheek! Your mission begins.
p.s. Is Cheek is the correct spelling? Or is it Chek? I remembered that as a political writer covering him during his days in Parti Semangat Melayu 46 (especially in Gua Musang for the famous Ku Li vs Husein Serama parliamentary by-election in 1985) that his name was spelt as Chek. However, coming from Bernama and the Prime Minister's Department this spelling might be the correct one.


Tuesday, March 18, 2008

SYABAS KAWAN-KAWAN KU…

Tadi saya ikuti pengumuman mengenai Jemaah Menteri dengan penuh minat dan mendapati komposisinya lebih kurang di luar jangkaan. Bagaimanapun syabas kepada Perdana Menteri kerana berani membuat perubahan!

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kawan-kawan yang menerima amanah untuk menjalankan tugas menteri dan timbalan menteri di kementerian dan jabatan baru.

Tahniah kepada Datuk Shafie Apdal yang dilantik Menteri Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan. Mungkin lepas ini tidak lagi disebut Kekkwa kot? Mungkin MUCAH dalam versi Bahasa Inggeris atau KemWarisan sebagai singkatannya. Sekarang ni pun kementerian menggunakan www.heritage.gov.my sebagai nama laman webnya. Di bawah kementerian ini ada Perpustakaan Negara, Balai Seni Lukis Negara, Istana Budaya, Arkib Negara, Kraftangan Malaysia, Finas dan Jabatan Perpaduan Negara.

Tahniah juga kepada Datuk Idris Haron, Ahli Parlimen Tangga Batu (Melaka) di atas perlantikan sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Menterinya ialah Datuk Seri Khaled Nordin.

Tahniah kepada Datuk Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri di JPM yang dikatakan akan bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Islam di Malaysia. Ini adalah bertepatan dengan pesona Zahid yang pernah mendapat pendidikan agama secara serius di Sekolah Izzudin Shah, Ipoh. Beliau juga dikatakan adalah seorang yang warak, mengamalkan puasa sunat dalam 3 hari setiap dalam seminggu.

Mungkin sudah sampai masanya kerajaan memartabatkan lagi syiar Agama Islam di negara kita dengan menubuhkan Kementerian Hal Ehwal Agama Islam untuk memantapkan lagi semua urusan membabitkan kepentingan agama suci kita termasuklah Undang-Undang Keluarga Islam dan juga urusan haji dan wakaf. Sesuai dengan penubuhan kementerian ini, maka akan wujudlah jawatan Mufti Negara yang selaras dengan kewujudan jawatan Mufti Negeri di negeri-negeri kita.
Sistem kerajaan kita tidak mempunyai jawatan mufti negara akan tetapi mempunyai mufti negeri yang biasanya adalah anggota ex-officio di Dewan-Dewan Undangan Negeri. Hanya di Perlis Indera Kayangan jawatan Mufti Negeri adalah juga ex-officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Exco Negeri. Kerajaan mempunyai jawatan Peguam Negara di peringkat persekutuan yang selaras dengan Penasihat Undang-Undang di peringkat negeri dan jawatan Ketua Setiausaha Negara yang diselaraskan dengan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri akan tetapi kita hanya ada Mufti Negeri tetapi tidak ada jawatan Mufti Negara.
Mungkin akan wujudnya jawatan ini tidak lama lagi di bawah Kementerian Hal Ehwal Agama Islam, Malaysia, insyallah!
Apapun, jawatan sudah diberi maka inilah masanya untuk bekerja dan menumpukan seluruh tenaga, keringat dan minda untuk melunaskan amanah ini serta membereskan tugas dan tanggungjawab kepada Agama, Bangsa dan Tanahair (Alif, Ba dan Ta).
Selamat Menjalankan Tugas!

TAHNIAH DR MD ISA SABU...

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Datuk Dr Md Isa Sabu yang telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalulail.
Perlis Indera Kayangan sedang membangun dan tugas Dr Md Isa semakin mencabar, untuk memartabatkan lagi halatuju negeri seperti yang telah diletakkan di landasan oleh pentadbir-pentadbir sebelum ini, bermula dengan arwah Pak Sheikh Ahmad (anaknya Datuk Radzi), Cikgu Japaq, Cikgu Ali (anaknya Bakri ADUN Kayang dan kakaknya Azihani bekas ADUN Sena dan bekas Anggota Exco Negeri Perlis), Dr Abdul Hamid Pawanteh dan Shahidan Kassim.
Semoga Perlis akan bertambah maju!

Sunday, March 16, 2008

BIAQ PI LA...TAK PA

Menurut perdana menteri pertama kita Almarhum Tunku Abdul Rahman, kedua-dua perkataan ini lah yang selalu melemahkan Melayu. Atau Melayu sentiasa beralah dalam banyak hal dan menyerahkan kepada takdir dengan berkata "biaq pi lah...tak pa."

Percaya atau tidak, kita Melayu ni sentiasa berkata demikian. Demikian jugalah nasihat kecil saya kepada Shahidan Kassim atau Bang Dan (Che Dan kepada mereka yang seumur atau lebih tua daripadanya).

"Biaq pi lah Bang Dan...tak pa kot, dah orang tak mau kita. Kita pun tak payah la nak sua muka lagi,". Memanglah benar bahawa beliau telah menerima watikah perlantikan daripada Pengerusi Barisan Nasional untuk dipersembahkan kepada DYMM Tuanku Raja Perlis supaya diperkenankan perlantikan beliau sebagai Menteri Besar Perlis.

Namun, Raja Perlis mempunyai idea lain. Justeru, tidaklah ada gunanya kita menyanggah keputusan Tuanku. Macam Pak Tuan Syed Imran kata dalam blog dia "terimalah dengan hati yang terbuka". Saya suka menambah "terimalah dengan hati yang terbuka dan teruskan perjuangan membela rakyat". Itukan kerja Wakil Rakyat?

Saya mula mengenali Shahidan pada tahun 1986 semasa beliau berkhidmat sebagai Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Perlis di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Setelah sekian lama dalam politik akhirnya beliau dilantik Menteri Besar selepas Pilihanraya Umum 1995 sehingga 2004. Itu adalah tempoh masa yang panjang dan sekiranya dikatakan tidak diberikan peluang maka beliau sudah diberikan oleh pucuk pimpinan UMNO. Pembangunan di Perlis memang rancak sejak beliau memegang tampuk kuasa yang merubah wajah, sebagai contoh, Kangar daripada bandar kecil yang selalu digelarkan sebagai "Pekan Kecik Satu Trapik Lait (Pekan Kecil Dengan Satu Lampu Isyarat)" kepada sebuah bandar moden yang agak teratur.

Kini giliran Datuk Dr Md Isa Sabu menjadi Menteri Besar. Maka kita pun sokonglah beliau untuk meneruskan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional di Perlis. Sekiranya beliau gagal atas sebab ketidak-kemampuan mentadbir maka kita tukarlah beliau dengan orang lain yang lebih layak. Hari ini beliau adalah pilihan Tuanku Syed Sirajuddin, maka kita hendaklah akur dengan keputusan itu.

Sekiranya sejak 1995 Perlis ditadbir oleh seorang menteri besar yang berpendidikan Sarjana, maka hari ini Perlis mendapat menteri besar yang berpendidikan doktor falsafah. Ini sudah hebat! Tengok la sekeliling kita ada lagi ka menteri besar atau ketua menteri yang berpendidikan begitu tinggi? Ini adalah habuan untuk Perlis. Dahulunya seorang doktor perubatan yang mentadbir Perlis.

Tuanku Raja Perlis pun apa kurang, Baginda adalah graduan Sandhurst Military Academy. Bukan calang-calang tu! Boleh kiralah ramai mana Anak Melayu yang dah sampai ke sana.

Bang Dan pun dah ok, kira-kira tolak pun dah tak rebah, tak macam mola-mola saya kenai dia pada 1986 dulu, bukan ka? Bawak sabaq-sabaq la...dulu hari kita, la ni hari orang pulak. Dulu orang sokong kita, hari ni kita pulak sokong orang, itu kan jiwanya seorang demokrat?

Friday, March 14, 2008

MD ISA SABU MENTERI BESAR PERLIS?


Berita ini baru saya petik daripada BERNAMA, sumber berita rasmi negara.
ADUN BINTONG MB PERLIS YANG BARU...
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Raja Perlis telah berkenan melantik Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Bintong Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis yang baru menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim, Setiausaha Sulit kepada Raja Perlis Mohd Adib Zakaria mengumumkan dalam satu kenyataan di sini hari ini. Berita penuh dijangka akan menyusul.
Yang saya kenali Md Isa ialah bekas Ahli Parlimen Kangar dan sebelum itu pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Radzi Sheikh Ahmad (1982-1986).
Sebelum ini Md Isa pernah memenangi kerusi DUN Bintong pada Pilihanraya Umum 1999 dan kemudiannya dikatakan "bersara daripada politik" setelah tidak terpilih sebagai calon pada Pilihanraya Umum 2004.
Kini beliau kembali... keluar dari persaraan dan terus menjadi Menteri Perlis yang ke-6. Ini merupakan satu perjalanan politik yang cukup menakjubkan!
Apakah reaksi Shahidan? Reaksi Ketua Penerangan UMNO Perlis Datuk Hashim Suboh dan Ketua Pemuda UMNO Perlis Datuk Rozabil Abdul Rahman. Mereka berdua bersama-sama Datuk Ismail Kassim, Ahli Parlimen Arau telah menyuarakan dalam satu sidang berita dua hari lepas bahawa Shahidan adalah pilihan mereka sebagai MB Perlis.
Apakah pula reaksi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis mengenai perkembangan ini?

Thursday, March 13, 2008

KELAYAKAN SESEORANG MENTERI BESAR…

Menteri Besar adalah ketua sesebuah kerajaan negeri yang diperintah oleh (ketua negerinya samada) Raja, Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri Sembilan.

Di Malaysia terdapat Menteri Besar bagi Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan sementara Ketua Menteri bagi Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Hari ini UMNO hanya mempunyai Menteri Besar di Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Terengganu dan Ketua Menteri di Melaka dan Sabah sementara Ketua Menteri Sarawak masih berada dalam penguasaan komponen Barisan Nasional (BN)

Keputusan rakyat pada Pilihanraya Umum Ke-12 telah menyerahkan kerusi Menteri Besar kepada parti alternatif di Alor Setar, Ipoh dan Shah Alam dan mengekalkannya di Kota Baru sementara kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang beralih tangan daripada Gerakan kepada DAP.

Dalam beberapa “kerjasama” kerajaan campuran pasca-pilihanraya ini, yang paling menarik perhatian ialah di Perak di mana DAP turut menuntut agar wakilnya daripada kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri dipertimbangkan untuk jawatan Menteri Besar. Ini cukup menarik!

Bolehkah begitu?? Layakkah bukan Melayu menjadi Menteri Besar??

Yang kita pertikaikan mengenai kelayakan ialah apakah yang diperjelaskan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan mengenai kelayakan seseorang Menteri Besar selain daripada beliau mestilah seorang Anggota Dewan Undangan Negeri?? Apakah lagi termaktub dalam undang-undang berkenaan??

Apakah beliau mestilah seorang Melayu yang beragama Islam??

Justeru apakah lagi syarat-syarat dan kelayakan utama seseorang Menteri Besar?? Bagaimana pula di negeri-negeri Perlis, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan??

Persoalan ini hanyalah tertakluk kepada negeri-negeri yang mempunyai Raja, Sultan dan Yang DiPertuan sebagai Raja Berpelembagaan.

Bagaimana pula dengan jawatan Perdana Menteri Malaysia??

Apakah syarat-syarat dan kelayakan lain yang disebut dalam perlembagaan selain daripada "hendaklah dilantik seorang Perdana Menteri dari kalangan Anggota Dewan Rakyat yang dipercayai mempunyai sokongan penuh daripada parti yang mempunyai kerusi majoriti di Dewan Rakyat”.

Apakah disebut di mana-mana bahawa Perdana Menteri Malaysia mestilah seorang Melayu yang beragama Islam??

Dalam pengetahuan saya, hanya jawatan Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang termaktub secara jelasnya bahawa penyandang hendaklah seorang Melayu dan beragama Islam. Ini telah ditetapkan dalam Akta Angkatan Tentera. Justeru ianya tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Tuntutan DAP terhadap jawatan Menteri Besar Perak wajar dijadikan kajian politik dan akademik, pada pandangan saya. Ianya tidak pernah dibincangkan sebelum ini sehinggalah DAP membuat tuntutan yang telah mengejutkan semua pihak. Ini adalah kerana sejak Merdeka 1957 belum pernah lagi jawatan Menteri Besar Perak itu dituntut oleh seorang bukan Melayu. Akan tetapi, hari ini ianya telah berlaku. Apa dah jadi??

Apakah perlu bagi negeri-negeri yang masih diperintah oleh UMNO untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dengan segera untuk memperincikan bahawa penyandang jawatan Menteri Besar itu hendaklah seorang Melayu dan beragama Islam. Ini adalah sebagai memelihara kepentingan Umat Melayu yang selaras dengan Kedudukan Istimewa Orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Sekiranya tidak maka tuntutan oleh bukan Melayu terhadap jawatan Menteri Besar akan berulang di masa hadapan. Dan melihat kepada trend pengundian rakyat hari ini maka tidaklah mustahil negeri-negeri yang kini masih dikuasai UMNO akan beralih tangan di pilihanraya umum akan datang. Bagaimanapun saya berdoa ianya tidak akan berlaku, insyALLAH.

Persoalan ini ditujukan kepada negeri-negeri Perlis, Johor, Pahang dan Terengganu. UMNO tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri Sembilan Darul Khusus.

Alhamdulillah sekiranya Undang-Undang Tubuh Kerajaan sesebuah negeri itu telah memperincikan dan menyatakan dengan jelas akan syarat dan kelayakan seseorang Menteri Besar tetapi bagaimana pula dengan negeri-negeri lain yang belum berbuat demikian??

Bukankah ketika UMNO masih memerintah dan mempunyai penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri maka pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri itu amat perlu dilakukan sekarang dalam memelihara kepentingan Umat Melayu di masa akan datang??

Bukankah ini masanya??

Wednesday, March 12, 2008

ERA BARU UMNO NEGERI KEDAH

Setelah merudumnya UMNO Negeri Kedah dan hilangnya “kuasa keramat” di Wisma Darulaman Alor Setar maka ini bermakna bermulanya era baru bagi UMNO Negeri Kedah.

Pada ketika ini, tidak ada gunanya menuding jari, tuduh-menuduh dan salah-menyalahkan antara satu sama lain. Tidak perlu juga suatu analisis menyeluruh untuk mengetahui “apa yang terjadi” kerana mesej yang diberikan rakyat amat jelas dan terang, maka tidak perlu bersuluh lagi.

Masakan kita tidak tahu apa yang terjadi??

Kini adalah masanya untuk UMNO Negeri Kedah mengadakan “house cleaning” yang bermakna menyahkan jauh-jauh segala faktor yang menyebabkan rakyat menolak kepimpinan UMNO Negeri Kedah.

Mulakan dari Ground Zero. Ini adalah sebaik-baiknya permulaan.

Antara faktor ini termasuklah mengemukakan calon-calon lama, yang teramat lama, yang pernah ditolak dan para pemimpin bahagian yang terlalu lama mengekang kemajuan dan proses meremajakan UMNO di pesada negeri. Saban pilihanraya hatta pilihanraya kecil sekalipun muka yang sama dikemukakan. Maka rakyat telah muak, jemu dan jelak dengan mereka ini dan ini telah mendorong memberikan sebab mengapa rakyat telah "kalih" undi kepada parti lawan.

Rakyat tidak menolak UMNO Negeri Kedah, mereka hanya reject para pemimpin UMNO Negeri Kedah yang tidak lagi kelihatan seperti mewakili kepentingan Umat Melayu dan Orang UMNO serta kepentingan parti di peringkat cawangan dan bahagian.

Tidaklah mustahil bahawa suatu hari nanti UMNO Negeri Kedah akan senasib dengan UMNO Negeri Kelantan seandainya masih lagi menonjolkan muka-muka lama yang sudah patut pencen di pesada politik negeri dan nasional. Rata-rata calon yang dikemukakan oleh UMNO Negeri Kedah adalah melebihi peringkat umur 50 keatas manakala rata-rata calon parti lawan adalah di bawah umur 50.

Suatu pengajaran politik yang penting dari Kelantan hendaklah diambil iktibar – calon-calon yang kalah dan tewas hendaklah TIDAK lagi dikemukakan pada Pilihanraya Umum akan datang atau sebarang pilihanraya kecil yang mungkin akan mendatang selepas ini.

Selagi UMNO Negeri Kedah masih menonjolakan muka-muka lama yang basi, letih dan laih maka selagi itulah rakyat akan menolak mereka dan selagi itulah UMNO sukar untuk berkuasa semula di Wisma Darulaman.

Apakah kurangnya pemimpin-pemimpin muda di Negeri Kedah?

BUKANlah semua orang muda tidak tahu apa-apa dan BUKANlah kesemua orang lama tahu semua benda, BUKAN ka?

Jawapannya tidak kerana inilah masanya untuk mengemukakan mereka yang kini berada di barisan pelapis dan menunggu masa untuk diberikan peluang.

UMNO Negeri Kedah tidak perlu menunggu isyarat daripada Putrajaya untuk mengetahui apa yang perlu dibuat malahan hendaklah melakarkan suatu cetakan biru (blueprint) dan perimudi politik (political navigation) untuk kekal relevan dengan selera rakyat. Yang nyata ialah rakyat tidak lagi yakin dan percaya akan muka-muka lama di kalangan UMNO Negeri Kedah, sebagai contohnya mereka yang sudah melepasi umur persaraan dan mereka yang berada dalam kelompok umur 60 tahun dan ke atas.

Yang paling menyedihkan kali ini UMNO Negeri Kedah telah mengemukakan calon yang berusia 69 tahun sedangkan umum mengetahui bahawa kira-kira 40 peratus daripada pengundi baru pada Pilihanraya Umum Ke-12 ini adalah pengundi muda yang berumur di bawah 40 tahun. Di manakah relevennya calon sebegini?

UMNO Negeri Kedah pernah hebat seketika dahulu dan tidak ada sebab mengapa ianya tidak boleh hebat sekali lagi akan tetapi era baru ini hendaklah dilakukan dengan penuh keinsafan, penuh kesedaran, keikhlasan dan ketulusan bahawa perjuangan memartabatkan Agama, Bangsa dan Tanahair memerlukan pengorbanan.

Korbankanlah mereka yang perlu dikorbankan, sekurang-kurangnya sebagai calon pilihanraya. Sekiranya muka-muka lama masih ingin berpolitik pembabitan mereka hendaklah terbatas kepada politik di peringkat bahagian sahaja manakala para calon yang akan dikemukakan kelak hendaklah TIDAK semestinya para teraju di bahagian. Di sinilah UMNO Negeri Kedah hendaklah mengadakan dikotomi antara calon dan teraju bahagian kerana formula lama tidak lagi berhasil. Pendek kata, peneraju di bahagian-bahagian UMNO tidak semestinya layak dipilih sebagai calon di masa akan datang. Formula lama hendaklah ditukar dengan pendekatan baru.

UMNO Negeri Kedah boleh hebat sekali lagi sekiranya proses pemulihan ini dilakukan dengan penuh semangat untuk mengembalikan Suara Keramat Umat Melayu dan Orang UMNO agar berkumandang semula di Kedah Darulaman.

Sesungguhnya saya amat sayangkan UMNO Negeri Kedah dan ingin parti keramat ini kembali ke pesada politik negeri

Dan saya sanggup membantu...